Idealis Mahasiswa
 
 

Tuan Guru Hadi Awang Wajar Ke Dewan Ulama


Hit = [ ]

Posted on Friday, March 11 @ 16:41:04 GMT by zulaikha
sumber - PAS-reform

Kekalahan teruk pada pilihan raya lalu berkisar kepada kesalahan strategi yang jelas daripada parti. Hampir dua tahun Dr. Mahathir mengumumkan persaraan beliau, Pas masih menumpukan usaha menjatuhkan beliau berbanding mencari isu baru menjelang 2004. Dengan kata lain, Presiden Pas bersama pakar strategi beliau Datuk Mustafa Ali dan Datuk Hasan Ali gagal mengukuhkan parti dalam Parlimen selepas kejayaan 1999.

Bukan lagi rahsia bahawa, Presiden selalu mengenepikan pandangan yang berwibawa dari Timbalan presiden mahu pun Ustaz Azizan Razak (Naib Presiden) dalam membincangkan strategi-strategi pilihan raya.

Pas sejak dahulu lagi merupakan parti yang memperjuangkan Islam. Sejak dahulu lagi kita menganggap diri kita sebagai pejuang Islam di tanah Melayu ini. Sebaliknya, sejak tuan guru Hadi Awang memegang jawatan Presiden, harakah islamiyah ini bukan lagi satu keutamaan.

Apa perlunya, kita terusan menyerang Mahathir yang pasti bersara langsung membiarkan Pak Lah menang bergaya? Inilah strategi menang sorak kampung tergadai. Riuh rendah kita menyerang Mahathir, akhirnya bila Mahathir pergi kita terkapa-kapa tanpa strategi.

      

Menjelang 2004 Pas sudah menjadi parti sekular yang masih berlabelkan Islam. Matlamat perjuangan hanya untuk memastikan kemenangan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan dalam pilihan raya umum atau lebih tepat mengekalkan kerusi MB Terengganu. Malangnya, semua ini gagal kerana salah percaturan dan strategi. Mungkin juga kerana nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah s.w.t atas kekufuran nikmat yang diberikan.

Justeru, kita memerlukan Presiden baru yang boleh membawa perjuangan parti. Perjuangan kita harus berteraskan idelogi Islam bukannya menyerang individu tertentu. Menyerang individu tertentu hanya mengakibatkan kita menjadi tukang sorak bukannya pemimpin pembaharuan.

Jika benar kita mahukan pembaharuan kepada negara ini, pembaharuan dalam pentadbiran Islam, pembaharuan dalam mengaddinkan Islam dalam kehidupan muslim di Malaysia, nyata sekali Tuan Guru Abdul Hadi Awang harus berundur dan memberi pemimpin yang benar-benar ikhlas terhadap perjuangan Islam ini meneruskan gerakan harakah islamiyah.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved