KUALA TERENGGANU: Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong, Manir, di sini pada 7 April 1981 menjadi faktor utama kes sembahyang Jumaat di dua masjid dalam satu kampung, masih berlaku di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd Wan Hasan, berkata masih ada 10 premis menjalankan solat Jumaat di dua masjid dalam satu kampung iaitu masing-masing satu di Dungun dan Marang, manakala bakinya di Besut.
Premis berkenaan ialah Masjid Lama Sura di Dungun, Surau Pas Pengkalan Berangan (Marang) manakala di Besut ialah Surau Pas Kampung Tok Saboh, Markas Pas Kampung Pak Sik, Surau Pas Kampung Awek, Surau Pas Kampung Tok Dat, Markas Pas Kampung Padang Landak, Markas Pas Kampung Lahar Amer, Surau Pas Jabi dan Surau Haji Latef Gong Kemuntong.
| |
Beliau berkata, penduduk masih taksub dengan amanat itu sehingga menyebabkan wujudnya perpecahan terutama dalam soal sembahyang Jumaat.
Katanya, berdasarkan maklum balas penduduk kawasan terbabit, amanat itu menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memulaukan masjid kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.
“Langkah yang diambil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk mengatasi masalah itu dilihat kurang berkesan kerana ia banyak menyentuh soal politik,” katanya.
|