Idealis Mahasiswa
 
 

Dasar Mahasiswa Negara perlu ditubuhkan


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa, Oktober 2004

Mahasiswa seakan lemas dengan banyak label, tuduhan dan sebagainya. Namun semua pihak tidak memahami bahawa mahasiswa sebahagian daripada pelajar, generasi muda dan belia. Selaku mahasiswa yang bertanggungjawab membaiki keadaan ini daripada terus menekan mahasiswa. Ini berkaitan suasana zaman yang boleh diistilahkan zaman dinasour muda dan zaman dinasour tua ada banyak pertentangan. Sedangkan banyak kenyataan dan ulasan tentang mahasiswa tidak dibuat oleh pemimpin mahasiswa dan mahasiswa sendiri. Keterikatan dengan pelbagai akta dan larangan menjadikan mahasiswa lesu dan tidak berdaya mengeluarkan buah fikiran. Pemimpin mahasiswa perlu mengubah paradigma agar selari dengan matlamat menjadikan mahasiswa celik diri bukan tenggelam dalam diri. Jadi, acuan mahasiswa sekarang terletak di mana? Sekadar menuntut ilmu atau sekadar berkejar-kejar ke bilik kuliah.

Saya berpandangan perlu ada Dasar Mahasiswa Negara (DMN) yang memacu perkembangan dan hala tujunya. Kita ada Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Ini untuk memperkasakan nilai mahasiswa pada mata masyarakat dan negara. Banyak mahasiswa yang mendapat pendidikan tinggi dinafikan hak atau tidak mendapat tempat sewajarnya. Ini bukan terjadi kepada mahasiswa yang menuntut di dalam negeri malahan luar negeri. Unsur pilih bulu dalam bidang pekerjaan berlaku dengan tanpa disangka. Perwatakan mahasiswa terjejas dengan mengejar ilmu atau mengejar kerja. Universiti sebenarnya menjadi kuasa kelima dalam negara yang berperanan menentukan corak gunatenaga negara.

      

Peranan mahasiswa memang perlu selari dengan universiti. Namun falsafah universiti tidak mampu diikuti selagi tradisi keilmuan gagal diterapkan dengan berkesan. Ilmu bukan untuk diperdagangkan tetapi dibina melalui penyelidikan dan perbincangan. Sudah sampai masanya peranan mahasiswa dibina melalui Dasar Mahasiswa Negara (DMN). Pembentukan mahasiswa perlu selari dengan membina peribadi mahasiswa dengan ikatan kepada rohani, jasmani dan intelek. Pengubalan dasar ini perlu melalui Parlimen Mahasiswa (PM). Ini supaya generasi mahasiswa dapat memahami bahawa mahasiswa adalah kuasa Ke Enam. (K-6). Ini kerana mereka mampu menyelami suasana dalam negara. Mahasiswa diletakkan satu tanggungjawab untuk ‘Memimpin’. Slogan ini ini bukan laungan kosong tapi perlu difahami oleh semua mahasiswa.

Sudah tiba masanya mahasiswa bukan penyokong dan penentang kepada pihak yang berkepentingan. Mahasiswa perlu ada dasar (Non Partisan) tetapi tidak salah menyatakan pandangan tanpa berpihak kepada sesiapa pun. Mahasiswa seharusnya menjadi kuasa penjernih bukan mengusutkan keadaan. Ini yang banyak mahasiswa tidak tahu. Sebenarnya banyak mahasiswa tidak memahami banyak perkara sekarang ini. Ada yang tidak memahami peranan MPP, universiti dan sebagainya. Banyak maklumat tidak sampai kerana mahasiswa asyik sibuk dengan perkara-perkara lain. Malahan banyak mereka tidak mengendahkan semua yang berlaku dalam kampus. Jadi, segala yang berlaku dalam kampus tidak diendahkan lebih-lebih lagi masalah negara dan dunia lagi tidak dipedulikan. Sudah tiba masanya mahasiswa menjadi kuasa ke-6.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved