|
Pencapaian manusia dalam bidang sains dan teknologi komunikasi serta maklumat terkini telah menempatkan manusia di dalam situasi di mana langit menjadi terbuka luas. Komunikasi dan penyebaran maklumat, pemikiran, pengetahuan dan budaya tidak lagi bersempadan. Dunia luas yang terbentang dari utara ke selatan dan barat ke timur menjadi amat sempit. Fenomena ini disebut sebagai globalisasi atau penyejagatan nilai.
Keadaan ini menjadikan semua bangsa di dunia berlumba-lumba dengan gigih menggali dan mendekati asal usul falsafah dan fikiran masing-masing dengan tujuan untuk menonjolkan seluruh atau sebahagian dari asas pemikirannya bagi mengisi dan menjadikannya sebagai budaya kepada system yang dominant kepada kehidupan manusia di zaman global ini. Masing-masing sedang cuba dan gigih merencanakan program perisian asas melalui saluran sains dan teknologi maklumat terkini. Dalam perkembangan ini, bagaimanakah dengan Islam dan Sistem-Nya? Di mana letaknya umat dan penganut-Nya? Apakah cukup dan memadai sekadar menjadi pengguna dan penerima segala kesejagatan seadanya sahaja atau bagaimana?
Sekiranya dirujuk kepada hakikat Islam, ia jelas menunjukkan bahawa kehadirannya adalah untuk masyarakat dan dunia yang global. Asasnya dalam segala bidang bersifat sejagat. Contoh yang nyata adalah konsep aqidahnya yang berpaksikan kesatuan risalah yang diturunkan oleh Allah, mengajak manusia memperakui system ciptaan-Nya sebagai yang terbaik untuk kehidupan manusia serta pemilihan manusia sebagai khalifah di bumi ciptaan Allah. Nilai manusia yang dikemukakan Islam juga bersifat sejagat. Islam meletakkan akhlak dan berpaksikan kepada taqwa sebagai asas untu menentukan nilai manusia. Ia menggantikan nilaian berasaskan etnik, bangsa, bahasa dan budaya.
| |
Dalam kemelut pertentangan budaya dan nilai ini, media cetak dan elektronik berperanan penting menyalurkan maklumat, buah fikiran, pengetahuan, tamadun dan niali kepada kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, umat Islam perlu tampil kehadapan menyelongkar perbendaharaan pemikiran Islam and menterjemahkannya dalam kehidupan. Melalui sains dan teknologi maklumat terkini, usaha ini amat diperlukan bagi menjadikan nilai dan system dominant kepada kehidupan masyarakat. Kedudukan ini adalah bertepatan dengan warisan Islam sebagairahnat kepada masyarakat sejagat. Kegagalan umat islam merencana program perisian dan menguasai bidang sains dan teknologi komunikasi maklumat masa kini akan memberikan laluan kepada nilai lain yang menjadi nilai yang dominant kepada kehidupan umat Islam itu sendiri. Keadaan ini merupakan satu perkembangan berbahaya kerana umat Islam kinibelum dapat membebaskan diri mereka sepenuhnya dari kesan penjajahan politik yang dialami sebelum ini.
Berasaskan hakikat ini, usaha untuk melibatkan diri dalam projek Koridor Raya Multimedia (MSC) hendaklah selari dfengan perencanaan dan perancgan untuk menyedikan Persian yang mengandungi falsafah pemikiran Islam. Gandingan tenaga antara pakar system maklumat dan ulama untuk menjayakan rancangan amat diperlukan. Oleh itu, umat Islam tidak harus bersifat Imma’ah iaitu jika sesuatu perkembangan yang boleh membawa kepada kebaikan, mereka sedia menjadi baik bersamanya dan jika membawa kepada kerosakan, mereka sedia bergelumang bersama kerosakan tersebut. Tetapi apa yang dituntut oleh Islam ialah agar umatnya hendaklah menjadi Pembina kebaikan di sepanjang hidup dan dalam seluruh kegiatannya.
|