Idealis Mahasiswa
 
 

Pembongkaran penyelewengan kerajaan PAS


Hit = [ ]

sumber - Alhaq.daily

Sidang Dewan yang mula bersidang 6 disember mendedahkan Syarikat Pembinaan ANZ membolot projek penswastaan berjumlah RM150 juta membabitkan Pusat Niaga Paka, Skim Pertapakan Kemudahan Asas (SPKA) Perumahan Bukit Bayas, Tok Adis dan Rumah Kos Rendah di Banggol Peradong, Sungai Kerak dan Durian Guling, Marang.

Dato' Ahmad Said wakil Barisan Nasional (BN) Kijal berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan YB Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Wakil BN Air Putih.

Beliau juga menjelaskan yang semua projek tersebut adalah di bawah syarikat Kerajaan Negeri EPIC dan GPQ yang pada masa itu dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dato' Wan Mutalib Embong.

      

Pajak Gadai Riba

Dato' Ahmad Said kemudiannya menjawab soalan yang dikemukan YB Abdullah Che Muda Wakil Kuala Besut bahawa sepanjang pemerintahan PAS tiada projek pajak gadai Islam ditubuhkan, sebaliknya lima buah pajak gadai konvesional (riba) telah diluluskan dan dibolot oleh 'keluarga Lee'.

Kerajaan BN dalam tempoh lapan bulan memerintah sudah menubuhkan dua pajak gadai Islam, iaitu Muassasah Ar-Rahnu (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - Koperasi Pegawai-pegawai Agama Terengganu (KPAT), di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu dan Pusat Gadaian Islam Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)-MAIDAM, Kuala Berang.

Lawatan Ke Luar Negara 10 Kali

Sementara itu, wakil BN Cukai Dato' Mohamed Awang Tera mendedahkan sepanjang Pas memerintah, kerajaan negeri ketika itu mengadakan lawatan sebanyak 10 kali ke luar negara termasuk ke Indonesia, United Kingdom, Arab Saudi dan China.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved