Idealis Mahasiswa
 
 

Mesej Khas Buat Sdr Anwar Ibrahim - Marhaen


Hit = [ ]

oleh Hang Nadim
sumber - laman Marhaen

Di awal-awal tahun begini, Yang Empunya Cerita nak sembang sedikit fasal Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Saya minta Saudara Anwar baca mesej khas ini baik-baik supaya Saudara dapat memutarkan memori Saudara berpuluh tahun ke belakang demi sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan Negara.

Wahai Saudara,

Sewaktu Saudara memimpin Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Yang Empunya Cerita sama-sama mendaulatkan perjuangan itu. Kita sama-sama berjuang untuk melunturkan pengaruh sosialis Sidik Nongtak dan Sim Kim Chew yang ketika itu memimpin Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM). Sewaktu Saudara menganjurkan kursus kepimpinan di Maahad Mahadi, Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan, Yang Empunya Cerita turut sama. Kita sama-sama tidur di atas lantai yang hitam tebal dengan tanah dan daki, tanpa tikar dan tanpa bantal. Sewaktu Saudara menjunjung perjuangan Dr. Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman, Yang Empunya Cerita juga berjuang bersama.

Kita sama-sama membakar effigy atau patung-patung Tunku Abdul Rahman sehingga beliau keluarkan kenyataan “Pelajar-Pelajar Melayu Jangan Gali Kubur Sendiri.” Sewaktu Saudara memperjuangkan Hamid Tuah, Yang Empunya Cerita juga mendukung perjuangan itu. Sewaktu Saudara memperjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Yang Empunya Cerita turut menyertai delegasi menghadap Datuk Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran di Federal House, Kuala Lumpur. Sewaktu Saudara aktif dalam Persatuan Mahasiswa Asia Tenggara (PEMIAT) Yang Empunya Cerita turut merestui perjuangan Saudara dengan mengirimkan delegasi ke persidangan PEMIAT di Jakarta. Tetapi, sewaktu Saudara menubuhkan ABIM dan WAMY, Yang Empunya Cerita hanya mengiringi perjuangan Saudara dengan doa dan harapan dari luar kampus.

Sampai setakat ini, tentunya Saudara bertanya, apa hal nak putar-putar rekod lama ni? Sabar. Saudara kena sabar! Dari rekod lama, barulah dapat kita menjejaki rekod yang baru. Rekod lama ini diputarkan supaya Saudara insaf bahawa sejak dulu hingga ke hari ini, sebenarnya Saudara mempunyai ramai sahabat seperjuangan yang ikhlas, jujur dan setia. Saudara mempunyai ramai sahabat-sahabat yang idealis, nasionalis, pragmatis, non-materialistik dan non-individualistik.

Saudara mempunyai ramai sahabat seperjuangan yang sanggup berkorban apa sahaja. Saudara pastinya masih ingat nama-nama mereka. Atau, mungkinkah Saudara sudah melupakan mereka kerana Saudara amat selesa diulit oleh Ezam And The Gang? Cuba Saudara ingatkan kembali. Bukankah pada ketika itu ramai sahabat Saudara yang nasionalis seperti Mansor Rahman dan Samaruddin Rejab dari ITM (UiTM), Azizan Bahari dari Kolej Pertanian (UPM), Zakaria Hashim dari Maktab Teknik (UTM), Kamaruddin Md Nor (UM) dan lain-lainnya. Lepas tu, ada pula Kamaruddin Sulaiman (KAM MCKK), Halim Abdullah (Lawyer buruk ITM) dan lain-lainnya.

Di mana nama-nama ini sekarang? Tidakkah wajar sempena Tahun Baru 2005 ini Saudara susur balik nama-nama tadi, himpunkan mereka, minta buah fikiran mereka, pandangan mereka dan nasihat mereka, mengenai masa depan politik Saudara? Sekurang-kurangnya, pandangan, komen dan nasihat mereka boleh menjadi pengimbang kepada nasihat dan buah fikiran yang Saudara perolehi daripada Ezam And The Gang. Sekurang-kurangnya, sahabat-sahabat lama ini sudah teruji keikhlasan dan pengalaman masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka lebih banyak makan garam dari Geng Yuppies yang menonjol di sekeliling pinggang Saudara ketika ini.

Seterusnya, Yang Empunya Cerita harap, Saudara jangan melatah sangat pasal perkara-perkara yang subjektif seperti soal demokrasi, kebebasan akhbar (freedom of the press), ketelusan dan sebagainya. Perkara-perkara ini hanya elok untuk perbahasan akademik, tetapi tidak boleh dijadikan modal untuk memperoleh political mileage atau sokongan politik. Perkara-perkara ini hanya menarik kepada kelompok intelektual seperti Chandra Muzaffar atau Rustam Sani. Wak Keromo di Pontian tak peduli sangat isu-isu seperti ini. Dia lebih suka Saudara memperjuangkan soal politik marhaen dan lumrah seperti kemiskinan, pendidikan dan lain-lainnya. Yang Empunya Cerita membangkitkan soal ini kerana kenyataan Saudara mengenai Freedom Of The Press sewaktu di Jakarta, katanya, hari ini sudah jadi bahan ketawa banyak pihak di Malaysia. Kata mereka, “apalah Anwar ni, dari dulu sampai sekarang tak jemu-jemu bincang soal basi macam ni?”

Sabar Saudara. Sabar!! Apa mereka kata, memang benar. Saudara dan Yang Empunya Cerita, boleh berdebat mengenai kebebasan akhbar sampai zaman kucing bertanduk pun tak akan selesai dan tiada siapa yang akan menang atau pun kalah. Kenapa? Sebab isu ini adalah subjektif. Tengok ajelah soal kebebasan akhbar pada hari ini. Saudara sedar tak, hari ini negara mana yang boleh dijadikan penanda-aras (benchmark) kebebasan akhbar? Amerika Syarikat? Orang Putih kata, bullshit!!! Orang Melayu kata, taiklembu!!! Kenapa? Sejak 11 September 2001, mana ada press freedom di AS? Mana ada? Sedarkah Saudara, hari ini majoriti akhbar atau media elektronik di AS adalah pendukung pembunuhan, pemusnahan, penipuan, pembohongan dan fitnah? Ini kerana majoriti media AS yang dikuasai oleh modal zionis-yahudi, pada hari ini adalah pendukung peperangan menentang keganasan yang dipelopori oleh Bush? Mereka menyokong Bush membunuh rakyat Iraq yang tidak berdosa. Mereka mendukung perbuatan Bush menyembelih orang Afghanistan yang tidak berdosa. Jadi, kalaulah Saudara membicarakan kebebasan akhbar, dan beranggapan kononnya kebebasan akhbar wujud di AS, apa bezanya Saudara dengan zionis-yahudi yang kononnya jadi juara kebebasan akhbar di AS yang kini jadi golongan munafik laknatullah?

Minta maaf Saudara, kalau Yang Empunya Cerita agak emosi dan kasar dalam hal ini. Jangan marah. Yang Empunya Cerita dan semua orang yang sayangkan Saudara tak mahu Saudara dicap oleh mana-mana pihak sebagai pendukung perjuangan zionis-yahudi AS. Kita semua tau Saudara berjiwa Malaysia, berjiwa Islam, berjiwa universal dan berjiwa murni. Tak macam zionis-yahudi yang hidup memanipulasikan orang lain demi zionisme, Israel dan kekayaan mereka sahaja. Mereka tidak peduli kalau darah orang lain melimpah ibarat sungai dan laut akibat disembelih oleh tentera AS, asalkan mereka selamat dan kaya raya. Mereka tidak peduli kalau bertan-tan bom canggih meledak di bumi Iraq, Kosovo, Afghanistan dan lain-lainnya, asalkan kapitalis senjata dari kalangan mereka juga jadi kaya raya. Mereka tidak peduli kalau minyak Arab Saudi dan Iraq serta LNG dari Asia Tengah digunakan untuk ekonomi dan senjata AS, asalkan kapitalis petroleum mereka juga jadi kaya raya.

Pokoknya, orang mati, orang kena bom, harga minyak naik melambung akibat perang dan manusia jadi berbalah-balah, semuanya kerana zionis-yahudi yang menguasai politik AS dan Israel. Saudara pastinya tau dan insaf akan hal ini kerana pada suatu ketika dulu Saudara juga pernah menjadi sasaran zionis-yahudi!! Ingat Saudara. Perjuangan Saudara adalah untuk mensejahterakan ummah. Jadi, jangan sekali-kali Saudara atau pengikut Saudara terjerumus atau diheret ke kancah perjuangan zionis-yahudi dengan menjeritkan slogan-slogan kebebasan akhbar, demokrasi liberal, kroni-kapitalisme atau sebagainya. Ini semua terdengar merdu di telinga zionis-yahudi. Tetapi, jangan sekali-kali izinkan diri kita dan diri Saudara yang jadi pendendang kepada slogan-slogan zionis-yahudi ini.

Saudara. Yang Empunya Cerita amat insaf bahawa Saudara berniat baik dan berjiwa murni bila mengatakan di Malaysia tidak ada kebebasan akhbar. Mungkin Saudara berkata demikian kerana sambutan hebat ke mana sahaja Saudara pergi kebelakangan ini tidak dilaporkan oleh akhbar perdana tanah air. Tak usah bimbang fasal hal macam tu. Berita itu memang tak disebarkan oleh akhbar perdana. Tetapi, orang tau juga hakikatnya kerana kini ada media alternatif macam SMS, Internet, telefon dan sebagainya. Akhirnya, orang di Cherok To’kun, Gelang Patah dan Felda Taib Andak pun tau juga berapa ribu manusia menyambut kunjungan Saudara ke Kuala Terengganu baru-baru ini.

Satu lagi soal demokrasi. Yang Empunya Cerita, harap, sangat-sangat berharap, tak payahlah Saudara cerita fasal demokratik atau tidak demokratiknya kerajaan kita hari ini. Soal demokrasi ini juga waktu ini tak ada benchmarknya. AS? Sekali lagi, bullshit!!! AS yang kononnya pejuang demokrasi, sebenarnya pejuang hipokrasi dan plutokrasi. Hipokrasi ertinya kepura-puraan, penipuan, pembohongan. Plutokrasi ertinya perjuangan orang kaya, golongan elit dan golongan bangsawan, supaya mereka jadi lebih kaya-raya, sama seperti perjuangan neoliberal, di mana golongan kapitalis, kononnya mestilah diberi kebebasan untuk melipatgandakan keuntungan, biarpun orang lain akan jadi papa kedana. Kalau di AS, golongan plutokrasi ini terdiri daripada Zionis-Yahudi yang menguasai bank, media massa, industri perang, industri petroleum dan telekomunikasi. Golongan plutokrasi inilah sebenarnya yang memerintah AS. Presiden Bush cuma jadi kadamnya. Golongan ini mempunyai ramai pakar lobi yang terdiri daripada cerdik-pandai Yahudi yang berada di beberapa jabatan strategik seperti di Whitehouse, Jabatan Negara, CIA, FBI, Jabatan Pertahanan dan juga PBB. Golongan ini mempunyai dwi-kesetiaan, iaitu kepada AS dan juga Israel. Golongan inilah yang mempengaruhi Presiden Bush supaya melancarkan perang ke atas Iraq dan Afghanistan. Jadi, kalau Saudara terlalu sangat mengagung-agungkan demokrasi, orang akan beranggapan Saudara terlalu mengagung-agungkan AS yang ketika ini menjadi penyembelih umat Islam di Asia Barat dan Asia Tengah.

      

Oleh itu Saudara, rentikanlah kisah demokrasi dan kebebasan akhbar tu. Carilah lain-lain hard, solid and factual issues. Panggillah sahabat-sahabat lama Saudara di zaman PKPIM, PEMIAT, WAMY dan ABIM. Tanya mereka apakah isu perjuangan yang amat menawan dan menambat hati majoriti rakyat Malaysia hari ini? Rasuah? Ok. Rasuah, boleh jadi isu factual dan emosional. Apa lagi? Kemiskinan? Jurang Digital? Pemilikan modal Bumiputera? Taburan penduduk yang tak seimbang antara bandar dan desa? Penguasaan maklumat? Hubungan dua-hala dengan Singapura? Bahasa? Perpaduan? Integrasi? Hisss. Macam-macam ada!!! Banyak isu realistik yang boleh Saudara perjuang dan reformasikan. Usaha seperti ini pastinya akan membolehkan Saudara membina satu asas perjuangan baru sesuai dengan kehendak generasi baru Malaysia. Kalau boleh, kaji dan kupaslah juga Wawasan 2020. Dari situ, mungkin akan terbit banyak perkara yang perlu dan mesti diperjuangkan oleh Saudara supaya Malaysia terus maju pada masa akan datang.

Sepatah kata Orang Putih, please avoid the political trivials. Soal Khairy Jamaluddin yang tengah gila kuasa, soal Hishamuddin yang tengah sasau, soal Ali Rustam yang tengah menggeletar dan sebagainya, tak payah Saudara perjuangkan. Biarkan mereka diadili oleh waktu dan suasana. Begitu juga dengan kawan-kawan (bukan sahabat-sahabat) Saudara. Kawan-kawan Saudara mestilah yakin kepada Saudara sebagai pemimpin mereka. Mereka mesti berikan kesetiaan total kepada Saudara. Mereka mesti ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka dengan Saudara. Saudara perlu beritahu kawan-kawan Saudara, bahawa parti politik yang Saudara nak pimpin kelak, jangan dijadikan wadah memperjuangkan tembolok.

Akhir sekali buat kali ini, Saudara mestilah menyedari potensi Saudara sebagai pemimpin. Saudara juga mestilah memilih prinsip dan falsafah kepimpinan yang ideal dan cocok dengan zamannya. Dalam konteks ini, Yang Empunya Cerita nak sampaikan salam perjuangan seorang veteran UMNO kepada Saudara. Dia pernah memegang satu jawatan kanan di era Mahathir dan Saudara. Katanya:

Cakap pada Nuar, dia tak payah masuk UMNO. Suruh dia buat parti baru. Jangan gunakan Keadilan atau PAS, kalau dia nak hidup dalam politik. Keadilan sudah berjaya mencapai cita-citanya, iaitu membebaskan Nuar. PAS tak boleh jadi alternatif kepada UMNO, sebab tu orang Melayu kurang menyokongnya. Oleh itu, Nuar mesti kena fikirkan apa caranya dia boleh tubuhkan parti baru yang boleh jadi alternatif kepada UMNO. Bagi tau dia, Nuar masih ada ramai penyokong, pengikut dan peminat dalam UMNO. Dia juga ramai peminat, pengikut dan penyokong dalam PAS. Nuar juga kena fikir, kenapa baru-baru ini ramai orang veteran UMNO nak tubuhkan sayap veteran dalam UMNO. Nuar kenalah membaca kilat dalam kilau. Kalau dia betul-betul bijak, golongan veteran ini juga mungkin ikut Nuar. Sebab tu, Nuar kena fikir panjang-panjang. Jangan gunakan Keadilan untuk pikat orang UMNO. Jangan gunakan Keadilan untuk pikat orang PAS. Lebih baik dia buat parti baru. Kalau kena gayanya, tentu menderu orang UMNO, orang PAS dan orang Keadilan masuk parti itu.”

Bagaimanapun, tokoh veteran ini berkata:

“Nuar hanya boleh balik kepada UMNO kalau sesuatu yang ajaib betul-betul berlaku di dalam UMNO.” Tokoh itu enggan menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan ”sesuatu yang ajaib” itu. Katanya, semua orang kena tunggu dan lihat. Semua orang kena sabar kerana “UMNO kan parti keramat!” Kepada Yang Empunya Cerita, adalah ajaib kalau, umpamanyalah Tun Mahathir berbaik-baik semula dengan Saudara, seperti Tun Mahathir dengan Ku Li. Juga ajaib kalau PAS bubar, Keadilan bubar dan semua orang masuk UMNO!! Hiss. Dalam politik ni, macam-macam ada!! Macam-macam boleh terjadi!! Termasuklah kejadian yang ajaib!!!

Itulah pesanan seorang veteran UMNO buat Saudara. Ingat Saudara. Katanya,

“kalau kena gayanya, tentu menderu orang UMNO dan orang PAS ikut Saudara.”

Jadi, kenalah Saudara fikirkan “gayanya” yang dimaksudkan oleh tokoh veteran UMNO ini.

Hiss. Beruntung betul Saudara. Tokoh veteran UMNO pun sudi bagi nasihat secara sukarela kepada Saudara. Jadi Saudara kenalah bijaksana. Saudara kenalah ingat kepada sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh lama. Jemput mereka, temui mereka, ziarahi mereka. Jangan buat secara berdentam-dentum. Buat senyap-senyap. Kata orang tua-tua, diam-diam ubi, menjadi. Tetapi, jangan macam ayam, bertelur sebiji, riuhnya sekampung.

Yang Empunya Cerita harap, sangat-sangat berharap, Saudara dalamilah mesej khas ini kepada Saudara. Yang Empunya Cerita terpaksa buat begini kerana inilah permintaan daripada sahabat-sahabat Saudara dan beberapa tokoh veteran UMNO. Percayalah. Semua mereka ikhlas mahu melihat Saudara bersemayam di takhta kepimpinan Negara sebagai seorang manusia yang hebat, handal, perkasa, berwibawa, serta mewarisi sifat-sifat siddiq, amanah, tablig, fatonah. Mudah-mudahan Saudara menerima restu dan perkenan Illahi untuk memimpin agama, bangsa dan Negara tercinta ini!

Yang Empunya Cerita minta maaf kerana berceloteh panjang kepada Saudara kali ini. Juga minta maaf kerana tiada lagi Gurindam Duabelas yang boleh dipinjam untuk mengunci mesej tahun baru ini. Bagaimanapun, mulai 2005 ini, Insya Allah, Yang Empunya Cerita akan menutup setiap tulisan di lamanweb ini dengan Gurindam Hang Nadim. Buat permulaannya, kaji dan renungkanlah Gurindam Pemimpin, satu gurindam moden, yang direka khas untuk Saudara Anwar Ibrahim kali ini, seperti berikut:

Pemimpin berani
berjiwa murni

Pemimpin ikhlas
berjiwa tuntas

Pemimpin nasionalis
berjiwa humanis

Pemimpin mulia
Tebal ilmu, kukuh agama

Oleh itu, Saudara Anwar, jadikanlah diri Saudara pemimpin yang berani dan berjiwa murni, pemimpin yang ikhlas dan berjiwa tuntas, pemimpin nasionalis yang berjiwa humanis, serta pemimpin mulia yang sentiasa menghargai ilmu dan mengamalkan perintah agama. Seluruh anggota dan jemaah perjuangan Saudara - sesiapa sahaja - baik Ezam, baik KAM, baik Dr. Cot, baik KJ, baik Idrus juga mestilah diterapkan dengan ciri-ciri keberanian kerana benar, kemurnian jiwa, keikhlasan niat, sifat yang tuntas dan berhati-hati, nasionalistik bukannya individualistik atau materialistik dan sentiasa menghargai dan menghayati ilmu dan mengamalkan ajaran agama sepanjang masa.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved