|
Email Zunar kepada UMNO-Reform
Saudara Editor, saudara tentu maklum penyiaran karya tanpa kebenaran pengarangnya adalah salah dari segi undang-undang dan etika pengkaryaan di Malaysia.
Oleh itu saya minta kartun saya yang disiar tanpa kebenaran di laman ini segera ditanggalkan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh saya...
Zunar
Jawapan UMNO-reform kepada Zunar
Kartun yang tersiar di Malaysiakini telah di keluarkan sungguhpun beliau kurang maklum mengenai paparan sumber yang telah dimaklumkan oleh editor di bawah kartun beliau. Beliau juga perlu dimaklumkan mengenai siapa yang boleh mengambil tindakan.
Kami juga memaklumkan kepada beliau bahawa di internat pelbagai cara boleh dilakukan seperti menyiarkan kartun kartun di hosting percuma dan sebaginya. Namun kami mengambil jalan untuk menghormati beliau.
Kami juga bertanya kepada beliau tujuan kartun tersebut dan apakah beliau sedang mengkritik Anwar Ibrahim mengenai reformasi. Kita tunggu jawapan - mungkin ada mungkin tiada
UMNO-Reform
| |
Tulisan asal UMNO-Reform menceritakan wajah di sebalik kartun
Apa yang sebenarnya mahu digambarkan dalam kartun Zunar (seorang kartunis) dalam laman Malaysia Kini ?
Apakah kartun tersebut mengertikan suara mereka yang sebelum ini bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim?
Apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga keresahan golongan reformasi mula timbul sehinggakan laman malaysiakini.com juga kini seakan menyuarakan perkara tersebut.
Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa era demonstrasi jalanan sudah berlalu tetapi sehingga kini tidak memberi indikasi secara khusus era apa yang mahu dilaksanakan oleh beliau dalam perjuangan reformasi. Mungkin strategi beliau ada tetapi penyokong beliau belum nampak jelas arah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.
Persoalan-persoalan
Kenapa Zunar marah kartunnya disiarkan oleh UMNO-Reform? Marah kepada kartun (yang menyindir Anwar) atau kepada penceritaan ulasan tentang kartun itu ?
Kenapa UMNO-Reform menarik balik kartun itu ?
|