|
PUTRAJAYA: Najmil Faiz Mohamed Aris yang mencipta sejarah apabila menjadi pelajar Malaysia pertama membentangkan kajiannya di Parlimen Britain Mac lalu, berhasrat bekerja dengan pengeluar kereta nasional negara, Proton selepas menamatkan pengajiannya.
Pelajar Universiti Leeds Metropolitan itu berkata, beliau memang berminat dengan industri permotoran sejak belajar di sekolah vokasional.
“Ketika belajar di sekolah vokasional dalam bidang automotif, saya sudah menyimpan hasrat untuk bekerja dengan Proton.
| |
“Sehubungan itu, saya berharap selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun depan, saya dapat memenuhi hasrat itu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 1 bersama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 yang juga Duta Akademik Berita Harian, Nur Amalina Che Bakri, di sini, semalam.
Ceramah motivasi anjuran Biro Pelajaran Umno bahagian Putrajaya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Putrajaya 1 itu dihadiri lebih 500 pelajar.
|