|
AGENDADAILY: Sesudah bermukim di luar negara… selepas ini apa ?
AZMIN: Untuk tempoh sekarang pun adakalanya DSAI akan kembali untuk hadir majlis dalam negara. Cuma lebih banyak masa di luar dari dalam. Perlantikan terakhir ialah sebagai pensyarah di Georgetown University bermula semester dari September hingga Disember.
Untuk sekarang beliau jadi pensyarah di Universiti Oxford dan John Hopkins University.
Sebelum beliau kembali secara total ke negara…tahun ini beliau telah isytihar sebagai tahun memperkasa parti. Makanya untuk beliau kembali aktif mulai tahun depan kami dalam Parti Keadilan bertanggongjawab sediakan platform yang mantap bagi beliau.
Tahun memperkasa parti maknanya tambah keahlian... cawangan… kukuhkan pengurusan parti di semua peringkat. Makanya asas itu kita diberi tempoh sampai Disember... bila DSAI kembali sudah ada asas kukuh…ahli ramai, pengurusan baik dan ahli ada disiplin.
Mulai Januari kita akan aturkan strategi dalaman untuk persiapan pilihanraya akan datang.
AGENDADAILY :Bagaimana tentang pandangan yang menyatakan tidak mungkin Anwar ke mana dalam politik tanah air tanpa melalui UMNO ?
AZMIN: Saya akan tentang habis-habisan sekiranya DSAI menyertai UMNO. I will be the first person... tak perlu orang lain untuk halang beliau.
Baru-baru ini pada 21 Februari lalu ada berbagai usaha untuk menemukan DSAI dengan Dr Mahathir. Saya mengaku hari ini... sayalah orangnya yang menghalang pertemuan itu.
Yang cuba aturkannya termasuk dua orang Tan Sri. Mereka mengepung saya dan DSAI supaya adakan pertemuan dengan Dr Mahathir.
Saya dengan tegas kata tak mahu. Saya kata kepada DSAI beliau boleh bertemu dengan Pak Lah… saya tak halang… dengan Datuk Najib… juga saya tak ada halangan.
Ini kerana fitnah yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap DSAI bukan sahaja menyebabkan beliau dan keluarganya menderita tetapi juga ratusan rakyat menderita.
Saya tidak mahu penderitaan yang dialami oleh rakyat ini kita mudah lupa. Itu juga asas saya tak benarkan DSAI masuk UMNO… kerana bagi saya ini satu pengkhianatan bagi rakyat Malaysia.
Dari pertemuan dan dialog yang diadakan di luar negara… saya cukup yakin platform DSAI bukan lagi UMNO tetapi Keadilan.
Soal masuk UMNO tidak tidak timbul. Kalau orang kata hanya UMNO saja boleh perintah… saya nak ingatkan mereka sejarah di Jepun, India, Indonesia... buktikan tidak ada perkara yang mustahil.
AGENDADAILY: Sebagai Naib Presiden Keadilan... adakah saudara menduga ada harapan muncul lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang berbanding 2004 ?
AZMIN: Saya cukup optimistic… salah satu faktor pembebasan Anwar bagi suntikan baru.
Kita kena ingat yang sokong DSAI bukan sahaja ahli PAS dan Keadilan tetapi juga rakyat biasa yang tidak berparti... lebih besar jumlahnya. Tak perlu DSAI berparti.
Kedua kena ingat kami tak pancit dalam pilihanraya lalu… perjuangan kami ni bukan boleh dikaitkan dengan satu pilihanraya.
Jangan kaitkan perjuangan kita ini dengan satu tempoh tertentu. Ada juga yang beranggapan DSAI dah bebas... selesailah masalah you… itu harapan yang salah. Bagi saya perjuangan itu tidak berhasil kalau hanya dikaitkan dengan seorang insan… tak boleh.
| |
Apa lagi dengan suasana sekarang. Kita kena ingat pilihanraya lalu... sentimen Perdana Menteri baru kuat ketika itu. Bagi chan lah kepada Pak Lah.
Ada kawan-kawan saya sendiri kata begitu. Kedua faktor persempadan semula. Ingat pada pilihanraya umum akan datang faktor-faktor utama ini tidak ada… ditambah pula dengan kelebihan kami dengan adanya DSAI.
AGENDADAILY: Apakah pembangkang ada kekuatan nak tewaskan BN ?
AZMIN: DSAI ni adalah faktor penyatu semua parti pembangkang. Dalam bebebapa pertemuan DSAI ingatkan mereka... mereka mesti sedia untuk lakukan perubahan… kena realistik… kalau tak mampu buat perubahan… you go on your own.
Untuk menang pilihan pembangkang kena bersatu… pembangkang tak mungkin menang kalau tak bersatu. kuat dan ada agenda jelas.
Sebab itu sekarang ini kami sedang adakan perbincangan secara agresif dengan PAS dan DAP dan dalam masa terdekat kami akan ada satu permuafakatan baru yang tidak dapat saya beritahu hari ini.
Namun begitu DSAI ingatkan para pemimpin Parti Keadilan sementara nak bersatu mereka juga kena bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihanraya umum akan datang.
AGENDADAILY: Bagaimana hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain. PAS dan DAP tak boleh bertentang mata kerana isu Negara Islam ?
AZMIN: Setakat ini nampak positif…tetapi belum ada yang muktamad. Kami harus selesaikan misalnya isu Negara Islam yang sensitif itu dan beberapa isu besar lain sebelum pilihanraya umum akan datang.
AGENDADAILY: Dari segi pandangan mata kasar parti Keadilan nampak begitu lesu sekali kebelakangan ini sampai ada yang berkata kalau tidak kerana pembebasan Datuk Seri Anwar ia sudah hilang hala tuju dan boleh berkubur ?
AZMIN: Saya tak nafikan kalau saudara kata kami nampak lesu…sebab saudara bandingkan hari ini dengan tahun 1999…
Dulu ada demonstrasi... ceramah-ceramah... dan sebagainya.
Keadaan sudah berbeza... maka pendekatan kita hari ini tidak lagi pergi ke jalanraya… tidak lagi demonstrasi… reformasi ini bukan sahaja dari segi jeritan… untuk buat reformasi sekarang you kena sit down and discuss secara baik.
Kami sudah ada think tank dan sebagainya. Kami pun tak mau buat ceramah-ceramah kerana kami fikir cara itu tidak berkesan.
Sekarang kami nak pergi direct to the heart of the voters.
Sebab itu saudara tengok lepas DSAI dibebaskan selain buat program kepartian… beliau banyak membuat pertemuan dengan NGO dan pertubuhan-pertubuhan profesional seperti peguam-peguam, jururtera dan lain-lain.
Mereka nak tahu kemana arah DSAI…ini tak boleh kita selesaikan melalui ceramah umum.
Memang tak nampak di mata luaran... soalnya apakah pandangan luaran itu penting... Saya akui kami tak ada kemampuan melalui media cetak dan elektronik… makanya kami kena pergi hit the grounds… itu yang kami buat sekarang. - 12 April 2005
|