Idealis Mahasiswa
 
 

Tsunami menimpa Speaker DUN Kelantan


Hit = [ ]

oleh Jamaudin al Afghani Jr
sumber - Laman Marhaen

Kucar-kacir Kelantan dibuatnya! Itulah kehebatan salah seorang daripada “tiga Abdul” di Kelantan iaitu Speaker DUN Kelantan Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang masih cuba mencari ruang menajamkan semula kukunya yang telah dipotong.

Habis beliau peralatkan anak-anak buahnya termasuk Abe Jak, Wan Ismail Wan Jusoh (Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Wan Hassan (orang kuat PAS di Pasir Putih) untuk menggoncang semula Kerajaan Kelantan dan Badan Perhubungan PAS Kelantan yang sudah pun mantap.

Kenapa perkara seperti ini sanggup dilakukan oleh Wan Rahim ? Jawab rakan karibnya yang tidak mahu disiarkan namanya yang merupakan orang kuat PAS kawasan Kota Bharu ialah kerana beliau begitu marah kepada Pesuruhjaya PAS Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang memecat beliau daripada jawatan perhubungan PAS negeri selepas pilihan raya umum tempoh hari.

Menurut rakan karib Wan Rahim lagi, Tok Guru Nik Aziz memecatnya di atas isu penglibatannya dalam kes “kahwin ekspres” yang tidak mengikut Enakmen Nikah Kahwin Majlis Agama Islam Kelantan.

“Isterimu orang Golok yang mu nikah dengannya melalui bantuan bekas YB Nasir itu masih ada lagi ke?” tanya rakan karibnya itu lagi.

Menurutnya sekiranya isteri Golok tersebut masih dijadikan isteri oleh Wan Rahim lagi, ini bermakna Wan Rahim sekarang mempunyai tiga orang isteri bukannya dua orang seperti yang diketahui selama ini.

      

Difahamkan Wan Rahim panas hati kerana kejantanannya telah diperli-perli, maka jadilah “Tsunami hati” sehingga beliau tidak senang duduk apabila melihat berlakunya pentadbiran yang baik yang diurustadbirkan oleh anak-anak buah Tok Guru yang progresif dan dinamik terutamanya Husam Musa.

Oleh yang demikian, Wan Rahim telah menghantar “gedebe-gedebe”nya seperti yang telah disiarkan nama mereka di atas untuk memperburukkan pentadbiran yang cemerlang itu melalui pelbagai cara.

“Ambo senak perut (saya susah hati),” kata Tok Guru bila melihat perangai gedebe-gedebe Speaker ini.

Pertukaran pegawai di jabatan-jabatan penting di Kelantan yang melibatkan jawatan politik baru-baru ini telah dikuasainya oleh kroni-kroni Wan Rahim.

“Lepas ini Kelantan akan punah (bermasalah) di bawah orang-orang yang bernafsu besar (seperti ini),” kata Tok Guru lagi.

Suasana kelam kabut seperti ini tidak akan menguntungkan PAS sama sekali kerana ianya akan direbut sebagai peluang baik oleh Umno Kelantan untuk mengkucar kacirkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Jamaludin al Afghani Jr





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved