Idealis Mahasiswa
 
 

Assalamualaikum, Khairy Jangan tahu cakap sahaja


Hit = [ ]

sumber: www.umno-reform.com

Assalamualaikum Sdr Khairy, Mungkin saudara tak mengenali saya. Tak tahu apa gelaran nak dipanggil Angah, Abang atau saudara ? Kita ni asal kampung sebelah-sebelah saja di Rembau ni. Saudara di Kg Gadong, saya di Kg Tanjung, mungkin sewaris atau bau-bau bacang. Ayah saudara saya adalah sepupu kepada arwah ayah anda Dato Jamaluddin. Emak saudara saya sering menujungi ibu anda di KL. Cuma nak beritahu sedikit masalah orang Rembau ni sejak akhir-akhir ini, memandangkan saudara pun orang Rembau, dan parlimen Rembau ni luas, dari Kg Gadong tu sampailah kat Senawang ni.

Datanglah jengok-jengok melihat masalah rakyat kat sini. Janganlah hanya berbincang mengenai dasar DEB, polisi baru dan semuanya. Orang kampung kat Rembau dan pekerja kilang tak faham semua itu. Yang mereka tahu sekarang harga minyak dah naik, beras dah naik, telur ayam sampai dekat 30 sen sebiji, gas masak RM 19. Nak kawal inflasi macam mana lagi kalau barang yang amat diperlukan dah naik dan terpaksa beli ? Tambah pula masalah air sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada. Kalau ada tekanannya rendah, lepas tu bil airnya tinggi.

      

Pernah tak saudara pergi Terminal One Seremban atau Perhentian Teksi kat Rembau tu berborak dengan pemandu teksi di sana, tanya apa masalah mereka sekarang sejak harga minyak naik. Apakah mereka senang mendapat penumpang sekarang, adakah mereka sering diganggu oleh penguatkuasa, adakah cukup makan mereka anak bini untuk hari tersebut.

Apabila saudara balik Kg Gadong tu bila lalu Pedas tu tutuplah air cond kereta dan buka tingkap. Apa yang saudara bau kalau bukan bau busuk tapak pelupusan sampah satu Seremban yang dihumbankan di Pedas, tepi jalan, dekat kampung.

Apabila saudara lalu Chembong tu masuklah dalam kawasan perindustrian Chembong, tengok berapa banyak kilang-kilang yang telah ditutup dan dibiarkan menjadi sarang segala jenis benda buruk.

Ini hanyalah sedikit sahaja masalah yang dibentangkan untuk tatapan saudara. Dalam sibuk-sibuk membuat perancangan DEB tu, jengok-jengoklah orang Rembau ni.

Wassalam.

Layari http://rozmal.blogspot.com





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved