Idealis Mahasiswa
 
 

Ulama PAS Eksploitasi Dasar Kepimpinan Ulama’ - Marhaen


Hit = [ ]

oleh Said Jubair
sumber - Marhaen

Sebenarnya sudah lama saya teringin nak menulis mengenai kepimpinan ulama dalam PAS. Namun kerana tiada kelapangan hal itu terpaksa saya tangguhkan dahului, apatah lagi saya memang berhasrat untuk menulis secara terperinci mengenai isu yang rumit lagi kompleks ini.

Waima, melihat hangatnya perbahasan mengenai isu ini dalam media Internet, saya merasa terpanggil-panggil untuk menulis beberapa analisis spontan saya; dengan hasrat ia sekurang-kurangnya dapat menjernihkan semua kredibiliti institusi ulama yang dewasa ini seolah-olah digambarkan sebagai korup dan tidak berwibawa, lebih-lebih lagi dalam kasus PAS.

Terlebih dahulu saya menyifatkan diri saya sebagai seorang Muslim yang progresif dan modernis. Namun bukan dalam ertikata anti-konservatif atau anti-ulama’ seperti mana yang seringkali dikaitkan dengan golongan progresif dan modernis yang direstui oleh Uncle Sam. Amat penting juga saya menegaskan bahawa saya merupakan pendukung kuat kepada polisi kepimpinan ulama yang dicerminkan oleh PAS hasil dari adaptasi kejayaan revolusi Islam Iran 1979. Kejayaan revolusi ini sememangnya adalah hasil kerja kuat ulama-ulama yang hebat dan berwibawa seperti Khomeini, Baheshti, Muthahhari dan Taleqani. Memang benar, ulama dalam satu kelas yang sewajarnya kita hormati, justeru tidak patut kita mencemuh dan menghina mereka.

Namun begitu, penghormatan kita terhadap institusi mahupun individu yang dianggap berstatus ulama ini ada hadnya! Hadnya bilamana ada di kalangan ulama yang menggunakan institusi ulama demi memastikan dominasi kekuasaan diri dalam sesebuah organisasi yang diterajuinya. Untuk itu mereka menghimpun firman Allah, Sabda Rasulullah serta pandangan ulama-ulama salafi sebagai memperkuatkan hujah dominasi mereka. Mereka juga sentiasa cuba mentafsirkan dimensi ulama dalam Islam menurut selera dan posisi mereka – demi survival politik mereka. Sebab itu saya tidak hairan jika ada di kalangan ulama yang boleh terseret dalam soal KKN (Korupsi-Kronisme–Nepotisme).

Saya yakin dan percaya, Presiden PAS bukanlah ulama yang seperti itu. Begitu juga Tok Guru Nik Aziz yang saya anggap sebagai ulama klasik yang berjiwa progresif dan memahami bahasa zaman. Pada saya mereka telah menampakkan keikhlasan dalam perjuangannya, meskipun keikhlasan tersebut adalah hal yang Allah pendamkan untuknya sahaja. Kendatipun, ada beberapa individu yang digelar berstatus ulama di dalam PAS yang mempunyai ciri-ciri yang saya gambarkan bobrok. Mereka mendakwa kononnya memperjuangkan keadilan, sebalik merekalah yang melakukan kezaliman dan mengaut laba peribadi.

Izinkan saya mengemukakan beberapa contoh yang lama terpendam dalam dada saya, yang baru kini diluahkan. Pertama ialah ‘Datuk’ Ustaz Harun Taib (saya quote-kan datuk sebab satu masa dahulu beliau pernah menghina mereka yang menerima gelaran datuk, tapi kini beliau sendiri yang memakai dan menerimanya). Sepanjang beliau memimpin Dewan Ulama PAS, beliau tidak pernah untuk cuba membuka satu generasi yang boleh mewarisi kepimpinan panjangnya, hinggakan tidak pernah lahir mereka yang boleh mengambil alih kepimpinan beliau. Belia lebih menampakkan sebagai one man show atau dialah segala-galanya. Seperti kata teman saya, “Ustaz Harun Taib lebih sesuai untuk duduk kampung, dan ajar fikah terhadap orang kampung aje, jangan masuk Bandar, kalau tidak rosak masyarakat”. Harun Taib juga adalah contoh ulama yang tidak pandai bergaul, suka mencemuh dan membodohkan orang lain. Beliau berfikir dan bertindak seolah-olah beliaulah lebih pandai dalam segala aspek. Pernah saya dimaklumkan oleh teman saya yang bekerja di Wisma Darul Iman semasa di bawah pemerintahan PAS, Harun Taib telah mengarahkan pegawai kewangan negeri agar meluluskan rombongan keluar negara bersama dengan kroninya. Tetapi bila Pegawai Kewangan Negeri jawab bahawa kita tak ada budget, beliau membentak dengan mendakwa “saya ini pakar ekonomi, tahulah saya menguruskannya”. Begitulah lagak seorang ulama yang keras kepala persis macam Paul Keating!

      

Demikian juga Hasan Shukri, yang mendapat jawatan senator setelah berjaya meleraikan perbalahan dalam menentukan siapa Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya 1999. Hasil kejayaannya mendamaikan Harun Taib dengan Ustaz Hadi, maka dapatlah jawatan senator itu sebagai hadiah dari kerajaan PAS Terengganu. Kalau tak percaya cakap saya sila tanya secara jujur dengan seluruh AJK PAS Pusat. Mereka semua mengetahuinya! Memang orang yang melingkupkan Kohilal ini tidak layak menjawat ‘orang nombor dua’ dalam PAS. Apatah lagi, jawatan tersebut diperolehi selepas melanggar keputusan majlis syura yang menetapkan Haron Din sebagai satu-satunya calon Timbalan Presiden. Jadi macam mana nak suruh ahli supaya wala’ sedangkan Timbalan Presiden sendiri yang tidak wala’! Secara tradisi dan sinonim saya menyifatkan Hasan Shukri ini baik, tetapi baik untuk diri dia sendiri sahaja. Pernah beliau menjadi pengerusi sebuah masjid, tetapi selama beliau menjadi pengerusi beliau tidak pernah bercambahnya ahli-PAS dalam jawatankuasa masjidnya. Memang benar, beliau sebaik-baiknya menjadi pengikut parti yang setia sahaja, bukannya pemimpin!

Satu lagi kes ialah mengenai Azizan Razak, beliau menggunakan Markaz PAS sebagai rumahnya sendiri, walhal rumah markaz tersebut bukannya miliknya. Tetapi kerana ‘busuk hati’ dan ‘bahlol’ (saya terpaksa gunakan perkataan ini kerana pada saya mereka ini bukannya ulama tetapi diktator, dan pada saya juga seorang kafir yang demokratik lebih Islam dari seorang Muslim yang diktator!), beliau bermukim terus di situ! Itulah Azizan Razak! Manusia yang sering bercakap kasar dan sombong diri!

Saya sebenarnya teramat sangat untuk menulis lagi, tetapi cukuplah buat waktu ini sambil menunggu sanggahan-sanggahan dari para pembodek-pembodek PAS atau juga dari mereka yang sangat husnu-dzan dengan para ulama-ulama bobrok ini meskipun ulama ini sedang menipu kita semua! Ingin sekali lagi saya tegaskan bahawa selagi manusia-manusia seperti Harun Taib, Azizan Razak dan Hassan Shukri berada dalam hierarki PAS, maka selagi itulah PAS tidak dapat pergi lebih jauh seperti mana yang telah dicapai oleh beberapa gerakan Islam yang lain umpama; PKS, Ikhwanul Muslimin dan Hizbul Muslimin (Gunong Semanggol). Mereka ini telah mencemar nama baik Revolusi Islam Iran 1979, dan mereka inilah juga yang mengeksploitasi dasar kepimpinan ulama bagi memuaskan nafsu ‘bodoh’ mereka. Maafkan saya, jika saya melepaskan kegeraman saya dengan cara sebegini, tetapi itulah realitinya. Harap ada yang dapat menarik saya kembali ke pangkal jalan (kembali ke naungan keharunan, keshukrian dan keazizanan!).





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved