Idealis Mahasiswa
 
 

Siti tumpang Mawi


Hit = [ ]

oleh: Soseh-Soseh
sumber: Harian Metro Edisi KL Khamis 18 Ogos 2005

APABILA juara AF3, Mawi digandingkan dengan penyanyi terbaik negara, Siti Nurhaliza dalam dua majlis hiburan iaitu di Teluk Danga, Johor Bahru sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang, serta sekali lagi mereka ditemukan pada sambutan Hari Wanita Sedunia, rupanya ada peminat yang tidak paus hati.

Rakan SS menerima panggilan yang mendakwa dirinya pembaca setia Haria Metro. Katanya dia tidak suka Siti menyanyi bersama Mawi di pentas yang sama kerana alasannya Siti menumpang populariti Mawi.

Tak faham SS, sampai begitu sekali anggapan peminat fanatik anak Felda itu. Bagi SSlah, dalam hal ini tiada yang menumpang sesiapa kerana mereka berdua ditakdirkan berbakat dan diminati ramai.

      

Bagi SS, pertemuan mereka diatur penganjur bukan kemahuan Siti atau Mawi. Apabila Mawi yang tersisih dari dunia luar selama tiga bulan berada di akademi manakala Siti pula sibuk dengan konsert luar negaranya. SS rasa Siti pun tak sempat fikir dia hendak menyanyi dengan siapa.

Pada pendapat SS, apa salahnya mereka digandingkan berdua kerana mereka adalah ikon remaja. Masing-masing membawa mesej positif kepada remaja. Sepatutnya, peminat memberikan sokongan. Jangan kerana terlalu meminati seseorang itu, orang lain pula dijadikan mangsa.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved