|
Semester 2005/06 bermula pelbagai ragam dan gelagat mahasiswa yang dapat ditemui. Bagi yang terlibat secara langsung dengan society, semester ini paling menyibukkan. Namun paling mengejutkan dan menarik perhatian adalah program Ratu IPT
Dalam kesibukan belajar, program yang lebih bersifat ilmiah dan menggilap potensi serta bakat, rupa-rupanya ada jugak kecenderungan mahasiswa untuk menjadi ratu cantik. Adakah program picisan sebegini cukup crucial untuk diadakan. Penulis dimaklumkan program ini tidak melibatkan pertubuhan mahasiswa IPT sendiri, misalnya Majlis Perwakilan Pelajar UIA yang menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan mereka dalam program ini.
Perlukan mahasiswa kepada program sebegini ?
Mahasiswa kini kadang-kadang dilihat seolah-olah hilang arah, kita tidak menafikan akan kepentingan mahasiswa untuk memenuhi setiap lapangan kerjaya, namun kita perlu kenalpasti apa yang perlu dibuat kini dan di mana perlu kita berada. Tinggalkanlah ruang untuk mereka yang tidak berkesempatan atau tidak mampu untuk melangkah ke menara gading menggunakan kelebihan mereka.
Penulis setuju dengan pandangan Prof Dr Khoo Kay Kim, selepas perlaksanaan sistem semester di universiti, mahasiswa seolah-olah hilang critical thinking apabila pembelajaran lebih menumpukan kepada peperiksaan semata-mata atau exam oriented. Mereka tidak lagi berpeluang untuk memahami dengan mendalam kursus yang diambil, lantas gagal menghayati falsafah disebaliknya. Maka, akhirnya mereka beralih arah kepada sesuatu yang lebih sensasi dan glamour yang bersifat santai dan mengujakan. Pemikiran yang bersifat intelektual gagal dijana dalam diri mahasiswa, lalu mentaliti mereka hampir sama dengan masyarakat sivil yang lain. Mereka menjadi mangsa hedonisme barat dan teruja dengan dunia hiburan. Masyarakat sivil merujuk salah satu komponen dalam kerangka masyarakat yang mana terdiri daripada 3 golongan iaitu politikus, pedagang atau businessmen, dan masyarakat sivil. Terdapat juga definasi lain masyarakat sivil yang merujuk kepada masyarakat madani. Dalam tulisan ini penulis mengambil definasi yang pertama.
Jesteru, hari ini kita dapat melihat mahasiswa tidak ubah seperti masyarakt sivil yang lain yang terhimpit dan menjadi mangsa dua golongan yang dominan dan berpengaruh. Golongan peniaga sudah tentu meletakkan keuntungan sebagai matlamat selaras dengan konsep asas ekonomi, meminimakan modal dan memaksimakan keuntungan. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik pengguna yang terdiri daripada masyarakat sivil termasuk mahasiswa, satu cara yang dilihat berkesan kini adalah melalui dunia hiburan yang penuh dengan sensasi dan glamour. Jual produk kopi pun kena ada artis. Segalanya perlu sensasi biarpun kualitinya entah ke mana. Golongan politik juga tidak kurang juga peranannya untuk mendominasi masyarakat sivil khususnya mahasiswa. Sebagaimana teori kerangka masyarakat sosial, matlamat mereka adalah undi dan kelansungan untuk berkuasa. Maka hilanglah kebebasan mahasiswa untuk mengusulkan lontaran buah pemikiran secara telus dan bebas dalam memainkan peranan sebagai jurubicara masyakat sivil yang lain dan gagal berfungsi untuk check and balance. Mahasiswa diletakkan di persimpangan dilema samada memihak kepada satu pihak atau jika tidak dianggap sebagai pembangkang. Hanya ada dua jalan. Tiada lagi istilah neutral dan jalan tengah.
Berbalik kepada mentaliti mahasiswa kini, berdasarkan teori yang kerangka masyarakat tadi, mahasiswa bukan sahaja gagal untuk mendepani masyarakat sivil yang lain seperti golongan pekerja dan petani bahkan mahasiswa pun kini sebahagiannya telah larut dalam dunia fotamorgana yang dicipta oleh 2 golongan yang disebutkan tadi. Mahasiswa kini "ghiyabatul ahdaf", hilang arah tuju. Fokus perlu dikembalikan kepada usaha-usaha pembentukan intelek, pengilapan potensi dan bakat, pembinaan syakhsiah dan jatidiri. Secara umumnya penulis cukup setuju dengan Falsafah Pendidikan yang pernah di warwarkan dulu, biarpun diusulkan oleh ahli politik, namun ia sebenarnya digagaskan oleh para cendikiawan yang pakar dalam arena pendidikan. Hal ini diperolehi ketika menghadiri sebuah Konvensyen Mahasiswa Nasional yang pernah diadakan beberapa tahun dahulu di Pusat Belia Antarabangsa.
| |
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memeperkembang potensi individu secara mennyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negara.
Pada masa yang sama, mari kita dalami dan fikirkan tindakan pertama dalam usaha melahirkan Melayu Glokal yang baru sahaja diutarakan dalam Persidangan Agung UMNO oleh Datuk Seri Najib Tun Razak:
Menjana Melayu Glokal Melalui Ilmu dan Pendidikan
Antara petikan ucapan beliau:
"Seperti yang kita semua maklum, YAB Presiden telah meletakkan usaha membina modal insan sebagai agenda teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan."
"Ini kerana, kita yakin dan percaya, pendidikanlah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti modal wang, modal teknologi, modal bangunan tidak mungkin sempurna dan kamil jika tidak ditunjangi dengan modal insan".
"Dasar pendidikan yang terancang juga membentuk insan yang sempurna dan seimbang. Ibaratnya, jika laut yang luas itu pasaran kerja yang serba mencabar, sementara sistem prasekolah pula umpama mata air yang jernih di hulu sungai, maka eloklah perjalanan air dalam sungai berliku itu jernih hingga ke muara"
Beliau meletakkan pendidikan sebagai tindakan yang pertama berdasarkan kepada keperluan negara dan bangsa. Kedua-dua, Falsafah Pendidikan Negara dan gagasan tindakan melahirkan Melayu Glokal menyebut tentang melahirkan insan yang seimbang. Namun bagaimana untuk mencapainya merupakan perkara yang subjektif. Masing-masing ada penafsiran dan cara yang tersendiri. Natijahnya, mungkin ada yang memandang Ratu IPT sebagai suatu yang positif.
Namun yang pasti Ratu IPT itu hanyalah satu dalam seribu contoh program yang tidak relevan untuk para mahasiswa. Cuma yang menarik perhatian adalah apabila ia disandarkan kepada intitusi pengajian tinggi, biarpun sebenar mahasiswa dengan gampang-gampang (mudah) boleh mendapat pelbagai program yang tidak relevan dan mengujakan di luar IPT. Walau bagaimanapun, jadikanlah IPT sebagai satu medan yang condusif untuk kita menajamkan fokus dalam menjana intelek dan keperibadian yang lebih matang dan berwawasan.
-Ma3asalamah wa ila liqa-
www.muqreez.blogspot.com
|