Idealis Mahasiswa
 
 

Rahsia Jien Awet Muda


Hit = [ ]

sumber - Bintang Popular, Mingguan Malaysia, Ahad 19 September 2004

MELIHAT wajahnya, pasti ramai yang menyangka anak muda yang saban minggu muncul mengacarakan program Malaysian Idol ini berada dalam lingkungan usia 20-an. Dia berperawakan remaja serta memiliki waiah comel keanak-anakan, yang membuatkan dirinya cukup popular di kalangan gadis.

Namun, apabila Jien memberitahu, usianya sudah pun menjangkau 32 tahun, pasti ramai yang ternganga. ltulah hakikatnya. Daripada perasaan terkeiut, ia bertukar kagum. Mengetahui usia sebenarnya pasti membuatkan ramai yang kagum betapa Jien bertuah kerana memiliki wajah yang tidak dimakan usia.

Jien atau nama sebenarnya Soo Kui Jien mengaku, waiah 'mudanya' itu memberikan kelebihan kepada dirinya. Begitupun dia memberitahu tidak mengamalkan sebarang petua atau melakukan sesuatu untuk mendapat waiah yang menjadi idaman ramai lelaki itu.

"Tiada rahsia apa-apa pun di sebalik wajah saya ini. la adalah anugerah Tuhan. Namun, saya berasa bertuah kerana kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Saya juga sedar, ramai yang menyangka saya iauh lebih muda daripada umur saya," cerita Jien yang ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Malah, katanya, kerana kepadatan jadual kerja, dia iuga tidak berkesempatan untuk menjaga badan di gimnasium. Begitu pun, dia cuba untuk melakukan kegiatan bermain tenis sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk tuiuan kecergasan.

"Saya juga kini cuba untuk belaiar bermain golf," kata anak muda ini yang pernah muncul dalam lebih 100 iklan komersial dan iklan cetak daripada usianya 3 tahun sehingga 17 tahun.

Manakala antara iklan terkini yang membabitkannya pula ialah Standard Chartered Bank, kamera Canon, produk penjagaan rambut Uno dan Prego Restaurant, The Westin Kuala Lumpur.

Dia akui, kesihatan menjadi antara perkara paling diberikan perhatian. Kerana itu, dia tidak gemar keluar ke kelab malam atau pusat hiburan pada huiung minggu. Menurut Jien, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah dan masa untuk keluar ke tempat begitu baginya sudah lama berlalu.

      

Selain usianya, peminat Jien turut berteka-teki mengenai keturunannya. Ramai yang menyangka graduan pengajian media dari Edith Cowan University di Perth ini mempunyai darah kacukan.

"Saya berketurunan Cina hampir seratus peratus. Cuma nenek saya dulu mempunyai darah Jepun. Namun, saya berasakan diri saya tiada langsung darah campuran dan selalu melihat diri saya sebagai orang Cina sepenuhnya," ujar Jien.

Menerusi rancangan berbentuk pertandingan nyanyian berdasarkan undian penonton, Malaysian Idol, dia digandingkan bersama Sharifah Aleya. Jien mengaku, agak kekok pada mulanya dia mengacarakan rancangan itu bersama pelakon berbakat besar terbabit.

"Saya berasa agak ganjil bukan kerana apa, cuma kerana ia diacarakan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Melayu. Saya pula, bukannya tidak faham bahasa Melayu, namun apabila saya berkata-kata dalam bahasa Inggeris, kemudian Aleya sambut dalam bahasa Melayu, ia terasa kekok juga," akui Jien.

Begitu pun dia kini sudah biasa dengan keadaan itu dan menganggap Aleya sebagai rakan pengacara yang berbakat besar dalam bidang berkenaan. Malah, anak muda yang pernah meniadi pengacara Disney Channel selama lima tahun itu dapat berasakan wuiudnya keserasian di antara dirinya dan pelakon filem Idola dan Trauma itu.

Ditanya, apakah dia sedia untuk digandingkan bersama Aleya sebagai pelakon pula, Jien cepat-cepat menunjukkan tanda menyerah. Dengan tangannya diangkat Ke atas dia berkata, dia tidak layak bergandingan dengan Aleya sebagai pelakon kerana anak perempuan dramatis terkenal Fatimah Abu Bakar itu jauh lebih berbakat daripadanya.

Jien sendiri pernah mencuba bidang lakonan, terutama dalam drama bersiri yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Antaranya, dia muncul dalam siri Kopitiam, Buddies, Table for Two dan Each Other. Peranan paling besar pernah dipegangnya pula ialah menerusi siri komedi Brothers4, yang diterbitkan oleh MediaCorp Singapura berdasarkan filem Hong Kong, All's Well End's Well.

Dia turut memainkan peranan utama dalam telefilem Running with Scissors, juga terbitan MediaCorp. Selain Malaysia dan Singapura, Jien juga dikenali di Brunei, Filipino dan Hong Kong menerusi penampilannya dalam pelbagai program televisyen.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved