|
Selama lebih 20 tahun, sekumpulan 30 orang petani Cina telah menanam sayur di Ulu Yam, Selangor, kira-kira sejam perjalanan daripada Kuala Lumpur.
Mereka mungkin hidup aman tetapi kehidupan mereka juga penuh dengan ketidakpastian. “Ia adalah kehidupan yang sukar, mereka bukanlah miskin tetapi kadang-kadang mereka tidak mampu untuk mendapatkan semula kos mereka apabila harga sayur jatuh,” kata setiausaha Gabungan Persatuan Penanam Sayur, Chan Loy Onn.
Dia tahu perit-jerih pekebun-pekebun tersebut, memandangkan dia pernah membantu mereka mengatasi masalah terbesar mereka – mereka tidak mempunyai tanah.
Sesetengahnya memiliki lesen bekerja sementara yang boleh dimansuhkan pada bila-bila masa, tetapi kebanyakan daripada mereka bekerja secara haram di atas tanah kerajaan.
Mereka hampir diusir pada tahun lepas apabila agensi ekonomi negeri Selangor mahu mengambil tanah tersebut untuk dijadikan kawasan perumahan tetapi mereka melawan balik dengan bantuan ahli politik pembangkang.
Mereka menang, dan kerajaan bersetuju untuk memajakkan tanah itu kepada mereka. Ketabahan pekebun-pekebun ini telah menjadi kebanggaan masyarakat Cina, memandangkan perjuangan mereka selama ini bagi kelangsungan ekonomi mereka tanpa bantuan daripada kerajaan.
Mereka menganggap ini sebagai cekal serta daya penyesuaian diri.
“Kemiskinan di kalangan orang Cina adalah rendah, ini adalah berikutan cara mereka memasang strategi ekonomi mereka,” kata Dr Lim Hin Fui, seorang ahli antropologi yang telah menulis buku mengenai kampung baru Cina.
Kira-kira sejuta orang Cina masih lagi tinggal di 450 buah kampung baru yang dibina pada 1950an semasa darurat yang bertujuan untuk memutuskan perhubungan antara komunis dengan penduduk kampung.
Kebanyakan daripada mereka berada dalam kumpulan berpendapatan rendah, terutamanya di kampung-kampung yang didiami oleh orang-orang tua serta kanak-kanak.
Tetapi walaupun orang Cina juga ada yang miskin, kurang terdapat bantahan apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1970 hingga 1990.
Ia bertujuan untuk membantu orang Melayu bersaing tetapi mengurangkan potensi penduduk kampung baru itu yang mungkin tidak dapat menerima dasar tersebut dengan sepenuh hati tetapi memahami peranannya dari sudut kestabilan negara.
| |
Tetapi apabila Pemuda Umno baru-baru ini menyeru supaya DEB diperkenalkan, idea tersebut disambut dengan pedih – Malaysia bukan lagi seperti pada tahun 1960an di mana terlalu ramai orang Cina yang kaya berbanding orang Melayu.
Hari ini, kedudukan ekonomi dua kaum tersebut tidak jauh bezanya. Malah, ada pendapat mengatakan pencapaian orang Melayu lebih tinggi daripada apa yang dapat dikatakan, manakala pencapaian orang Cina menjadi bertambah perlahan.
Statistik pendapatan dan pekerjaan menunjukkan orang Cina masih mendahului kaum lain tetapi kedudukannya jauh berbeza berbanding semasa sebelum DEB.
Contohnya, sebelum 1970, pendapatan sekeluarga orang Cina adalah lebih dua kali ganda daripada orang Melayu. Pada 2002, nisbah ketaksamaan pendapatan telah berkurang kepada 1:1.7, bermakna pendapatan bulanan sekeluarga bagi orang Melayu adalah RM2,376 (S$1,050) dan RM4,279 bagi orang Cina.
Jumlah profesional berdaftar seperti doktor, peguam dan jurutera bagi orang Melayu telah meningkat daripada 4.9 peratus pada 1970 kepada 31 peratus, manakala peratusan golongan profesional orang Cina pula telah menurun dari 61 peratus pada 54 peratus hari ini.
Terdapat juga keraguan tentang sama ada benarkah pemilikan orang Melayu ke atas ekuiti korporat, kekal di paras 19 peratus sepanjang 20 tahun, di bawah sasaran DEB sebanyak 30 peratus.
Ahli akademik berpendapat bahawa sasaran tersebut telah tercapai bertahun-tahun lalu, namun percanggahan terus berlaku kerana tiada kata sepakat yang dicapai mengenai cara yang patut digunakan untuk mengukur pencapaian tersebut.
Bagi orang Cina, DEB tidak boleh diperkenalkan semula kerana pencapaian orang Melayu sudah cukup bagus, menurut seorang penyelidik sebuah think tank Cina yang tidak mahu dikenali.
Mereka bimbang kerana DEB versi Pemuda Umno membayangkan untuk mewujudkan semula prinsip pemilikan sebanyak 30 peratus orang Melayu ke atas bidang-bidang baru yang dikuasai orang Cina.
Penyokong kuatnya, Khairy Jamaluddin, timbalan ketua Pemuda Umno dan juga menantu perdana menteri, berkata bahawa prinsip tersebut juga perlu merangkumi pemilikan bioteknologi, harta intelek, pendapatan serta hartanah. Bagi orang Cina, ini sudah lari daripada matlamat.
“Sudah tiba masanya untuk keluar daripada cara penstrukturan mikro seperti ini,” kata penyelidik tersebut.
|