Idealis Mahasiswa
 
 

Perselisihan Faham Antara Hassan Ali Dan Pemimpin Lama Bergolak


Hit = [ ]

oleh Tepak Bersulam
sumber - Selangordaily.com

Dalam usaha Hassan Ali mempertahankan seorang lelaki yang didakwa di mahkamah minggu lalu atas tuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual wanita adalah bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor. Parti berkenaan terpaksa membuka pekong di dada dan telah mendedahkan betapa PAS Selangor kini dibawah pimpinan Hassan Ali kini bergolak sehinggakan mereka sanggup menuduh ada kepimpinan lama di dalam PAS yang tidak senang dengan kepimpinan Hassan Ali.

www.malaysiakini.com melaporkan bahawa ada sumber-sumber parti (PAS Selangor) berkata, tuduhan dalam laman web tersebut mungkin didalangi oleh mereka yang berusaha untuk mencemar kepimpinan Dr Hassan.

"Memang terdapat mereka yang rapat dengan pemimpin lama yang tidak senang apabila Hassan dilantik semula untuk memimpin (PAS Selangor). Beliau terpaksa bekerja keras kerana barisan kepimpinan negeri sekarang rapat dengan pemimpin-pemimpin lama," kata seorang ahli politik PAS Selangor yang tidak mahu namanya disebut.

Perkara ini sememangnya telah lama mahu diluahkan oleh parti berkenaan kerana banyak rahsia dan juga kemungkaran yang berlaku dalam parti in dapat dihidu oleh penulis selangordaily. Terutamanya banyak kelemahan Hassan Ali telah didedahkan oleh Selangordaily dan nyata kebanyakan pendedahan ini adalah pendedahan yang seolah-olah datangnya dari dalaman parti yang membuat Hassan Ali sukar untuk menafikan.

      

Akhirnya tersembur juga apa yang terpendam di hati mereka dengan tujuan untuk memberitahu mereka yang di dalam parti (pemimpin lama) bahawa mereka tahu bahawa pemimpin lama in bekerjasama dengan laman web Selangordaily.

Tuduhan PAS Selangor in sebenarnya adalah satu tuduhan yang amat berat dan seolah-olah tidak percaya kepada kepimpinan lama malahan tuduhan ini juga seolah-olah mahu menutup kelemahan pimpinan beliau dan melontarkan kelemahan itu kepada kepimpinan lama. Hassan Ali hanya mahu madunya sahaja, sepah akan diberikan kepada pemimpin lama.

Kepimpinan Hassan Ali nampaknya banyak mendatangkan keburukkan dalam PAS Selangor, bukan hanya pemimpin lama tetapi Muslimat PAS juga menghadapi masalah dengan kepimpinan beliau. Kerana Hassan Ali juga PAS telah mengalami kekalahan yang paling teruk di negeri Selangor pada pilihanraya 2004.

Dalam kes ini, nyata satu kelemahan yang nyata dalam PAS Selangor yang kemungkinan telah tidak ada pilihan lain lagi untuk mendapatkan kepimpinan yang berkualiti sehingga terpaksa menerima siapa sahaja sebagai setiausaha perhubungan PAS. Penulis masih menunggu penafian dari laman Tranungkite dalam kes ini.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved