|
AM: Betulkah tanggapan media mengatakan mahasiswa Malaysia di Jordan berpuak-puak ?.
Betul. Terdapat dua puak. Pertama, puak pro-kerajaan. Kedua, pro-pembangkang.
AM: Kenapa berlaku fenomena berpuak-puak ?
Kebanyakan yang datang ke Jordan adalah daripada sekolah agama. Mereka sudah ditanam ideologi politik semasa di sekolah lagi bahawa semua pelajar yang akan pelajar ke luar negara perlu memasuki “jemaah”. Sesiapa yang tidak masuk “jemaah” akan dipulau.
AM: Apa makna “Jemaah”
“Jemaah” merujuk kepada organisasi yang mendakwa memperjuangkan Islam. Satu pertubuhan underground dinamakan “Ikatan Mahasiswa Islam Jordan” (IMIJ)
yang tidak berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia. Mereka dikaitkan dengan mahasiswa pro-pembangkang khususnya PAS.
AM: Kenapa dikatakan mahasiswa yang menyertai ‘jemaah’ pro-pembangkang? Apa buktinya?
Buktinya jelas. Lihat siapa ketua dan aktivis-aktivis yang mengerakkan badan itu. Siapa Zaharuddin Abd. Rahman yang pernah menjadi ketua ‘jemaah’. Betulkah dia tidak berparti, sedangkan dalam rekod Dewan Pemuda Selangor, tercatat namanya sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor. Anak-anak daripada aktivis parti PAS menaungi persatuan ini. Apa makna ini? Mereka akan melabel dan memulau golongan yang mengikuti jemaah.
Kalau perstuan ini bukan berhaluan pembangkang kenapa menolak program-prgram yang dianjurkan oleh agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Khas, tetapi dalam masa yang sama pernah menjemput Dato Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS?
Kalau nak dibongkarkan memang banyak penyelewengan yang dilakukan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Antaranya seperti tidak menghadiri usrah yang dianjurkan oleh pihak mereka, pelajar berkenaan akan dipulaukan. Kalau nampak kecenderungan untuk melawan, akan dipulaukan terutamanya oleh pemimpin mereka. Apabila pelajar berkenaan dipulaukan, mereka akan rasa tertekan. Sebab itu mereka akan masuk balik gerakan ini. Bagi pelajar perempuan pula, mereka akan diburukkan dengan pelbagai tohmahan yang direka-reka. Namun ada juga pelajar yang keluar terus walaupun ditarbiyah berkali-kali.
AM: Sejauh mana perkara ini serius ?
Apabila budaya ini sentiasa disemai akan akan menyebabkan budaya benci membenci semakin ketara di kalangan pelajar. Budaya ini tidak sihat dan tidak wajar dikembangkan melalui kelas agama atas topeng majlis ilmu (usrah).
| |
AM: Difahamkan saudara pernah dipukul semasa menuntut di Jordan. Boleh jelaskan peristiwa itu?
Ya. Peristiwa ini akan menjadi satu ingatan yang tak mungkin saya lupakan sepanjang hayat. Pada 11 November 2002, Haji Abdul Hadi Awang (bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu) dijemput mengadakan ceramah di Universiti Mu’taah. Ekoran dari ceramah itu, timbul perbalahan dan saling tidak puas hati antara penyokong kerajaan dan pembangkang.
AM: Kenapa saudara dipukul ?
Mereka menuduh saya menyebarkan fitnah dalam bentuk mencarut melalui SMS kepada Haji Hadi Awang. Walaupun saya menafikan, mereka tetap tidak percaya. Berlaku pertengkaran mulut.
Ketika perbalahan tersebut, mereka merampas telefon bimbit saya, seterusnya menolak dan menendang belakang menyebabkan saya jatuh tersungkur dalam cubaan untuk mendapatkan semula telefon saya itu. Saya terus dikepung dan dipukul beramai-ramai agar tidak dapat keluar dari bilik saya. Ada di antara mereka yang saya kenali. Antara sedar dan separuh sedar, saya merangkak keluar dari bilik dengan harapan supaya dilihat oleh rakan serumah di samping menjerit meminta pertolongan mengatakan saya dipukul. Setelah berada di luar bilik, barulah mereka berhenti memukul saya. Itupun setelah salah seorang rakan serumah saya keluar dari biliknya kerana terdengar bunyi bising seperti orang sedang bergaduh.
AM: Bila kejadian itu berlaku dan berapa orang yang datang memukul saudara?
Pada 15 November 2002 hari Jumaat, lebih kurang pukul 9.30 malam. Semuanya berjumlah 11 orang. Mereka masuk ke rumah saya tanpa tanpa izin dengan menolak pintu bilik saya.
AM: Sebagai pengakhir kata, apakah pandangan masyarakat Jordan terhadap Malaysia?
Mereka memandang positif. Mereka kata negara kita kaya. Ada di kalangan masyarakat mereka yang menyanjung tinggi kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga kebijaksanaan para pemimpin negara kita dalam menyatukan pelbagai bangsa.
Mereka sendiri tidak dapat menyatukan bangsa Arab. Di situ, mereka nampak kebijaksanaan pemimpin negara kita. Malahan, mereka mahu manghantar anak-anak mereka supaya belajar di Malaysia kerana sangat menyanjung sistem pemerintahan politik di sini. Ada segelintir mahasiswa propembangkang telah meyelewengkan fakta dengan mengatakan Kelantan dan Terengganu diperintah oleh ulamak. Mereka tidak berbangga dengan kepimpinan Perdana Menteri kita dan tidak membawa imej tersebut. Mereka tidak menjadi duta yang sebenarnya.
|