|
Assalamualaikum,
Saya ingin respons kepada tulisan Jamaluddin Al Afghani, Omar Bashir, Said Jubair dan juga Ramli Junin.
Ingin saya ingatkan bahawa walaupun PAS mengguna-pakai polisi kepimpinan ulama, tetapi definisi ulama yang diguna pakai oleh PAS TIDAKLAH serupa dengan definisi ulama yang ditulis di dalam kitab2 muktabar.
Di dalam PAS, untuk menjadi ahli Dewan Ulama, antara lainnya, cukup dengan ada kelulusan lima senawi. Dengan kata lain, kelayakan untuk menjadi ulama di dalam PAS adalah rendah dari segi tahap kelayakan.
Kita tidak nafi, kaliber tokoh-tokoh ulama dalam PAS seperti Dr, Harun Din, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nik Aziz dan sebagainya memenuhi kriteria ulama dari perspektif PAS atau pun dari perspektif Kitab2 Muktabar.
TETAPI, wujud mereka-mereka yang hanya memenuhi kriteria PAS tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditunjukkan oleh kitab2 muktabar. MALANGNYA mereka ini masih dikira sebagai ulama di kalangan penyokong PAS. Sepatutnya mereka ini hanya digelar para lulusan agama sahaja dan bukannya ulama.
Sekiranya, seorang ulama itu melakukan perkara-perkara jelek seperti yang dikehadapankan oleh Sdr Said Jubair, maka dengan automatik ia akan gugur kelayakan sebagai ulama, mengikut kriteria kitab2 muktabar. Malangnya, dari kriteria PAS, orang itu masih digelar ulama.
Saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang ustaz dipilih menjadi ketua cawangan hanya kerana beliau ada keahlian dalam Dewan Ulama. Malangnya, beliau sendiri telah terlibat di dalam menggelapkan wang masjid dan menyebabkan PAS di benci dalam kawasan tersebut. Walaupun, begitu ahli kita masih memilih beliau sebagai Ketua Cawangan kerana beliau masih dikira ulama oleh ahli-ahli PAS.
Yang jelas adalah seorang ulama tidak maksum. Beliau juga manusia biasa dan terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Kita sebagai ahli WAJIB membetulkan kesilapan beliau walaupun kita terpaksa menghadapi kemarahan umat manusia.
| |
Imam Bukhari sendiri sering menjadi bahan kemarahan ramai orang kerana ada antara sanad2 yang di DAEEF kan oleh beliau terdiri dari ulama-ulama yang terkenal kealiman dan kewarakan nya. Tetapi, beliau tetap bertegas walaupun kadang-kadang satu kampung datang untuk memarahi beliau.
Apabila ulama memegang jawatan eksekutif, maka ulama tersebut haruslah BERTANGGUNGJAWAB ke atas jawatan yang beliau pegang. Dengan kata lain, beliau terdedah kepada "public scrutiny" ataupun PERNILAIAN UMUM. Malangnya di dalam PAS apabila seorang ulama memimpin, maka semua orang "tak diizinkan" untuk mengkritik ulama yg memegang jawatan tersebut kerana ia akan dilihat sebagai TIDAK TAAT KEPADA KEPIMPINAN ULAMA.
Contoh yang paling dekat ialah apa yang berlaku kepada Saudara Khalid Samad yang mengkritik Timbalan Presiden telah digelar sebagai KOMUNIS dan TIDAK BERAKHLAK kerana beliau mengkritik seorang pemegang jawatan yang kebetulan seorang "ulama" (mengikut definisi PAS).
Pemegang jawatan di dalam parti mesti terbuka kepada penilaian umum tidak kira ulama atau tidak. Mereka juga mesti bertanggungjawab di atas segala tindakan dan keputusan yang mereka ambil tidak kira mereka siapa. Sepatutnya kritikan Khalid Samad difikirkan bersama dan bukannya kita semua menyalahkan Saudara Khalid Samad.
Akhir kata, saya amat bersetuju dengan pendapat bahawa terdapat beberapa orang pimpinan PAS yang berkelulusan agama menyalahgunakan konsep kepimpinan ulama di dalam PAS ini demi untuk menaikkan kepentingan diri mereka. Mereka ini akan menghancurkan PAS seperti mana mereka menghancurkan Ko Hilal, Darul Mal dan sebagainya. Mereka-mereka ini sudah tamat "shelf-life" mereka dan sepatutnya berundur 10 tahun dahulu lagi.
Janganlah di sebabkan kita taat kepada kepimpinan ulama maka kita terpaksa mengikut telunjuk orang-orang yang bukan ulama, tetapi hanya sekadar lulusan agama sahaja.
|