Idealis Mahasiswa
 
 

WAHAI KEADILAN: TERIMAKASIH DAUN KELADI, LAIN KALI REPORT LAGI - PROWARIS


Hit = [ ]

sumber - Laman Prowaris

Saya amat bersyukur kerana ProWaris mendapat tempat di laman-laman web pembangkang ekoran daripada laporan polis yang menyebutkan bahawa kumpulan diskusi informal ProWaris ini terlibat dalam provokasi perkauman di Malaysia.

Laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Pemuda Keadilan Rakyat (APKR) pada 24 hb Mac 2005 itu ternyata tidak benar sama-sekali memandangkan artikel-artikel ProWaris adalah untuk membangkitkan anak bangsa supaya berdaya maju dan bukannya untuk memerangi bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Tanpa disedari oleh APKR, ProWaris secara tidak langsung telah mendapat perhatian dan dihujani dengan pelbagai minat serta pertanyaan mengenai dasar dan aspirasi kumpulan kita. Dalam masa yang begitu singkat dan kos yang tidak seberapa, ProWaris telah memenangi minat ramai lagi ahli-ahli profesional Melayu yang sesetengah daripadanya adalah ahli-ahli parti-parti pembangkang.

      

Ini juga sekaligus banyak membantu Prowaris dalam mengenalkan diri kepada ramai lagi ahli-ahli profesional Melayu yang masih lagi mencari-cari saluran perjuangan yang abadi.

Untuk barisan Angkatan Pemuda Keadilan Rakyat terutamanya Saudara Azwaddin Hamzah, kami ucapkan "Terimakasih Daun Keladi, Lain kali Report Lagi !"

Semoga Melayu-Islam Terus Gagah Gemilang...

FERIZ OMAR





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved