|
Assalamualaikum wbk
Boleh dikatakan ramai yang menyangkakan bahawa Aspirasi USM merupakan satu fahaman atau kumpulan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Kenyataan ini tidak lain dan tidak bukan dikeluarkan oleh kumpulan PMI USM yang hanya mahukan mahasiswa USM menggelarkan diri mereka sebagai seorang Tok Alim atau Ulamak Mahasiswa. Bagi PMIUSM cukuplah dengan boleh menjadi imam, menghafal ayat-ayat suci Al Quran, membaca surah As-Sajadah pada waktu Solat Subuh setiap pagi Jumaat dan sebagainya sebagai satu 'trade mark' untuk menyatakan bahawa mereka memang seorang ustaz dan seorang yang mengamalkan Islam. Mungkin mereka tidak sedari bahawa prinsip perjuangan yang di bawa oleh Aspirasi USM amat bertepatan dengan nasihat Imam Al Ghazali. Mungkin kerana Aspirasi USM tidak mengikut nasihat TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi, maka mereka katakan Aspirasi USM tidak Islam.
Cubalah kita fikirkan, siapakah yang lebih alim, nasihat daripada Imam Al Ghazali atau nasihat TG Nik Aziz atau Tg Hj Hadi ? Kita semua boleh menjawabnya. Berikut saya sertakan beberapa perkara yang diamalkan oleh Aspirasi USM yang bertepatan dengan nasihat Imam Al Ghazali dari aspek persaudaraan sesama Islam dan prinsip dakwah yang diamalkan. Saya paparkan disini beberapa perkara utama daripada 8 perkara yang disampaikan oleh Imam Al Ghazali dalam petikan yang sempat saya baca.
Telah berkata Imam Al-Ghazali dalam nasihatnya:
Wahai anakku,
Aku ingin menasihatkan dengan LAPAN PERKARA.
Terimalah nasihatku ini, agar ilmumu tidak menjadi musuhmu pada hari akhirat. Beramallah dengan EMPAT PERKARA dan tinggalkan EMPAT PERKARA!!!
Perkara Yang Perlu Kamu Tinggalkan:
Jangan kamu berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh mungkin. Perbahasan sebenarnya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Perbahasan seperti ini adalah punca kepada semua akhlak yang buruk seperti riak, hasad, bongkak, dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Tetapi kamu diharuskan untuk berbahas dengan seseorang sekiranya untuk menegakkan kebenaran, sedangkan berbahas denganmu itu sendiri jahil orangnya.
(Aspirasi USM cuba mengelak diri untuk berbahas dan berhujah dengan PMIUSM, namun PMIUSM sering angkuh untuk mengajak Aspirasi berbahas. Jelas, PMIUSM menentang nasihat Imam Al Ghazali)
Walau bagaimanapun niatmu itu mesti mempunyai dua tanda:
a) Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira kebenaran itu berada di sebelah pihakmu atau pihak lain
b) Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain
Ketahuilah bahawa orang jahil itu tidak sihat hatinya. Manakala para ulama' adalah 'doktor' yang dapat mengubati mereka. Ulama' yang tidak lengkap ilmunya, tidak dapat mengubati penyakit dengan baik. Ulama' yang lengkap ilmunya pula tidak dapat mengubati semua penyakit. Ia hanya berupaya mengubati mereka yang mahu menerima rawatan dan mahukan kebaikan. Sekiranya penyakit itu sudah tidak dapat diubati lagi, maka doktor harus pintar untuk memberitahu pesakit mengenai perkara itu. Dengan itu tidak perlulah membazirkan masa dan wang untuk cuba mengubatinya lagi.
(Siapakah yang jahil dalam situasi di USM. Mereka ialah PMIUSM yang nampak sahaja Islam pada pakaian dan percakapannya tetapi tidak sihat dari segi hatinya. Para pembaca dinasihat memahami dengan jelas peranan ulamak yang dinyatakan. Imam Al Ghazali menjelaskan kesederhanaan seorang ulamak.)
Dan ketahuilah bahawa terdapat empat jenis kejahilan. Satu daripadanya boleh dirawat manakala yang lain tidak dapat diubati.
| |
Jenis-jenis Kejahilan Yang Tidak Dapat Diubati
a) Sesiapa yang menyoal dan mengkritik hanya kerana hasad dan marah
Setiap kali kamu menjawab soalannya dengan baik, dia akan bertambah marah, malah semakin memusuhi dan membencimu. Oleh itu, tidak usah kamu melayannya. Seorang penyair pernah berkata:
"Setiap permusuhan boleh terhapus kecuali permusuhan orang yang memusuhimu kerana hasad dan dengki."
(Perkara ini sering dihadapi oleh Aspirasi USM apabila berbual dan berbincang dengan ahli-ahli dan kepimpinan PMIUSM. Apabila Aspirasi menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara yang mereka tanya, akhirnya penjelasan itu menyebabkan mereka bertambah marah kepada Aspirasi. Kejahilan yang diamalkan oleh PMIUSM inilah yang sukar diubati.)
Kamu harus menjauhkan diri daripada orang seperti ini. Biarkan dia dengan penyakitnya. Firman Allah SWT :
"Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka yang berpaling dari peringatan Kami dan tidak mengingini kecuali kehidupan dunia." (An-Najm:29)
Segala perkataan dan perbuatan orang yang berhasad dengki hanya akan menyalakan api yang membakar segala ilmunya. Sabda Rasulllah SAW :
"Hasad itu menghapuskan amalan kebaikan seperti api memakan kayu api." (Riwayat Abu Daud)
b) Kejahilan yang disebabkan oleh kebodohan
Orang yang mempunyai penyakit ini juga tidak dapat diubati. Seperti kata Nabi Isa a.s :
"Aku berupaya menghidupkan orang mati (dengan izin Allah SWT), tapi aku tidak berupaya mengubati orang yang bodoh.
Contohnya seperti seorang yang baru sedikit sahaja ilmunya. Dia merasakan ilmunya sudah cukup, lalu cuba membangkang gurunya yang sememangnya arif dengan ilmu tersebut. Oleh kerana dia merasakan masalah yang diutarakannya adalah juga menjadi masalah kepada gurunya, maka dia akan soal soalan-soalan yang bodoh sahaja. Oleh itu, seharusnya soalan seperti itu tidak dilayan.
c) Orang yang mahu diajar, tetapi kemampuan akalnya terbatas
Dia sering menyalahtafsir kata-kata ulama' yang kurang difahaminya. Ia sebenarnya suka untuk bertanya mengenai sesuatu perkara. Tetapi disebabkan akalnya tidak dapat memahami dengan baik, maka soalan-soalannya juga tidak perlu dilayan. Seperti sabda Rasulullah SAW:
"Kami para anbia, kami diperintahkan supaya bercakap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka." (al-Iraqi)
(Kadangkala berlaku penyalahtafsiran kata-kata ulamak sewaktu kepimpinan PMIUSM bercakap. Mereka mengupas hadis dan kata-kata ulamak terbilang berdasarkan kepada kepentingan peribadi kumpulan PMIUSM itu sendiri.)
Justeru, adalah menjadi harapan saya, agar keseluruhan kepimpinan PMI dan ahli PMI perlu diberikan latihan (tamrin jelas fikrah yang bertepatan dengan sunnah bukannya tamrin jelas fikrah supaya pro kepada PAS). Konsep Tarbiyyyah harakiyyah juga perlu diajar kepada mereka supaya hiraki PMI itu tidak disalahtafsirkan. PMIUSM wajar diserahkan pentadbirannya kepada Aspirasi USM kerana mereka lebih layak dari segi konsep dakwah dan persaudaraan Islam. MT PMIUSM perlu berundur dan meletakkan jawatan kerana ternyata anda tidak berwibawa dalam aspek pentadbiran dan dakwah Islamiyyah.
Tazkirah daripada:
Kencana Dewi 05
|