|
Pokok Perbincangan
Pemuda: Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas - usia yang memberi pengorbanan menabur jasa, memberi kesan dan emosional. Berani tiada kepentingan peribadi.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara: Masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa kaya sebelum papa kedana, masa hidup sebelum masa mati, dan masa lapang sebelum masa sibuk”
Kenapa Pemuda Islam ?
suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam ciptaan Allah SWT ini.
Keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
Contoh pemuda: Saidina Ali, Usman, Umar, dll.
Kenapa perlunya Persiapan Pemuda Islam ?
Matlamat utama pemuda-pemuda Islam pada masa kini ialah melaksanakan matlamat-matlamat sehingga tercapainya ‘qawanah’ (penguasaan) Islam terhadap masyrakat dunia dan seluruh alam.
mengambil alih pimpinan dunia dari tangan jahiliyyah kepada pimpinan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.
Menukar segala corak pemikiran, kehidupan, perundangan, dan akhlak jahiliyyah kepada corak pemikiran, kehidupan, perundangan dan akhlak yang berdasarkan ketauhidan kepada yang Maha Esa.
Kewajipan ini tidak akan gugur daripada menjadi kewajipan dan tanggungjawab pemuda-pemuda Islam sehinggalah kalimah Allah mengatasi kalimah-kalimah toghut dan orang kafir yang sentiasa mencari jalan menyesatkan umat - Manhaj Islam.
Mengembalikan ubudiyyah manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka.
Peranan pemuda Islam melakukan reformasi (perubahan) ke atas manusia dan bukannya hanya memperbaiki atau menampal kepincangan yang berlaku.
Islam Manhaj Reformasi (Perubahan)
Satu daripada ciri-ciri Islam - bersifat merubah dan menolak memperbaiki dan menampal segala kepincangan yang berlaku.
“Dan pergilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu bagi Allah semuanya”
Manhaj Rasul adalah perubahan
bersifat merubah dalam menghadapi jahiliyyah dan kuffar penyekat akidah
tatkala orang Quraish menemui Rasulullah untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan Muhammad selama sebulan. Allah secara tegas menurunkan surah al–Kafirun
Kedudukan Umat Islam dalam mewajibkan perubahan
Perubahan wajib sebagai satu kemestian yang dharari dilakukan oleh pemuda islam bagi menghadapi cabaran zaman - gelombang materialisme, hedonisme dan atheisme yang mengancam kedudukan umat Islam.
Ciri-ciri Perubahan Islam
1) Perubahan Menyeluruh
Perubahan Islam dari segi tabiatnya.
2) Perubahan akidah
Berpusat pada dua tonggak asasi.
3) Perubahan Berperi Kemanusiaan
Tidak akan menuju kebaikan melalui jalan keburukan dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan.
Pemahaman Tentang Perubahan Islam
Meruntuhkan akhlak masyrakat Jahiliyyah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip dan menggantikannya dalam bentuk Islam.
Melaksanakan ubudiyyah manusia kepada Allah di dalam semua urusan kehidupan.
Kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah hanya bagi Allah. Perubahan dari akar umbi scara menyeluruh dan mencabut segala bentuk kayan Jahiliyyah bukan tempalan dan celupan Islam.
Kenapa Perubahan Islam
Dari segi syarak – terbengkalainya Hakimiah Allah di atas muka bumi. Sebab-sebab lain :-
Melepaskan umat Islam dari kehinaan dan kecelakaan yang diakibatkan oleh Barat.
Bangkrapnya tamadun negara Barat menjadikan perubahan Islam itu satu keperluan yang mendesak kepada umat manusia.
Hancur leburnya “kayan” (bentuk) aqidah di dunia.
Pandangan yang mendalam dan teliti terhadap dunia Islam kini.
Perubahan Islam memberi keuntungan dunia dan akhirat
Tercapainya wahqah muslim menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan
Tercapainya keadilan dan kecukupan dalam kehidupan berekonomi.
Tercapainya cita-cita kewujudan individu soleh, usrah soleh, masyarakat dan negara yang baik.
Tercapainya gambaran dan prinsip perundangan dan sistem Islam dalam realiti.
Terbangkitnya suatu kuasa ketiga antara dua blok yang sering bertentangan (Barat dan Timur)
Tercapainya kepimpinan dan pemikiran Islam serta penguasaan manhaj Islam selepas hancurnya tamadun barat dan runtuhnya ideologi toghut itu.
| |
Asas keahlian Yang dipilih (dalam kerja-kerja amal Islami)
Berpegang kepada faktor sifat-sifat asas.
Persiapan - persediaan menurut arahan
Persediaan - (memberi) melahirkan natijah
Persediaan berkorban jiwa dan harta benda - persediaan jihad.
Gambaran buruk yang ingin diubati
Shaksiyyah Islamiyyah ditimpa gambaran buruk hingga hilangnya kemampuan untuk mengikuti jalan ke hujung perjuangan. Antara rencana persediaan yang perlu di beri perhatian (membawa gelaran buruk terhadap Syaksiah Islamiah)
Penguasaan idealisme negatif terhadap- sebab kepada kelalaian dari pemuda Islam dari beriltizam secara amali.
: keimanan mewajibkan bergerak dalam harakah dan mengeluarkan hasil.
Wasiat Rasulullah SAW:
“Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang berputus-putusan”
Penguasaan teori terhadap reality- berfikiran pada perkara yang jumud. Perubahan tidak mungkin tercapai dengan teori yang tidak sesuai dengan waqi’ (sesuatu keadaan)
Keterlaluan mengatasi kesederhanaan.
gejala yang paling bahaya terhadap harakah Islamiyyahdan Islam itu sendiri.
Kadang-kadang timbul dalam skop keyakinan peribadi terhadap Islam melampau.
Kadang-kadang timbul dalam bentuk amal dakwah dan usahah menarik orang kepada Islam – orang akan bertambah liar.
Kadang-kadang timbul dalam keadaan menghapuskan kemungkaran – juz’i/kulli.
Penguasaan juzi’ah keatas kulliyyah - menekankan suatu sudut tertentu dari Islam tanpa memandang kepada sudut-sudut yang lain.
Penguasaan peribadi keatas ideologi – taksub kepada peribadi pukulan prinsip.
sebab utama: kerana tidak wujud kesetiaan yang penuh terhadap Allah SWT.
akibat: rosak neraca hukuman syarak
membawa ke arah penyelewengan berterusan.
Penguasaan hawa nafsu atas kebenaran – manusia lebih suka mengikut kehendak hawa nafsu walaupun bertentangan dengan qiadah (pimpinan).
Firman Allah SWT di dalam al-Quran. "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasu-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." Surah Al Ahzab: ayat 36.
Antara apa yang telah berlaku dengan apa yang akan berlaku - menerima realiti dan tunduk kepada perintah Allah SWT
Persediaan Pemuda Islam
Persediaan yang sempurna dan menyempurnakan – merangkumi semua sudut (pemikiran, kejiwaan, pergerakan dan lain-lain) dan bukannya tertumpu kepada hanya satu sudut sahaja: menitikberatkan semua sudut syakhsiah iaitu syakhsiah yang sempurna yang mampu untruk menghadapi sebarang cabaran.
Persediaan yang seimbang meniti bertkan setiap sudut dengan kadar yang sepatutnya 9 tidak lebih dan tidak kurang)
Persediaan hendaklah praktikal (bukan teori sahaja).
bergantung kepada uslub dan tatbik ke arah takwin untuk mewujudkan contoh yang baik.
Syaksiah yang dihajati Islam hari ini.
Syahsiah yang mantap
Tidak kabur
Tidak ekstrim (melampau)
Tidak terkhusus (memudah-mudahkan)
Tambahan
Berkewajipan setiap muslim menentukan perjalanan ilmu untuk mencapai tuntutan fardhu Ain
Memperluaskan pengetahuan dalam ilmu syara’ – menjadi suatau yang berprogram – meperhitungkan keutamaan dan kesempurnaannya. Membawa kepada perpindahan marhalah ke satu marhalah.
Seperti Rasulullah di peringkat permulaan dengan mengajar manusia sembahyang kemudian di bawanya untuk memahami /mempelajari al-Quran.
Contoh menizamkan waktu
Menguasai pembacaan Al Quran secara tilawah dan menghafaz beberapa surah yang mudah khususnya juzuk terakhir dan surah-surah yang mengandungi makna yang khusus.
Mempelajari kitab sirah seperti Nurul Yakin atau Sirah Ibnu Hisyam
Membaca risalah-risalah ringkas mengenai aqidah ahli sunnah wal jamaah.
Menguasai Fiqhul Ibadah berdasarkan mazhab yang muktamad
Menghafaz hadis Nabi sekurang-kurangnya 40 Hadis (Al Imam Nawawi)
Membaca kitab yang mendidik ruhiyyah.
|