Idealis Mahasiswa
 
 

Bongkar modus operandi PAS di kampus: Analisis pengakuan bersumpah Wan Norhayati


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

DALAM pengakuan Wan Norhayati Wan Alias, setebal 33 mukasurat itu, bekas aktivis PMIUTM dan Hizbul Islami (HI) mendedahkan bahawa kesan utama yang memprogramkan keseluruhan hidupnya, bermula dari usrah, tamrin dan melaksanakan kerja-kerja organisasi dan parti adalah baiah (sumpah) yang dilafazkan sepenuh hati dengan menggunakan nama Allah. Kesannya meresap dalam jiwa, melekat di hati, mengubah mind set (pemikiran) kerana bersumpah dengan lafaz "Wallahi, Wabillahi dan Watallahi" merupakan kata-kata itu yang bersaksikan nama Tuhan.

Menurut pengakuan gadis malang itu, untuk memperlengkapkan dirinya sebagai kader PMI dan HI, dua baiaah telah diwajibkan. Kali pertama semasa Kem Tamrin Jelas Fikrah dan diperkukuhkan dengan pengulangan baiah kali kedua semasa Kem Tamrin Walaq

viii "Sesiapa yang memilih parti politik yang disokong oleh PMI, kami akan berbaiah iaitu bersumpah menggunakan nama Allah di hadapan barisan tertinggi PMI untuk kali yang pertama"

ix "Kami diberitahu oleh exco tertinggi PMI bahawa barang siapa yang melanggar baiah atau sumpah ini, ia akan mendapat bala dari Allah s.w.t"

[pengakuan fasa 6 - perkara viii & ix dalam tajuk Kem Tamrin Jelas Fikrah]

x "Kami juga telah disuruh berbaiah kali kedua di hadapan amir (ketua jemaah lelaki) dan amirah (ketua jemaah perempuan). Kami telah berbaiah (bersumpah) untuk taat setia tanpa berbelah bagi kepada setiap arahan pemimpin serta sanggup menjalankan tugas memperjuangkan Islam sehingga bersedia untuk berkorban masa, ruang dan tenaga demi menegakkan parti politik yang diperjuangkan oleh HI dan PMI"

xii "Semasa kem, kami telah ditanam dengan pegangan bahawa sesiapa yang tidak taat kepada arahan, tidak ikut berjuang dan tidak menjaga hazar (rahsia) akan ditimpa bala oleh Allah kerana kami telah bersumpah menggunakan nama Allah"

[pengakuan fasa 8 - perkara x & xii dalam tajuk Kem Tamrin Walaq]

Fasa pertama - perbuatan

Kader-kader PMI dan HI yang mengikuti Tamrin Jelas Fikrah dan Tamrin Walaq dikehendaki berbaris, berdiri, tangan kanan di angkat (seperti membaca ikrar) dan melafazkan perkataan-perkataan yang telah disebut oleh seorang naqib (ketua) (memulakan lafaz) dan diikuti oleh para peserta, mengucapkan kata-kata sumpah di hadapan barisan exco PMI dan HI.

Fasa kedua - lafaz sumpah

"Bismillahi rahmani rahim (Maksudnya, Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Peyayang), Wallahi, Wabillahi dan Watallahi (Maksudnya, dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah-disebut tiga kali untuk memperkukuhkan sumpah), saya bersumpah untuk istiqamah dalam memperjuangkan Islam, patuh dan taat setia dengan setiap arahan pimpinan, sanggup berkorban masa, ruang dan tenaga (jiwa dan raga) untuk melaksanakan gerak kerja Islam, membantu parti yang bercita-cita memperjuangkan Islam dan bersumpah tidak akan membocorkan rahsia jemaah dalam keadaan mana sekalipun terutamanya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab"

Fasa ketiga - hukuman

Setelah selesai mengucapkan lafaz sumpah, para naqib (ketua lelaki) dan naqibah (ketua perempuan) akan memberi amaran keras, bahawa sekiranya belot dengan sumpah itu bala Allah akan menimpa kerana sumpah itu telah dilakukan dengan perbuatan dan ucapan bersaksikan nama Allah. Kuasa Allah dan ancaman bala telah ditanam ke dalam fikiran dan hati setiap kader yang telah menjalani proses pengkaderan itu.

Tafsiran Baiah dan Sumpah

Baiah mengikut kamus Pengetahuan Islam, YADIM, 1988 merujuk kepada Śperbuatan membuat perjanjian atau sumpah setia untuk mematuhi segala perjanjian tertentu atau kepada sesuatu kuasa dan pemerintah. Nama Allah disebut sebagai saksi untuk menandakan kejujuran perjanjian itu.‚

Dalam kes Wan Norhayati Wan Alias, dia telah disuruh bersumpah sebanyak dua kali dan kedua-duanya dalam program latihan (tamrin), iaitu Tamrin Jelas Fikrah dan Tamrin Walaq.

Kalau diteliti daripada kedua-dua baiah itu, memang terdapat sebab khusus kenapa baiah perlu dilakukan dua kali berturut-turut. Pertama, kedua-dua latihan (tamrin) itu diadakan pada masa, tempat yang berlainan. Kedua, baiah bagi satu-satu tamrin mempunyai isi kandungan yang khusus dan berbeda antara satu sama lain. Oleh kerana kedua-dua dianggap sulit, merbahaya kepada organisasi dan parti jika dibocorkan kepada pihak luar [pihak yang tidak mengikuti tamrin itu, terutamanya universiti dan kerajaan] maka baiah perlu dilakukan pada setiap kali latihan itu dijalankan.

      

Baiah Tamrin Jelas Fikrah

Baiah untuk Tamrin Jelas Fikrah dianggap amat sulit kerana membincangkan isu-isu perbandingan gerakan Islam dan politik. Di dalam tamrin ini diperkenalkan apakah yang dimaksudkan gerakan Islam atau jemaah Islam. Jenis-jenis gerakan Islam di Malaysia dan hala tuju gerakan mereka. Terdapat perbandingan dan susur galur sejarah kenapa memilih jemaah PAS berbanding dengan ABIM (PKPIM), JIM (Karisma) JAM, dan Tabligh. Memilih jemaah PAS bermakna jemaah-jemaah Islam lain tidak syumul dan tidak menepati kehendak gerakan Islam. Setelah selesai menjelaskan fikrah(pemikiran) kenapa perlu memilih gerakan Islam PAS berbanding dengan yang lain, barulah pembersihan minda yang lebih terperinci di lakukan ke atas PAS dan UMNO. Fasa pertama adalah perbandingan antara gerakan Islam, manakala fasa yang kedua adalah perbandingan antara dua badan politik. Memandangkan tamrin ini dilakukan bertujuan untuk membersihkan pemikiran agar jangan terpengaruh dengan gerakan Islam lain dan parti lain selain PAS, sudah tentu banyak keburukan-keburukan jemaah lain didedahkan dalam tamrin ini dan dalam masa yang sama sudah tentu banyak kebaikan-kebaikan PAS telah disogokkan kepada para peserta. Perkara ini amat sensitif jika terbocor kepada pihak-pihak luar terutamanya jemaah-jemaah yang diperburukkan dan parti UMNO. Maka untuk memastikan kebocoran maklumat itu terjadi baiah kali pertama wajib dilakukan.

Baiah Tamrin Walaq

Baiah untuk Tamrin Walaq lebih kepada gerak kerja pratikal, modul ala komando telah dilakukan. Modul dan gerak kerja ini amat sulit dan tidak boleh dibocorkan kepada pihak lain. Walaq, maksudnya kesetiaan. Maka tamrin ini bertujuan untuk memastikan kader-kader benar-benar menaruh kepercayaan penuh kepada pimpinan, organisasi dan parti, di samping untuk memastikan kader-kader benar-benar dapat menyimpan rahsia pergerakan dan modus operandi mereka itu. Justeru untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, baiah kali kedua telah dilakukan.

Kesan Ke atas Mahasiswa

Melahirkan pengikut taasub - jumud kepada pimpinan, organisasi & parti

fanatik dan taasub memang telah dijadikan percaturan akhir kepada pimpinan parti yang telah menggubal sistem sukatan modul tamrin itu. Sekiranya unsur kefanatikan itu telah dapat dipupuk, maka, tenaga kader-kader dapat diekpoitasi sepenuhnya secara percuma dan semaksima mungkin.

Gerak kerja bukan sekadar menjaga anak usrah dan mememangi pilihanraya kampus malah yang lebih penting membantu parti PAS dalam memenangi pilihanraya umum.

Menurut Wan Norhayati, "Pada 28 dan 29/9/1999 saya telah menghadiri satu taklimat pilihanraya di markaz PAS cawangan Gelang Patah, Taman Sri Pulai, Kuala Pulai, Johor (fasa I). Seterusnya pada minggu pilihanraya sebelum hari penamaan calon, saya telah dikumpulkan bersama-sama jemaah lain pada 17/11/1999 di rumah Tasnim. Kami telah dibahagikan kepada beberapa DUN. (fasa iv). Antara tugas yang telah dijalankan ialah menaip isu-isu yang boleh dibangkitkan agar pengundi terpengaruh untuk memangkah PAS, menghantar risalah, menggantung kain rentang, bendera dan berkunjung dari rumah ke ruamh sambil cuba mempengaruhi penduduk setempat agar mengundi PAS". (fasa vii). [petikan pengakuan perkara 18, mukasurat 9]

Meskipun Wan Norhayati sedar tindakan yang dilakukan itu adalah bersalahan dengan AUKU dan etika sebagai pelajar universiti, namun dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana gerak kerja itu adalah arahan pimpinan untuk membantu parti sebagaimana yang telah dibaiah sebelum ini. Katanya, "Saya melakukan gerak kerja pilihanraya tersebut tanpa mempunyai sebarang permit yang dapat menjamin keselamatan saya. Ini akan mengancam kedudukan saya sebagai seorang pelajar, walaupun saya terpaksa terima kenyataan berjuang kerana Allah. Apabila saya usulkan perkara ini kepada ustaz UTM yang dianggap orang yang boleh memberi nasihat, akhirnya saya dikecewakan sekali lagi apabila mengetahui mereka pun (ustaz) termasuk sama dalam rumpun PMI tersebut. (fasa ix).

Pelajaran akan terbengkalai

Kata-kata ancaman seperti "barang siapa yang melanggar baiah atau sumpah ini, ia akan mendapat bala dari Allah s.w.t" [pengakuan fasa 6-perkara viii & ix dalam tajuk Kem Tamrin Jelas Fikrah]; telah menyebabkan kader-kader akan melakukan gerak kerja sepenuh hati, tanpa memikirkan, bebanan utama (yang sebenarnya) adalah menuntut akademik.

Bermula dari usrah (secara mingguan), tamrin - tiga jenis (sekurang-kurangnya 10 hari), menjadi naqibah (mengulangi program usrah secara mingguan). Diberi amanah memegang jawatan formal, dalam PMI, HI dan MSK (secara serentak) iaitu, Timbalan Pengerusi Forum Tamparan Wanita, (PMI) Bendahari dalam Lujnah Ekonomi Hizbi Islami, (HI) dan Exco Biro Pelapis Markaz Siswazah Kelantan (MSK).

Menurut pengakuannya, “Saya telah dipaksa‚ memegang jawatan itu walaupun exco HI dan PMI tahu bahawa saya mempunyai masalah yang agak berat dalam bidang akademik. “Sebenarnya saya telah menolak jawatan tersebut dan mengadu kepada Amirah bahawa saya tidak mampu membawa tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun rayuan saya telah ditolak oleh PMI dengan alasan jumlah naqibah di kolej saya amatlah sedikit" [fasa ii-perkara 12]. "Semua jawatan ini terpaksa saya pikul kerana dipengaruhi dengan kata-kata pimpinan PMI yang ditanam ke dalam fikiran saya iaitu, Barangsiapa yang berjuang di jalan Allah, Allah akan pasti menolongnya kembali‚ [Surah al Hajj (22) : 40] dan juga kerana saya telah bersumpah untuk taat kepada arahan





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved