Idealis Mahasiswa
 
 

Charles haram kahwini Camilla


Hit = [ ]

sumber: Berita Online 23/2/2005

LONDON: Kerajaan Britain gagal memberi nasihat kepada Ratu Elizabeth secukupnya sama ada perkahwinan Putera Charles dengan Camilla Parker-Bowles sah di sisi undang-undang, kata bekas Peguam Negara, Sir Nicholas Lyell, kelmarin.

Lyell menekankan, satu rang undang-undang kecemasan mungkin perlu bagi menjelaskan kesahihan undang-undang sebelum perkahwinan itu boleh diadakan pada 8 April depan.

Jika tidak, pasangan itu mungkin perlu berkahwin di Scotland seperti yang dilakukan seorang anggota diraja sebelum ini yang berkahwin buat kali kedua pada 1992.

Awalnya, Lord Falconer menegaskan Charles dan Camilla boleh berkahwin sekalipun ada pakar mendakwa undang-undang tidak membenarkan anggota diraja England melakukan perkahwinan sivil.

Tetapi, ketika memberitahu program radio 4 Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Lyell yang juga Peguam Negara pada 1992 hingga 1997, berkata:

      

“Saya tidak fikir Ratu diberi nasihat secukupnya dari segi undang-undang (mengenai perkahwinan itu).

“Perkara itu jelas masih kabur. Tentunya kita tidak mahu Prince of Wales, Camilla mahupun Ratu mendapat malu kerana perkara ini.”

Lyell berkata, beliau difahamkan bahawa Akta Perkahwinan 1949 mengenai undang-undang sivil di England mengecualikan anggota keluarga diraja yang bermakna mereka mesti melangsungkannya di gereja dan bukan di tempat awam.

“Saya fikir wajar isu ini disokong undang-undang. Saya tidak yakin Akta 1949 jelas mengenainya kerana ramai pihak tidak bersetuju (Charles dan Camilla boleh berkahwin),” katanya lagi.

Charles dan Camilla merancang mengadakan perkahwinan di dewan besar Windsor, barat London. – Agensi





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved