PULAU PINANG - Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki limousin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini l2.l5 tengah malam kelmarin, berada dalam keadaan sedar dan stabil.
Karpal yang mengalaml kecederaan ringan diletakkan di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Gleneagles Medical Centre di Jalan Pangkor, di sini untuk pemerhatian.
| |
Anak Karpal, Jagdeep Singh memberitahu, doktor menasihatkan beliau banyak berehat dan tidur kerana badannya masih lemah.
"Sebelum ini memang dia (Karpal) mengalami sakit belakang, tetapi akibat hentakan daripada kemalangan itu, ia menyebabkan dia mengalami rasa lemah anggota badan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Hamzah Md. Jamil berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Karpal, namun sehingga kini belum menerima aduan daripada lelaki yang memandu kereta Proton Waja yang dikatakan merempuh limousin itu.
|