Idealis Mahasiswa
 
 

Hasmawi Sudah Nikah Di Thailand Dengan Gadis Pulau Pinang


Hit = [ ]

Oleh Farrah Lina Ramlan
sumber: Mingguan Warta Perdana Ahad 9/1/2005

KOTA BHARU: Heboh pemain bola sepak, Kedah, Hasmawi Hassan, 23, sudah berkahwin dengan Noraini Abdul Razak, 23, seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang yang kini bertugas di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mingguan Perdana diberitahu bahawa Hasmawi yang berasal dari Pulau Pinang telah pun bernikah dengan Noraini secara rahsia ketika mewakili pasukan Kedah dalam Liga Perdana musim 2004.

Berita mengenai perkahwinan Hasmawi-Noraini menjadi heboh di pejabatnya selepas dia (Hasmawi) membatalkan pernikahannya dengan gadis dari Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Keluang, Johor, NorlidaAbdul Rahman, 23, melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kira-kira 19 jam sebelum majlis pernikahan berlangsung pada 17 Disember lalu.

Bagaimanapun bagimempastikan desas-desus itu wartawan Mingguan Perdana telah menemu bual Noraini pada 27 Disember lalu bagi mendapatkan cerita sebenar.

Noraini ketika ditemui tidak menafikan memang heboh cerita mengenai dia bernikah dengan Hasmawi.

"Apa bukti yang mengatakan saya isteri Hasmawi, mana ada cincin di jari saya ? Saya hanya pernah melihat dia beraksi di padang ketika Piala FA di Bukit Jalil kira-kira dua tahun lalu, tapi berjumpa dan bercakap dengan dia belum pernah lagi," kata Noraini yang mengakui dia adalah peminat Hasmawi.

Ditanya sekiranya khabar angin tersebut tidak benar bagaimana boleh timbul berita pernikahannya dengan pemain bola sepak kontroversi itu ?

Noraini berkata: "Entahlah saya sendiri tak tahu, mungkin orang saja nak reka cerita agaknya.

Ditanya lagi pendapatnya tentang tindakan Hasmawi meninggalkan Norlida di hari penikahannya, dia berkata:

      

"Bagi saya, kita tak boleh nak salahkan sebelah pihak saja, kita kena dengar penjelasan Hasmawi juga, mungkin ada sebab tertentu dia buat begitu.

Ditanya lagi sekiranya benar dia bertemu jodoh dengan pemain bola sepak tersebut, kata Noraini:

"Kalau dah jodoh nak buat macam mana tapi siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan yang dekat Johor tu... (dia bermaksudkan Norlida)

Setelah diasak dengan beberapa soalan cepu emas kelihatan wajah Noraini sedikit berubah dan mengakui dia sudah benar-benar tertekan dengan setiap soalan yang diajukan.

"Tolonglah jangan buat saya tertekan, cukuplah apa yang dah saya beritahu, semua itu gosip saja," kata gadis kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini sambil tersenyum.

Sementara itu, satu sumber yang mengesahkan pernikahan Hasmawi dan Noraini mengakui gadis tersebut pernah membuat pengakuan berkahwin dengan pemain bola sepak, Kedah itu, kepadanya tetapi minta dirahsiakan berita tersebut kerana buat masa ini pernikahan mereka belum didaftarkan secara sah di pejabat agama berdekatan.

Manakala berdasarkan pemerhatian wartawan Perdana ketika berkunjung ke pejabat Noraini pada 27 Disember lalu, kelihatan suasana menjadi kelam-kabut seketika sebaik sahaja mengetahui kehadiran wartawan di situ.

Ketika kunjungan kami diberitahu Noraini ada di pejabat dan minta tunggu sebentar bagaimanapun setelah beberapa minit kemudian kami diberitahu Noraini sedang mesyuarat, tak kurang juga ada yangmendakwa Noraini keluar dan minta pihak kami datang semula kira-kira dua jam kemudian.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved