Idealis Mahasiswa
 
 

Program realiti TV undang pelbagai reaksi


Hit = [ ]

sumber: Harian Metro Edisi KL Isnin 8/8/2005

KUALA LUMPUR: Kegilaan program realiti televisyen tempatan sejak akhir-akhir ini yang kebanyakannya dicedok dari barat, mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ada yang memuja, tidak kurang yang mengeji berikutan pengaruh barat yang dilihat keterlaluan dalam rancangan berkenaan sehingga membawa penonton hanyut dalam emosi yang tidak membina jati diri.

Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz, berkata penonton rancangan realiti televisyen terlalu dipengaruhi program berkenaan sehingga tidak mampu berfikir dan menyerahkan minda mereka kepada rancangan terbabit.

Beliau berkata, sesetengah orang mungkin mendakwa rancangan itu hanya berbentuk hiburan dan tidak dicipta sebagai ruang berfikir namun sebagai program yang mempengaruhi minda remaja, kesannya mesti diambil berat.

      

“Saya lihat ini sebagai satu kelemahan jika kita tidak dapat berfikir dan hanya mengikut saja promosi yang dijalankan rancangan itu. Contohnya macam rancangan yang bersifat pengundian.

“Peserta tidak dinilai melalui bakat tetapi melalui jumlah undi yang dikumpul. Rancangan seperti ini tidak mementingkan pendidikan yang boleh mengajak orang berfikir kerana peserta tidak dibekalkan dengan ilmu seperti belajar membaca nota muzik untuk memperbaiki lagi alunan suara masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu menggesa stesen televisyen yang menganjurkan rancangan realiti TV supaya tidak meniru bulat-bulat budaya Barat dan terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran sehinggakan mengabaikan isu etika dan moral, sebaliknya mengambil kira objektif pembinaan negara.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved