Idealis Mahasiswa
 
 

Khalid Jaafar yang berani dan sepi


Hit = [ ]

oleh Lee Ban Chen
sumber - Malaysiakini.com 10:30pm 22 Mac 2005

Khalid Jaafar (KJ) memang berani, kerana sebagai seorang reformis, beliau percaya “hanya yang berani akan membawa perubahan. Yang takut membuat pendirian jelas dan tidak memiliki keyakinan untuk menghujahkan pendiriannya akan dilupakan. Kehadirannya hanya untuk sementara, seperti buih-buih di atas air.” (ms. 21, Tumit Achilles)

Justeru itu, saya amat kagum, tidak semestinya setuju, dengan beberapa pendirian yang beliau ambil dan tegaskan secara terang-terangan melalui ucapan dan tulisan beliau, sungguhpun ia amat kontroversial dan mudah disalahfahamkan.

Antara lain beliau telah menyokong penaklukan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya dan penggulingan diktator Iraq Saddam Hussein, dan membela kebebasan beragama sebagai hak asasi manusia.

Kekuatan keintelektualan beliau berpunca daripada pemujaan beliau terhadap fungsi akal, yang menurut beliau, sentiasa meneroka, tidak mahu dikongkong, senantiasa ingin melampaui perbatasan dan membuka daerah.

Tambah beliau, akal sentiasa menyoal, tidak ada wibawa yang terlalu tinggi atau terlalu mulia yang menyebabkannya tunduk atau gementar. (ms. 40, Tumit Achilles)

Saya memetik beberapa tulisan KJ tersebut sebagai latarbelakang agar kita lebih mudah memahami pendirian yang beliau ambil dan tegaskan dalam wawancara dengan UmmahOnline pada 12 Julai 2004, yang cukup mencabar dan mendasar selepas berlakunya isu menyamakan Nabi dengan DO.

Hanya manusia seperti KJ sahaja yang berani (tentu juga “bodoh” memandangkan bagaimana beliau digasak kerana kontroversi ini) menyamakan Nabi dengan DO Bukit Beruntung.

Persoalan aqidah

Khalid salahkan laporan mengenai forum terbabit yang tidak seimbang. Diibaratkan filem Jepun, Pokemon, di mana peristiwa sama dianggap lain dalam versi yang pelbagai.

Menurut KJ, yang ingin dijelaskan ialah sistem sosial zaman Nabi di Madinah jauh berbeza dengan sistem sosial di Bukit Beruntung sekarang umpamanya. Oleh itu, cara pemerintahan di Madinah 1400 tahun dahulu tidak boleh dijadikan model oleh DO Bukit Beruntung untuk menyelesaikan masalah-masalah sekarang yang serba baru dan sama sekali berlainan.

Jadi, beliau berkesimpulan, kesilapan di kalangan aktivis Islam yang mahu menjadikan pemerintahan zaman Nabi sebagai model adalah satu kesalahan intelektual yang besar dan tidak diakuri Islam, kerana bila kita hendak menguruskan hal-ehwal negara yang serba baru sekarang, kita tidak perlu rujuk kepada Rasulullah s.a.w. kerana perkara-perkara itu tidak ada pada zaman Nabi.

Diberi contoh, jika kita hendak memotong daging kita gunakan pisau, jika kita hendak menggemburkan tanah kita gunakan cangkul. Maknanya, yang membabitkan persoalan aqidah dan peribadatan, kita merujuk kepada wahyu; dan tentang perkara duniawi dan urusan manusia, mencukupilah sekadar menggunakan instrumen akal yang diberi oleh Allah.

      

Tentang soalan Baginda membangunkan negara Madinah melalui akal atau wahyu, KJ kata beliau tidak tahu, dan enggan terbabit dalam kontroversi seperti itu. Rasanya sikap “Yang Nabi pulang kepada Nabi” ini bijak juga, kerana jika kita menganggap akal manusia terbatas, buat apa bercampur dalam bidang Nabi di luar batasan manusia?

Nampaknya KJ cuba melepaskan diri daripada terjebak dalam keadaan serba-salah: Jika beliau menganggap Baginda membangunkan Madinah melalui akal, siapakah KJ untuk menyamakan Baginda dengan manusia biasa? Jika beliau menganggap Baginda membangunkan Madinah melalui wahyu, siapa pula KJ untuk menentukan yang mana akal dan yang mana wahyu?

Justeru kerana KJ menyifatkan akal manusia sebagai “yang sentiasa meneroka, tidak mahu dikongkong”, “senantiasa ingin melampaui perbatasan” dan “tidak ada wibawa yang terlalu tinggi atau terlalu mulia yang menyebabkannya tunduk atau gementar”, bagaimana bila akal bertembung dengan wahyu?

Undang-undang hudud

Nampaknya akal terpaksa “tunduk” dengan “berpandukan wahyu”, tetapi hanya dalam bidang aqidah dan peribadatan, bukan dalam bidang duniawi dan urusan manusia dan negara.

Berkaitan dengan undang-undang Hudud yang bersumberkan wahyu, KJ enggan terjebak dalam kontroversi. Beliau sekadar mengatakan hukum pidana itu merupakan pilihan terakhir, yang lebih perlu diselesaikan ialah masalah ekonomi dan keperluan untuk menyediakan pekerjaan daripada potong tangan, dan fungsi undang-undang ialah untuk menjaga keamanan dalam masyarakat supaya hak-hak rakyat terjamin.

Bagaimanapun, pembahagian bidang aqidah/peribadatan dengan bidang duniawi/manusia adalah penting bagi KJ, kerana yang “sekular” justeru ditakrifnya sebagai yang “berpunca daripada akal manusia untuk menyelesaikan masalah hari ini di dunia ini”.

Sekular yang difahamkan KJ tidak semestinya bertentangan dengan Islam atau anti-Islam dan juga tidak semestinya buruk. Oleh itu, beliau berpendapat mereka yang duduk di England, Amerika, dan Perancis tentu merasakan ia lebih selamat daripada duduk di Pakistan atau Iran, dan ramai pejuang Islam yang mencari perlindungan politik di negara sekular.

Teori pembahagian bidang aqidah/peribadatan dengan bidang duniawi/manusia secara logik disusuli dengan teori pemisahan kuasa di antara yang mengurus agama dengan yang mengurus politik, iaitu yang mengurus agama, urus agama; manakala yang mengurus politik, urus politik.

Pemujaan kepada akal manusia dan keberanian beliau dalam menyuarakan pendirian yang agak sekular dan kadang-kadang dianggap sebagai melampaui batas “semestinya akan membawa (beliau) kepada suatu keadaan yang semakin berseorangan dan





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved