Idealis Mahasiswa
 
 

Kes pelajar berpegangan tangan di taman KLCC


Hit = [ ]

sumber - Malaysiakini.com Feb 23, 05 8:28pm

Perbicaraan kes pasangan pelajar yang didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika berada di taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dua tahun lagi, telah ditangguhkan kepada 23 Jun depan.

Majistret Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Khairi Haron hari ini menangguhkan kes membabitkan Ooi Kean Tong dan Siow Ah Wei kerana beliau terbabit dalam kes lain.

Siow, 22 dan Ooi, 24, dikenakan saman mengikut Seksyen 8 (1) undang-undang kecil taman (Wilayah Persekutuan) 1981 kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh – bercium dan berpelukan – pada 2 Ogos 2003.

      

Membaca surat

Pasangan tersebut meminta dibicarakan kerana mendakwa ketika itu mereka hanya sedang membaca surat dan berpegangan tangan apabila pegawai penguatkuasa DBKL mendekati mereka.

Mereka juga mendakwa pegawai DBKL berkenaan menyaman mereka apabila mereka enggan membayar wang rasuah.

Jika didapati bersalah, kedua-dua pelajar itu boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes mereka mendapat liputan media antarabangsa manakala beberapa pihak mengkritik tindakan DBKL itu yang mereka anggap ‘sudah ketinggalan zaman’.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved