|
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini semalam menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan jurutera Majlis Bandar Raya Shah Alam. Hanif Basree Abdul Rahman daripada tuduhan membunuh eksekutif perniagaan. Noritta Samsuddin.
Hakim Datuk Mokhtar Sidin yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohamed Ghazali Mohamed Yusoff dan Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud. membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan itu dan bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdull Hamid Embong yang membebaskan Hanif Basree pada Julai tahun lalu tanpa dia dipanggil membela diri.
Dia dituduh membunuh Noritta, 22, di D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Sri Hartamas di sini di antara 1.30 pagi dan 4 pagi 5 Disember 2003.
Hanif Basree, 36, yang berpakaian sut kelabu, kelihatan menangis selepas mendengar keputusnn itu yang dibacakan olehMohamed Ghazali.
Mohamed Ghazali berkata, untuk menentukan kes prima facie, pihak pendakwnan perlu membuktikan kematian Noritta disebabkan oleh Hanif Basree dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kematian atau mendatangkan kecederaan.
Bagaimanapun, katanya, mahkamah mendapati bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan bahawa kematian Noritta disebabkan oleh perbuatan Hanif Basree adalah tidak mencukupi.
| |
"Dalam kes ini, kewujudan pihak ketiga (seorang lelaki tidak dikenali) seperti disebut dalam keterangan, menimbulkan keraguan di kalangan kami bahawa tertuduh adalah orang yang menyebabkan kematian itu," katanya.
Mahkamah mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul dalam membebaskan Hanif Basree pada akhir kes pendakwaan kerana pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Apabila Hakim Datuk Mokhtar Sidin memberitahu Hanif Basree: "Encik Hanif, awak bebas untuk keluar sekarang", jurutera itu menerpa ke arah bapanya dan memeluk beliau sambil menangis.
"Saya mengharapkan episod ini akan berakhir di sini saja. Itu saja saya minta," kata Hanif Basree sambil berharap pejabat Peguam Negara tidak membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita kemudian bahawa pihak pendakwaan belum membuat keputusan sama ada untuk membuat rayuan terhadap keputusan semalam.
Tun Abdul Majid dibantu oleh Roszianayati Ahmad dan Nahra Dollah manakala pasukan pembelaan terdiri V. Sithambaram, N. Rajivan, Mohd. Haaziq Abdullah dan Robert Devan. - Bernama
|