Idealis Mahasiswa
 
 

Lulusan universiti tempatan dapat tempat dalam kabinet Pak Lah


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa, Jun 2004

SEMASA saya melawat ke University of Cambridge dalam tahun 80-an saya diberitahu bahawa kebanyakan Perdana Menteri dan ahli kabinet Britain adalah lulusan universiti ini. Satu lagi universiti yang banyak melahirkan pemimpin Inggeris ialah Oxford University.

Di Cambridge University saya dibawa ke kolej tempat Al-Marhum Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama belajar. Di Malaysia Hall London saya diberitahu tentang aktiviti Kesatuan Melayu United Kingdom yang bergiat untuk menuntut kemerdekaan dalam tahun 1950an. Di sinilah aktivis pelajar seperti Tengku, Tun Razak, Tun Suffian, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Abdul Wahab dan lain-lain lagi berbincang dan berjuang untuk kemerdekaan tanahair dari penjajah British. Mereka berlatih berhujah di padang “orang putih”. Mereka kemudian pulang ke tanah air dan mengambil alih pimpinan UMNO dan seterusnya menjadi ahli kabinet negara merdeka. Kebanyakan mereka yang memegang jawatan menteri adalah lulusan luar negeri.

Tun Hussein Onn seorang yang berkelulusan undang-undang dari luar negeri ketika menyusun kabinetnya telah melantik Dr. Mahathir Mohammad seorang berkelulusan doktor dari Universiti Malaya-Singapura. Universiti Malaya-Singapura bolehlah ditafsirkan sebagai pusat pengajian tempatan. Inilah kali pertama lulusan tempatan mendapat tempat dalam pucuk pimpinan negara. Lulusan tempatan yang lain yang menyertai kabinet Hussein Onn pada masa itu ialah Dato’ Ali Hj. Ahmad (UM Singapura) sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dato’ Musa Hitam (UM Singapura) sebagai Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Rais Yatim (UM Singapura) sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, Dato’ Abdullah Majid (UM Singapura) sebagai Timbalan Menteri Buruh, dan Dato’ Mokhtar Hashim (Presiden UMSU 64) sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Dato’ Mokhtar Hashim adalah satu-satunya lulusan Universiti of Malaya Kuala Lumpur yang mula sekali menyertai kabinet dalam 1976. Antara tokoh pembangkang yang terkenal dalam tahun 70-an yang berkelulusan universiti tempatan ialah Dr. Tan Chee Khoon (UM Singapura) dan Dr. Rajakumar (UM Singapura). Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menempah sejarah yang tersendiri. Dia merupakan lulusan dari UM-KL yang pertama menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika di UM dia melibatkan diri dalam gerakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan pernah menjadi presidennya dua penggal berturut-turut. Dato’ Abdulah Badawi keluar dari universiti pada tahun 1964 sebelum akta dikuatkuasakan. Pada masa itu ada satu sahaja universiti tempatan iaitu Universiti Malaya. Pemimpin Persatuan Mahasiswa UM boleh dikatakan bertukar-tukar dan bersifat multi racial. Bilangan pelajar Melayu yang aktif dalam UMSU sedikit (bilangan mereka di universiti pun sedikit). Mereka lebih menumpukan kepada PBMUM dan Persatuan Islam kemudiannya. Sejak 1970 apabila Akta Universiti dikuatkuasakan hampir semua pemimpin persatuan mahasiswa induk dipegang oleh mahasiswa Melayu. Bilangan mereka pun semakin ramai.

      

Selain daripada lulusan Universiti Malaya, lulusan dari UKM dan USM juga mula menempatkan diri dalam arena politik tanah air. Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Jusoh dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah lulusan dari USM manakala Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo , Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob adalah lulusan UM. Lulusan dari Universiti Timor Tengah khasnya Al-Azhar nampaknya lebih menonjol dalam politik peringkat negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala lulusan dari Universiti-universiti Australia dan New Zealand lebih aktif di politik Sabah dan Sarawak.

Dalam pilihanraya yang ke-11 baru-baru ini, tiga bekas presiden PMUKM iaitu Dato’ Rais Zainuddin (Chembong), saudara Razali Ibrahim (Muar) dan saudara Mustafa Kamil Ayub (Lumut) turut bertanding. Seorang Timbalan Presiden PMUKM 80/81 Dato’ Abdul Rahman Bakar telah





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved