Idealis Mahasiswa
 
 

Memahami Islam Hadhari


Hit = [ ]

oleh Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid
sumber - Laman Astora Jabat

Konsep "Islam Hadhari" adalah sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang, iaitu "perubahan yang menyeluruh".

Dalam dunia Islam sekarang, keperluan kepada perubahan ini berkait rapat dengan kegagalan masyarakat dan negara Islam sedunia dalam mencapai tahap kemajuan yang sepatutnya, baik dari segi pemikiran, keilmuan, kemasyarakatan, pembangunan dan seterusnya, berbanding dengan apa yang dicapai oleh masyarakat dan negara bukan Islam, baik di Barat mahu pun di Timur.

Kegagalan yang menyeluruh ini kemudiannya telah menjadi perangkap berbagai dimensi yang memerangkap masyarakat dan negara Islam itu sendiri dalam suatu lingkaran yang tidak berpenghujung. Maka untuk keluar daripada perangkap yang menyeluruh ini, tiada jalan lain kecuali melakukan perubahan yang menyeluruh.

Dalam dunia antarabangsa juga, perubahan seperti ini sangat-sangat diperlukaan, sesuai dengan tamatnya "perang dingin" yang memberi kemenangan kepada blok Barat dan mengakibatkan kekalahan blok Timur. Kerana dengan tamatnya perang dingin, umat Islam telah menjadi sasaran baru permusuhan Barat terutama sekali selepas berlakunya peristiwa 11 September yang masyhur itu. Di bawah semangat globalisasi, umat Islam dilihat oleh Barat sebagai umat yang perlu dikuasai sepenuhmya.' Maka untuk memecahkan kepungan ini, perubahan yang menyeluruh perlu dilakukan dalam masyarakat Islam sendiri.

Keperluan Kepada Perubahan

Untuk lebih memahami rahsia keperluan masyarakat manusia terhadap perubahan dan minat mereka terhadap slogan ke arah itu, elok sekali diperhatikan kepada pembangunan material di sekeliling kita dengan segala kejayaan dan kegagalannya.

Terdapat banyak laporan yang menyatakan adanya bahaya yang buat pertama kali dihadapi oleh manusia dalam sejarahnya sampai ke peringkat boleh menjadik :an planet bumi ini tidak lagi sesuai didiami. Berbangkit daripada bahaya seperti ini banyak perbincangan telah dibuat tentang masa depan tamadun manusia. Secara ringkasnya bahaya-bahaya yang disebutkan itu dapat dikategorikan seperti berikut:

Pertama: Bahaya yang lahir daripada pertentangan antara manusia dan persekitarannya. Bahaya ini mengancam keselamatan planet bumi dan segala hidupan di dalamnya, termasuk manusia sendiri.

Antara sebab kepada lahirnya bahaya ini ialah tindakan melampau sesetengah kalangan manusia sendiri terhadap persekitaran berasaskan pandangan mereka bahawa alam semula jadi itu adalah musuh yang perlu dikuasai. Antara sebab lain ialah campur tangan rnanusia yang tidak terkawal dalam hal-hal yang berkait dengan sunnah alam seperti mana yang berlaku dalam sesetengah aplikasi bagi bidang kejuruteraan genetik.

Kedua: Bahaya yang Iahir daripada pertentangan antara manusia dengan manusia. Secara umumnya ia terhasil daripada pencerobohan dan penindasan antara satu sama lain. Antara contohnya ialah penjajahan dalam segala bentuknya, peperangan, diskriminasi kaum, eksploitasi, fanatik, keganasan dan sebagainya.

Ketiga: Bahaya yang lahir daripada peartentangan dalam diri manusia sendiri. Antara sebabnya ialah. rasukan hawa nafsu, terdorong ke arah kelazatan jasmani dan hiburan melampau, kesepian hidup di bandar-bandar besar dan sebagainya. Antara hasil bagi pertentangan ini ialah merebaknya penyakit jiwa di kalangan masyarakat.

Dalam masyarakat dan negara Islam, ketiga-tiga jenis bahaya. ini ada, sama juga dalam masyarakat dan negara bukan Islam. Oleh sebab itu, keperluan kepada perubahan dalam masyarakat dan negara Islam wujud bukan sekadar dipengaruhi oleh keadaan dalaman masyarakat dan negara Islam sendiri tetapi juga oleh keadaan sejagat.

Masalah Pendekatan

Dalam melaksanakan tugas "perubahan", berbagai-bagai pendekatan telah diambil oleh kerja-kerja keislaman (al-amal al-Islami), baik yang bersifat pemikiran mahupun pergerakan. Selaras dengan adanya pendekatan-pendekatan yang berbeza ini, terdapat juga berbagai-bagai jenis para ilmuan, ahli fikir, pertubuhan, pergerakan dan sebagainya yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

Sebagaimana maklum, "pendekatan" sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesuatu kerja, baik dalam bentuk pemikiran mahupun dalam bentuk pergerakan. Ini kerana "pendekatanlah" yang menentukan metod atau disebut juga sebagai teknik dan strategi kerja-kerja berkenaan. Dalam konteks kerja-kerja keislaman yang dibicarakan di sini ia merupakan cabaran yang sangat penting. Perbezaan yang berlaku dalam memahami cabaran seperti ini akan melahirkan perbezaan dalam membina apa sahaja keperluan yang berkait dengan kerja-kerja itu sendiri.

Malah, akan mengakibatkan perbezaan dalam perancangan untuk mencapai matlamat berkenaan. Seterusnya ia akan mempengaruhi juga soal-soal seperti keutamaan dalam melaksanakan agenda berkenaan atau yang berkait dengannya. Berasaskan kepada apa yang ada pada hari ini, terdapat berbagai-bagai pendekatan yang berbeza yang biasa digunakan. Bagaimanapun, pendekatan­pendekatian ini berkait mengait antara satu sama lain, sehingga dalam sesetengah keadaan amat sukar sekali untuk membezakan antara mereka. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Pendekatan Politik: la merupakan pendekatan paling popular sekali di dunia Islam sekarang. Tonggak kepada pendekatan ini ialah kekuasaan politik yang menjadi matlamat kepadanya dan yang menjadi kayu ukur bagi menilai sama ada sesuatu kerja itu berjaya atau sebaliknya.

Kedua: Pendekatan Pemikiran: Pendekatan ini berasaskan kepada pandangan bahawa pemikiranlah yang merupakan punca utama krisis yang dialami oleh umat Islam sekarang, baik di bidang politik, ekonomi mahu pun sosial.

Berasaskan kepada pendekatan ini, krisis pemikiran berlaku sama ada kerana adanya keadaan yang tidak menentu dalam memilih asas-asas pemikiran itu sendiri atau metod bagaimana ia digunakan, atau oleh kedua-duanya sekali. Krisis ini boleh dilihat pada tidak adanya pandangan atau wawasan yang jelas, tidak ada keunggulan intelektual dan perimbangan emosi, kegoyahan konsep berfikir, kecelaruan pendidikan dan sebagainya.

Ketiga: Pendekatan Intelektual: Maksudnya, pendekatan intelektual ke arah pembentukan semula corak politik. Pendekatan ini berasaskan kepercayaan bahawa setiap penganalisaan yang mendalam terhadap krisis yang menyeluruh yang dihadapi oleh umat Islam sekarang akan membawa kepada suatu kesimpulan bahawa akal dan intelektual perlu diberi keutamaan sama ada dalam memadiami krisis itu sendiri atau dalam mencari cara atau kaedah untuk mencapai pembaharuan politik, ekonomi dan sosial bagi mengatasi krisis berkenaan. Mengikut pendekatan ini lagi, perubahan yang hakiki dan menyeluruh hanya boleh dicapai melalui usaha memperbaharui mentaliti masyarakat Islam. Bagaimanapun, ini bukan bererti menafikan semua sekali peranan politik, cuma suatu usaha untuk meletakkan politik itu sendiri atas landasan intelektual.

Walaupun nampaknya ada persamaan antara pendekatan ini dan pendekatan pemikiran, iaitu dari segi memberi keutamaan kepada dimensi fikiran dan intelektual dalam mentafsir krisis umat Islam yang rnenyeluruh itu, namun kedua-duanya berbeza dari segi. titik tolak, penumpuan serta objektif di sebalik operasi pemikiran berkenaan.

Selain daripada itu, pendekatan intelektual ini memberi pandangan yang lebih kepada nilai-nilai akal (aqli) yang diutamakan apabila bertentangan dengan nilai-nilai wahyu (naqli), atas alasan bahawa nilai-nilai naqli sebenarnya berperanan membantu nilai-nilai aqli dalam memberi khidmat kepada kepentingan umum. Selain itu, pendekatan pemikiran tidak mengambil kira politik sebagai satu faktor perubahan.

Keempat: Pendekatan Akidah: Pendekatan ini bertolak daripada kepercayaan bahawa sebab kepada krisis yang dihadapi oleh umat Islam sekarang ialah penyelewengan akidah mereka ini. Bagaimanapun, dalam mengatasi masalah berkenaan para pendokong pendekatan ini berusaha mentafsir kembali kansep akidah berasaskaan kefahaman tertentu yang banyak menumpukan kepada rnasalah-masalah cabang dan bukannya kepada prinsip yang menyeluruh.

Kelima: Pendekatan Dakwah: Iaitu pendekatan yang berasaskan metod tabligh, dakwah dan tazkirah. Pendekatan ini lebih bersifat reaksi terhadap tekanan politik dalam arena kerja-kerja keislaman.

Keenam: Pendekatan Ketamadunan atau Hadhari: Pendekatan ini menumpukan perhatiam kepada pokok pangkal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang, dan berasaskan mentafsir rahsia kemundurannya yang menyeluruh itu dalam penilaian bahawa ia sesuatu yang rumit dan mempunyai beberapa dimensi.

Secara teorinya pendekatan ini merangkumi semua pendekatan lain di atas. Bagaimanapun, dalam realitinya setiap pendekatan berkenaan diberi ruang yang sesuai dengan saiz masing-masing yang sebenar. Matlamatnya ialah untuk membina satu rangkaian pendekatan yang bersepadu atau suatu idea yang komprehensif yang mampu menentukan jenis kesan timbal-balik antara pendekatan-pendekatan itu sendiri, dan jenis hubungan antaranya dalam realiti yang sebenar ke arah menyelesaikan krisis berkenaan berasaskan usaha yang menyeluruh dan berbagai­bagai dimensi.

Dominasi Pendekatan Politik

Apa yang dapat diperhatikan sekarang, terdapat suasana dalarn pergerakan Islam semasa yang seolah-olah menggambarkan bahawa pendekatan politik lebih berpengaruh dan dominan, berbanding pendekatan-pendekatan lain. Ini secara umumnya. disebabkan oleh:

Pertama: Kerana pendekatan ini lebih menumpukan kepada soal mendapatkan kuasa, yang disifatkan sebagai nadi yang boleh menentukan segala­galanya dalam sesebuah negara itu. Sebagaimana kata khalifah Uthman Ibn Affan: "Allah menyelesaikan melalui kuasa apa-apa yang tidak boleh diselesaikan melalui al­Quran". Berasaskan kepada pendekatan ini, institusi khalifah merupakan saluran tunggal bagi pelaksanaarr Islam yang menyeluruh dan komprehensif, di mana syariat Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pada hemat pendekatan itu, khalifah boleh disifatkan sebagai sesuatu yang dapat rnenyelesaikan semua masalah. la adalah satu­satunya penyelesaian yang tunggal bagi segala masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini, baik di bidang ekonami, ilmu pengetahuan, sistern pemerintahan, akidah, moral dan apa sahaja.

Berasaskan pendekatan ini lagi, tugas utama yang perlu diselesaikan bagi tujuan menegakkan agama Islam ialah mendirikan negara Islam atau pemerintahan yang mernerintah atas nama Islam. Di bawah negara atau pemerintahan seperti inilah baru pelaksanaan Islam yang menyeluruh dapat dilaksanakan.

Kedua: Adanya pertentangan yang terus menerus antara pergerakan Islam dan kuasa pemerintahan di kebanyakan negara sampai kepada peringkat seolah-olah pertentangan seperti itu sudah menjadi kehendak sejarah. Kadangkala pertentangan ini menjadi begitu besar dan meluas sekali, dan serangan-serangan pihak pemerintah tidak lagi terhad kepada pergerakan Islam, tetapi juga terhadap Islam. itu sendiri.

Sehubungan dengan ini telah timbul idea bahawa menegakkan negara Islam tidak akan berjaya dilakukan kecuali melalui jihad bersenjata. Berasaskan kepada idea ini, adalah suatu kesalahan untuk mengatakan bahawa penubuhan negara Islam dan pencapaian kemenangan bagi umat Islam mungkin boleh berlaku tanpa pengorbanan dan jihad bersenjata secara berdepan dan menyeluruh. Untuk itu sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. dilihat dari perspektif jihad bersenjata semata-mata yang berlaku di antara umat Islam dengan orang-orang kafir.

Ketiga: Pertembungan dengan pemerintah ini telah dilihat oleh pendekatan ini sebagai pertentangan antara "kebenaran" (al-Haq) dan kebatilan (al-Batil). Corak inilah yang mewarnakan seluruh aspek perjuangan berkenaan. Kerana apa yang menjadi tugas ialah menghapuskan "kebatilan" pemerintah itu dengam "kebenaran" yang diperjuangkan.

      

Malah, sejarah pada keseluruhannya dilihat dari perspektif pertentangan antara "kebenaran" dan "kebatilan". Oleh sebab itu apa sahaja percubaan untuk memahami secara serius apa-apa persoalan sejarah, sama ada besar atau kecil begitu juga apa-apa percubaan untuk mentafsir apa sahaja gejala yang berkait dengan kehidupan dan perkembangan hidup rnanusia, tidak mempunyai harga langsung kalau tidak bertolak daripada kefahaman asas bagi alam ini, iaitulah masalah pertentangan antara "kebenaran" dan "kebatilan" bagi mencapai bentuk yang ideal dalam merealisasikan pengabdian kepada Allah.

Selain itu, prinsip umum yang menggariskan hubungan dengan negara-negara barat juga berasaskan kepada pertembungan yang dilihat sebagai perlu berkekalan sampai ke hari kiamat.

Pemakaian prinsip "pertentangan antara kebenaran dan kebatilan" dengan secara yang sangat meluas ini telah menimbulkan halangan mental, metodologi dan juga psikologi dalam berurusan dengan orang lain. la juga mungkin menyebabkan terputusnya hubungan. ilmu dan sejarah dengan usaha dan pencapaian orang-orang terdahulu dalam membina tamadun. Malah ia mungkin juga digunakan bagi tujuan menyingkir orang lain daripada "jemaah Islam", terutama kalau ada perasaan bongkak di kalangarr mereka yang memegang prinsip ini.

Keempat: Satu unsur lain yang menjadikan pendekatan politils: lebih popular, khususnya di kalangan mereka yang berpendirian keras ialah ia boleh dijadikan sebagai tiket yang menghalalkan tindakan keras terhadap golongan lain, terutama para pemerintah. Antara alasan yang diberikan ialah kejayaan secara demokrasi tidak memberi apa-apa tanda untuk dicapai.

Mengenai dunia barat pula, biasanya pendekatan ini menamakannya sebagai pakatan "Kristian - Yahudi - Penjajah". la kemudian dihadapi dengan secara mudah, iaitu mengkritik secara habis-habisan. Bagaimanapun, kritikan-kritikan itu jarang berasaskan kepada data-data ilmiah yang baleh dijadikan asas dalam menganalisa latar belakang masyarakat barat sendiri, termasuk pencapaian kemajuan dan ketamadunan mereka. Dengan itu kritikan berkenaan begitu dangkal sekali dan sekadar bersifat memperkecilkan barat tanpa alasan yang kukuh.

Sebenarnya pendekatan yang bersahaja ini sangat mudah dilakukan. Kerana apa pun agejala yang berlaku ia ditafsirkan secara automatis dan mudah sebagai hasil pertembungan antara nilai-nilai "kebenaran" dan "kebatilan". Persoalannya ialah sama ada "benar" atau " batil", "Iman" atau "kufur" dan sama ada "Islam" atau "jahiliyah"', tanpa mengambil kira realiti individu atau masyarakat yang berhadapan dengan berbagai-bagai gejala yang rumit.

Hakikatnya, apabila sesuatu pendekatan itu menjadikan hukum dan label tertentu dalam menilai apa-apa gejala yang ada ia tidak berpeluang untuk melihat dimensi ketamadunan (al-ab'ad al-hadhariyah) yang ada. Kerana dimensi ketamaduuan sentiasa mengambil kira sebab-sebab yang tersorok di sebalik gejala lahir yang ada, latar belakang sejarah dan warisan yang menghasilkan fenomena itu sendiri, serta juga objektif untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Pengungkapan Semula Politik Islam Melalui Pendekatan Hadhari

Adalah perlu ditegaskan awal-awal lagi bahawa sejauh mana pencapaian dan pengaruh pendekatan ketamadunan (hadhari) dalam sesuatu usaha pembaharuan itu, maka sejauh itu pulalah pengaruh pendekatan politik (siasi) akan surut dan kembali kepada saiznya yang asal dan yang sepatutnya.

Satu perkara lain ialah bahawa tonggak utama dalam pendekatan hadhari ialah manusia dan ummah. Ini bererti bahawa berjaya atau gagalnya sesuatu usaha pembaharuan itu perlu dilihat melalui keadaan manusia dan ummah itu sendiri sehubungan dengan usaha-usaha berkenaan. Apakah mereka telah mencapai suatu kedudulkan yang lebih baik dari segi kemampuan untuk melakukan sesuatu ke arah pembinaan tamadun?

Semuanya ini memberi erti bahawa kerja-kerja keIslaman (al-amal al-Islami) itu secara intinya adalah usaha membentuk rangka kerja yang semasa bagi mengaktifkan kembali tamadun Islam yang terbengkalai itu; suatu tamadun manusia yang berasaskan kepada kehendak Allah buat menggantikan tamadun semasa yang telah menjadikan manusia sebagai musuh Allah yang bongkak.

Di bawah pengaruh tamadun yang dicita-citakan itu "kuasa" dilihat sebagai keperluan ketamadunan. Dalam erti bahawa ia merupakan jalan ke arah mempersiapkan asas "kebaikan". Meskipun ia sendiri tidak akan membina kebaikan itu, tetapi ia akan membantu manusia dan ummah untuk membinanya dengan cara meningkatkan kemampuan masyarakat dan ummah itu sendiri untuk merealisasikan idealismenya dalam realiti yang ada.

Ini bererti bahawa keutamaan yang paling tinggi diberikan kepada manusia dan ummah. Bagaimanapun, keutamaan di sini tidaklah bererti penumpuan yang tunggal. Sebaliknya ia bererti keutamaan yang lahir daripada pemahaman yang jitu terhadap sifat-sifat khusus dan keperluan hidup semasa yang dibentuk dalam kerangka wawasan yang menyeluruh dan strategi yang melihat bahawa perubahan sebenarnya merupakan pergerakan sepanjang zaman dan di setiap tempat, atau merupakan siri pergerakan yang kait mengait antara satu sama lain dalam satu jaringan yang saling bantu-membantu.

Tumpuan utama gagasan ini dalam memberi keutamaan kepada manusia dan ummah ialah untuk memenuhi syarat dalaman bagi kebangkitan dan pembangunan yang mampu mengatasi batas-batas halangan bagi pencapaian kemajuan. Secara terperincinya ia boleh dilihat seperti berikut:

Pertama: Dari satu dimensi syarat dalaman bagi pembangunan berkait rapat dengan faktor manusia. Oleh sebab itu ia perlu dibentuk semula berasaskan kerangka teori perubahan yang menyeluruh. Objektifnya ialah untuk melahirkan manusia yang cukup bersedia untuk membina tamadun dan yang faham tentang peranan masing­masing dalam usaha berkenaan, serta juga mempunyai pandangan yang jelas terhadap jurang ketamadunan yang wujud.

Mereka ini perlu mempunyai asas pendidikan yang komprehensif dan sesuai untuk memainkan peranan dalam pembinaan tamadun tersebut. Tumpuan utama bagi pendidikan seperti ini ialah membebaskan manusia sehingga dapat imengembalikan kepercayaan terhadap diri masing-masing dalam penilaian bahawa Islam itu agama yang mendukung kebebasan yang telah membebaskan manusia daripada penyembahan terhadap kejahatan (al-Taghut).

Kedua: Dari satu dimensi yang lain pula, syarat dalaman bagi pembangunan ini berkait rapat dengan ummah. Kerana ummahlah yang mempunyai kepentingan yang sebenar dalam kemajuan yang dicita-citakan itu. Di samping itu, ummah jugalah yang benar-benar melaksanakan program berkenaan. Sedangkan kerja-kerja keislaman, baik yang bersifat pemikiran mahu pun pergerakan hanyalah berperanan sebagai pembimbing sahaja dalam merealisasikan kemajuan yang dicita-citakan itu.

Ini bererti kerja-kerja keislaman bukanlah suatu alternatif selain ummah, tetapi sebaliknya dinamo yang berkesan bagi pengisian tenaga untuk orang ramai bagi tujuan membina tamadun.

Oleh yang demikian, pendekatan Islam hadhari perlu mengungkap cita-cita dan harapan ummah dengan mengambil kira masalah dan kekurangan yang mereka hadapi. Untuk itu ia . perlu diwarwarkan secukupnya di kalangan masyarakat dan ummah bagi memecah kepungan yang memecilkan mereka daripada perkembangan hidup semasa. Di samping itu perlu juga dipersiapkan institusi yang mampu menggerakkan cita-cita dan hemah ummah ke arah membina tamadun.

Berasaskan kepada kerangka ini, penghapusan sistem khalifah, atau tegasnya kehancuram sistem politik umat Islam pada tahun 1924 tidak boleh dijadikan titik tolak. Kerana kejatuhan yang dialami pada waktu itu bukan sekadar kehancuran kuasa politik, tetapi sebaliknya hasil kepincangan yang meluas dan lama sebelum itu dalam masyarakat Islam seluruhnya.

Dengan kata lain, kejatuhan kuasa politik pada tahun 1924 itu adalah hasil penyelewengan yang lama umat Islam daripada idealisme asal yang mengakibatkan pengabaian yang teruk terhadap kekuatan dan tenaga mereka sendiri dalam membina tamadun.

Dalam bidang politik, penyelewengan tersebut sekurang-kurangnya dapat dilihat pada meluasnya amalan kediktatoran dan kuku besi, serta juga terhapusnya prinsip permesyuaratan (syura). Dalarn bidang sosial, dapat sekurang-kurangnya dilihat pada berleluasanya gaya hidup mewah yang membelakangi konsep "istikhlaf' dalam harta, iaitu yang menegaskan bahawa manusia bukan pemilik sebenar hartanya.

Sebenarnya mereka hanyalah khalifah atau wakil Allah dalam menggunakannya. Sementara dalam bidang keilmuan dan intelektual pula terdapat penyelewengan para ahli ilmu bagi tujuan mengampu pemerintah, malah kadang-kadangnya pengabaian terhadap nilai-nilai ilmu itu sendiri.

Oleh sebab itu, titik tolak perubahan tidak boleh bermula melalui kuasa politik sahaja, tetapi lebih menyeluruh daripada itu yang berrnula dengan individu, kemudian masyarak :at dan umrnah, dan kemudia.n barulah kuasa atau sistem yang boleh membina tamadun yang dicita-citakan itu.

Semuanya ini menjelaskan bahawa salah satu dairpada ciri utama pendekatan hadhari ialah sifatnya yang komprehensif. Bagaimanapun, maksudnya bukanlah melakukan komprorni atau mencantum antara berbagai-bagai unsur yang bertentangan. Apa yang dimaksudkan ialah kemampuan dalam menyusun barisan untuk menghadapi cabaran ketamadunan yang ada.

Penyusunan tersebut di atur seperti berikut:

  1. Menghimpunkan semua aliran dan pendekatan Islam bagi rnenyelaras matlamat bersama, sementara perbezaan dalam hal-hal cabang boleh dibiarkan berlaku.

  2. Menghimpunkan semua orang bukan Islam dalam negara ini supaya mereka boleh mendukung dan sama-sama bekerja untuk membina tamadun berkenaan tanpa perlu membentuk akidah berasaskan kepadanya.

  3. Menghimpunkan kekuatan-kekuatan dan aliran-aliran politik lain yang faham tentang besar dan bahayanya ancaman barat yang ada, untuk sama-sama berusaha ke arah pembangunan, walaupun terdapat titik tolak yang berbeza di antara masing-masing.

  4. Menghimpunkan bangsa-bangsa yang lemah dan tertindas di seluruh dunia, bagi sama-sarna membebaskan diri daripada cengkaman barat yang tidak berperi kemanusiaan itu.

  5. Malah, menghimpunkan kekuatan dan aliran serta juga ahli fikir serta para penyelidik di barat yang berminat dengan kernanculan tamadun manusia yang bersifat sejagat.

Tinggal lagi masalah yang berkait dengan pusat-pusat kerja ketamadunan itu sendiri. Kerana pendekatan ketamadunan atau hadhari perlu bererti menggembelingkan tenaga dan usaha yang besar serta berbagai-bagai di bidang politik, ekonomi dan intelektual. Ia juga menyentuh banyak masalah yang diperkatakan di peringkat antarabangsa. Malah, pendekatan ini rnengemukakan program ketamadunan sejagat sebagai alternatif kepada tamadun barat yang sedia ada.

Bagi memenuhi keperluan-keperluan ini program Islam tersebut perlu lebih jelas dan sistematik. Ia tidak cukup sekadar dalam bentuk prinsip urnum, tetapi sepatutnya boleh direalisasikan di alam nyata melalui usaha yang gigih dan kreatif. Dengan kata lain, program Islam hadhari ini perlu mencakupi hidup rnanusia dalam segenap seginya, dan ikut terlibat sama dengan pergerakan masyarakat dengan segala objektif dan cita-citanya.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved