|
Assalamualaikum.....
'Mulut adalah satu anggota badan yang sering di salah gunakan apa bila kita berada dalam keadaan marah.' itulah bait-bait tulisan Mazwandi bin Mustaffa dalam Laman Marhaen.
Dia mempertikaikan kenapa dan mengapa setiap kali ada masalah, ulama sering di persalahkan. Jawapan saya cukup senang, ulama adalah satu title, pangkat, yang tertinggi dalam Islam selepas Nabi dan Rasul, " Ulama pewaris Nabi". Tetapi apa yang dilihat sekarang ini ialah Title Ulama itu telah disalah guna pakai oleh beberapa kerat pemimpin yang rasa-rasanya diri mereka itu hebat sangat dalam ilmu agama.
Bolehkah sesiapa terangkan apa kriteria yang melayakkan seseorang itu digelarkan Ulama...? Siapa yang memberi kebenaran untuk melantik si-fulan bin si-fulan menjadi ulama. Ini merupakan satu masaalah yang serius di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini. Apabila satu parti dengan selamba mengaku bahawa parti mereka itu mempunyai barisan ulama yang hebat, maka apabila si bebal (ahli parti itu) yang tidak tahu usul periksa dan mungkin ’kureng’ sikit pengetahuan Agamanya menjadi bergitu taksub kepada individu-individu dan menganggap individu itu the real Ulama, samalah macam kes Al- Arqam, apabila ahli-ahli terlalu taksub kepada Abuyanya. sila baca artikel Isu Kohilal: Hassan Shukri Masih Layak Sebagai Timb Presiden PAS, dalam Malaysia-Today.
Penulis Mazwandi Mustaffa juga menulis, apabila seorang pemimpin yang berpendidikan agama tersalah gunakuasa perkataan ulama di keluarkan. dengan kata lain ulama di persalahkan, sebagai manusia biasa semua orang tidak sunyi dari membuat kesilapan termasuk saya dan penulis, tetapi itu menunjukkan bahawa begitu beratnya title Ulama itu, bukan calang -calang orang boleh memikulnya, jadi nasihat saya pada sesiapa yang tidak hebat sangat ilmunya itu, tolonglah istiharkan dirinya itu bukan ulama. Memang ulama tidak maksum, yang maksum hanyalah Rasulullah SAW sahaja, jika ada sesiapa yang mengatakan Rasulullah tidak maksum di hadapan orang Islam, nescaya orang itu berkemungkinan akan di tetak atau sekurang-kurangnya hilang beberapa batang giginya, sebab kita semua percaya bahawa Rasulullah SAW adalah kekasih Allah dan ia bersih dari segala dosa.
| |
Tetapi bila dipertikaikan mengenai Ulama PAS, ahli-ahli PAS yang tidak pandai ini menganggap Ulama mereka juga maksum, lihat saja apa yang berlaku sebelum PRU11, apa sahaja yang di cakap oleh pemimpin mereka tu, ”Yes” ... sesiape yang kata ”No” di anggap ’mangkuk hayun’, tidak Islam, rosak akidah, lebih teruk lagi di anggap KAFIR... sila baca artikel Laman Marhaen Tuduhan Ali PAS Memaksumkan Ulamanya- Kalian Jangan Kureng Ajar Dengan Ahli PAS penulis artikel itu sanggup mengatakan orang yang menulis artikel itu yang Akidahnya telah rosak. Soalan saya kepada Mazwandi Bin Mustaffa, siapa kamu, pandai-pandai mengatakan akidah penulis itu rosak...? Dan siapa kamu untuk membetulkan akidah orang...? Kalau rasa diri kamu tu hebat sangat, silalah turun ke Bangsar dan beberapa tempat lain kerana di sana ramai orang yang telah rosak akidahnya silap haribulan yang murtad pun ada, itu kalau rasa diri sudah hebat sangatlah tidak perlu berdegar-degar kata orang itu salah, orang itu betul... jangan jadi seperti pimpinan parti, main remote dari jauh.....
Janganlah terlalu taksub pada parti, parti hanyalah wadah perjuangan, kita tidak akan di soal oleh malaikat, parti mana yang kita sokong, yang ditanya ialah Solat dan amal ibadat kita.
Wassalam.
|