Idealis Mahasiswa
 
 

Pejuang Malaysian Malaysia baru - Anwar Ibrahim


Hit = [ ]

sumber: www.umno-reform.com

Kini beliau membicarakan konsensus baru - hapuskan keistimewaan Melayu. Ini suara siapa ? Ini suara Lim Kit Siang - ini suara Karpal Singh dan baru-baru ini suara Lim Keng Yeik. Apa makna semua ini - kalau bukan untuk meraih undi bangsa lain - korbankan bangsa sendiri. Ada yang mengatakan UMNO itu sentimen politik sempit - ada yang mengatakan bahawa kita tolak politik perkauman - kerana apa - kerana terlampau emosional dengan Anwar dan apa sahaja yang dikatakan beliau betul belaka. Hari ini nampak dengan kenyataan terpapar di media rasmi Parti Keadilan Rakyat Malaysia - Anwar Ibrahim menjadi hero untuk perjuangan Malaysian Malaysia. Kita harus ingat bahawa sekali hilang mungkin kita tidak akan dapat menuntut kembali hak tersebut. Kita perlu ingat seruan Dato Onn dahulu.

      

Saya meminta kepada tiap-tiap orang Melayu yang benar-benar kasih dan sayangkan kepada kaum bangsa dan negerinya supaya memikirkan perkara-perkara ini dengan halus dan teliti supaya di belakang hari umat Melayu yang ada pada hari ini tidak disumpah oleh cicit-cicit dengan sebab tidak sedarkan kepada tanggungjawab kita pada masa depan mempersetujukan dan meluluskan perubahan di masa akan datang yang sudah tentu akan menghapuskan kekuatan dan kedudukan orang Melayu di negara yang dikatakan Semenanjung Tanah Melayu, di negeri yang diakui oleh perikatan sendiri di mana umat Melayu dikatakan Bumiputera. Kritik 24/11/56

Jangan hari ini kita menerajui slogan Malaysian Malaysia.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved