Idealis Mahasiswa
 
 

Usaha Menjatuhkan Hassan Shukri Sudah Bermula


Hit = [ ]

sumber - Selangordaily.com

Usaha menjatuhkan Timbalan Presiden Pas, Haji Hassan Shukri telah bermula sejak bebarapa bulan lalu secara senyap-senyap. Lobi-lobi dilakukan supaya ranting-ranting (cawangan) Pas tidak mencalonkan Hassan Shukri.

Semalam adalah kemuncak kepada usaha ini bila, bekas AJK Pas Pusat dan antara tokoh yang rapat dengan Presiden Pas, Dr. Hatta Mohd Ramli menggesa supaya digantikan pemimpin yang tiada vision dan masih terbelengu dalam cara yang lama. Dalam ucapan kepada Pas Shah Alam, Hatta juga dilaporkan berkata, "jangan ada rasa bersalah untuk tukar pemimpin lemah."

Kenyataan tersebut jelas merujuk kepada Hassan Shukri yang masih cuba mempertahankan idealisme Pas yang asal dan enggan mengubah parti kepada lebih opportunis dan moden.

Umum sudah mengetahui bahawa kumpulan profesional muda Pas amat tidak menggemari Timbalan Presiden Pas, Haji Hassan Shukri yang dianggap ortodoks dan ketinggalan zaman.

      

Pemimpin muda Pas seperti Hatta Ramli, Khalid Samad, Mustaffa Ali dan juga Hassan Ali melihat bahawa Hassan Shukri yang tegas mempertahankan idealisme Pas sebagai penghalang kepada kejayaan politik Pas.

Kumpulan ini lebih cenderung kepada Harun Din. Kemarahan mereka memuncak bila Hassan Shukri tetap bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam muktamar lalu. Ini menyebabkan Harun Din menarik diri, manakala Hasan Ali terperangkap kerana menarik diri terlebih awal kononnya untuk memberi laluan kepada Harun Din.

Sungguhpun Mustafa Ali berentap dengan Hassan Shukri dalam pemilihan lalu, namun ternyata kumpulan profesional ini sukar mendapat tempat dalam Pas.

Justeru kali ini mereka bersungguh-sungguh memastikan Datuk Harun Din, yang kelihatan mampu memenuhi kehendak kedua-dua pihak - profesional dan ulama, sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved