Idealis Mahasiswa
 
 

Biografi Artis Tempatan Terpilih: Fazley


Hit = [ ]

sumber: KOSMO! Ahad 30 Januari 2005

JIKA selebriti boleh dijadikan sebagai role model, maka Fazley ialah contoh yang terbaik.

Pria ini bukan seperti anak-anak muda lain yang sebaya dengannya. Ilmu dan pengalaman yang ada di dadanya sudah boleh dibukukan jika dia mahu.

Tolak ke tepi soal kemewahan yang diwarisi daripada keluarganya kerana jika anda mengenalinya lebih rapat, anda akan tahu bagaimana dia bekerja keras untuk mencapai apa yang dihajati.

Bergelar Naib Presiden merangkap Pengarah Eksekutif PWTC, rutin seharian jejaka ini sama seperti tokoh koprat yang lain.

Dalam usia yang muda, dia sudah diberi amanah untuk menggalas satu tanggungjawap yang bukan calang-calang orang boleh laksanakan.

Pada masa yang sama juga, dia sedang menyudahkan pengajian Ph.D dalam bidang pengurusan perniagaan.

Jika segalanya berjalan lancar, Fazley akan bergelar doktor falsafah sebelum berusia 30 tahun. Berbekalkan kredibiliti yang ada, dia sering diundang untuk menjadi penceramah motivasi di sekolah-sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.

Jika itu tidak cukup lagi, Fazley merupakan Pengarah Urusan Seri Anjungsari Production yang menguruskan kerjaya nyanyiannya.

Seperti yang umum tahu dia bukan sekadar penyanyi, tetapi berbakat juga sebagai komposer dan penulis lirik. Itu belum lagi dengan tawaran yang diterimanya sebagai pelakon, pengacara mahupun penulis skrip.

"Bagi saya tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan kita berdisiplin. Saya ada sasaran untuk dicapai dalam tempoh waktu tertentu, jadi saya mesti berusaha kuat.

"Kerjaya saya dalam bidang korporat menjadi keutamaan tetapi itu tidak bermakna saya tidak bersungguh-sungguh dalam kerjaya yang lain.

"Pokoknya, semua yang kita lakukan mesti bersandarkan kepada minat dan keupayaan," tegasnya apabila ditanya adakah dia berlaku adil terhadap dirinya.

"Saya masih punya masa untuk menonton wayang, malah seminggu sekali itu adalah perkara wajib. Saya masih ada masa seperti remaja lain," akuinya.

      

Tidakkan Fazley kadang-kadang terkeliru dengan diri sendiri dan apa yang dilakukan ?

"Bagi saya, pakaian melambangkan keperibadian. Melalui pakaian, saya dapat menbezakan bila masa saya menjadi Ahmad Fadzli Yaakob, seorang ahli korporat dan Fazley seorang selebriti.

"Di pejabat saya tidak akan sesekali berbincang mengenai kerjaya hiburan. Jika ada tawaran nyanyian, misalnya saya hanya akan bincangkan selepas waktu pejabat. Begitulah juga sebaliknya," jelas anak sulung dalam empat adik-beradik ini lagi.

Menyentuh mengenai albul terbarunya yang dijangka berada di pasaran April ini, Fazley menjelaskan bahawa album yang masih belum bertajuk itu akan membawa beberapa pembaharuan.

"Selain menampilkan imej baru, album ini juga akan memuatkan lagu Kerna Asmara yang merupakan kesinambungan kepada Asmara Ini dan Cerita Asmara.

Lagu-lagu daripada album ini juga mempunyai elemen-elemen Indonesia dan turut mendapat sentuhan penyanyi dan komposer terkenal Glenn.

"Ini merupakan salah satu persediaan saya untuk menembus pasaran negara jiran itu. Kemungkinan besar juga satu video muzik akan dirakamkan di sana," katanya.


Trivia

  • Fazley pernah membesar di Jakarta, Indonesia dan Los Angeles, Amerika Syarikat.

  • Mendapat 8 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Pernah diberikan Anugerah Cemerlang oleh Victoria University of Wellington, New Zealand atas kejayaannya sebagai pengarah projek dalam menganjurkan Malaysia Fest yang pertama seumpamanya.

  • Mengakui hidupnya tidak lengkap jika tidak ada telefon bimbit, komputer riba dan alat bantuan digital peribadi (PDA).

  • Dilabel sebagai seorang artis mempunyai reputasi yang baik dan bebas daripada gosip liar. Personalitinya disenangi dan sering mendapat pujian.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved