Idealis Mahasiswa
 
 

Mahasiswa Bertaraf Global


Hit = [ ]

oleh Racheal Tan Siok Khim
sumber: KOSMO! Ahad 30 Januari 2005

SEBAGAIMANA yang kita semua sedia maklum, isu globalisasi terus diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Malah ia telah menjadi sebahagian daripada aliran darah dalam jiwa masyarakat Malaysia terutamanya warga remaja. Mereka melihat ia sebagai komponen penting dalam hidup mereka.

Globalisasi memberi maksud dunia tanpa sempadan, di mana ilmu pengtahuan mudah dimiliki oleh warga dunla tanpa mengira faktor demografi. Secara tidak langSung, ini meningkatkan persefahaman antara kaum terutama dari segi kebudayaan.

Memang sukar untuk dinafikan globalisasi turut membawa impak ketara terhadap perkembangan minda seseorang, dari segi pemikiran dan juga persepsi mereka tentang isu-isu di sekeliling dan juga di arena antarabangsa.

Justeru, ruangan ini menyentuh tentang penerapan konsep-konsep berunsurkan antarabangsa ke dalam konteks masyarakat tempatan, dan sebaliknya.

Pertubuhan AIESEC atau Association Internationale des Etudiants en Sciences Economiques et Commerciales ditubuhkan di Eropah pada tahun 1948. Di Malaysia pula pada tahun 1968 dan seterusnya ditubuhkan di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989. Visi pertubuhan AIESEC ialah keamanan dan memenuhi potensi seseorang individu. Dalam hal ini, AIESEC berperanan membangunkan individu yang secara langsung akan menyumbang ke arah pembangunan komuniti tempatan serta memupuk kerjasama antarabangsa dan persefahaman. Pertubuhan ini menjalankan program pertukaran pelajar antarabangsa yang akan memberi pengalaman secara praktikal kepada pelajar tentang kebudayaan negara penganjur.

Antara nilai-nilai yang dipraktikkan oleh pertubuhan AIESEC ialah Mengasah Kepimpinan, Memperagakan Integriti, Menghidupkan Kepelbagaian, Menghayati Penyertaan, Menuju Kecemerlangan dan Bertindak Berkekalan.

Adalah nyata segala nilai dan kemahiran yang seseorang dapat pelajari daripada pertubuhan AIESEC, yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan masa, ilmu pemasaran dan banyak lagi, bukan sahaja boleh dipergunakan dalam pertubuhan ini, malah dalam kehidupan seharian masing-masing. Ia menyediakan peluang melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran global.

Malah ia juga boleh dilaksanakan di pertubuhan lain iaitu dalam kes ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM. Dengan berteraskan moto Menjulang Ilmu, Menabur Bakti, Sekretariat Kerjaya dan Keusahawanan MPP UPM mempunyai objektif menyedia mahasiswa UPM dari segi kemahiran untuk memasarkan diri mereka, memupuk semangat keusahawanan dan melengkapkan mahasiswa UPM dengan informasi terkini tentang dunia luar terutamanya dari segi peluang pekerjaan.

      

Malah, MPP UPM turut berperanan untuk berkhidmat demi mahasiswa UPM, terutamanya dari segi kebajikan dan akademik.

Dengan itu, penerapan ilmu di antara kedua-dua pertubuhan yang berlainan asas ini memang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak secara optimum. Inilah yang dimaksudkan sebagai penerapan konsep-konsep berunsurkan antarabangsa ke dalam konteks masyarakat tempatan, dan sebaliknya. Ia dinamakan hubungan dan manfaat dua hala. Misalnya, wujudnya kerjasama antara kedua-kedua pertubuhan ini dari segi menjalankan projek secara besar-besaran dengan tenaga kerja dan ilmu yang berbeza dari segi pendapat, latar belakang dan juga pengalaman.

Hasil pelaksanaan aktiviti seumpama ini memang memberi pengalaman yang cukup berhasil kepada ahli-ahli pertubuhan kerana peroleban ilmu dan pengetahuan dari pertubuhan yang berlainan teras dan objektif.

Justeru, menjadi teladan untuk semua supaya tidak membataskan kemampuan sendiri dalam satu bala sahaja. Malah berfikiran terbuka dan tidak melepaskan sebarang peluang yang hadir di depan mata anda. Adalah tidak mudah bagi saya untuk turut bergiat aktif dalam kedua-dua pertubuhan ini, tetapi segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat pelajari memang di luar. jangkaan diri saya.

Adalah tidak dinafikan bahawa kejayaan dalam akademik adalah penting dalam jiwa seseorang mahasiswa. Namun apabila memasuki dunia pasaran kerja nanti, apa yang menjadi keutamaan bukan sekadar keputusan baik sahaja.

Kebolehan seseorang untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta cara penampilan imej kendiri dan sahsiahnya turut menyumbang kepada persepsi dunia luar terbadapnya. Kesimpulannya, untuk menjadikan diri mahasiswa supaya dapat berdaya saing di arena antarabangsa, kemahiran pelbagai bidang adalah satu kemestian.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip "satu peluang dalam bayat kita sebarusnya digunakan dengan sebaik yang mungkin dalam bayat peluang itu". Oleb itu, saya yakin sekiranya mabasiswa tempatan turut berfikiran global dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti tempatan, impaknya akan membuahkan hasil yang lumayan.

RACHEAL TAN SIOK KHIM
Pengerusi
Sekretariat Kerjaya dan Keusahawanan
Majlis Perwakilan Pelajar 2004/2005
dan Naib Presiden AIESEC UPM





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved