|
Semua aktiviti terhenti di Kelantan apabila banjir melimpah di hampir ke semua bahagian di negeri tersebut. Tetapi ianya politik seperti biasa untuk kedua-dua parti Melayu utama, JOCELINE TAN menulis.
APABILA dihubungi awal minggu lepas, ADUN Kijang Husam Musa berkata: “Saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya di dalam bot menuju ke kawasan pilihan raya saya.”
Pada kebiasaannya, ahli politik PAS ini hanya mengambil masa perjalanan yang singkat dari rumahnya di Kota Baharu ke kawasan pilihan rayanya.
Tetapi oleh kerana sebahagian besar Kelantan dibanjiri minggu lepas hanya bot sahaja cara pengangkutan yang praktikal bagi ahli politik seperti Husam.
Kawasan pilihan raya Husam termasuk juga Chempaka, kawasan yang dipegang oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir, dengan 90% kawasan ditengelami air yang berwarna seperti teh tarik.
KEHILANGAN PENGARUH: Tekanan agar Nik Aziz bersara dari arena politik Kelantan selepas 14 tahun sebagai menteri Besar.
Pada hari Isnin, arus deras terlalu kuat hinggakan lori tentera tidak dapat masuk.
Ianya adalah waktu yang sibuk bagi ahli-ahli politik di negeri itu apabila mereka bergegas untuk memastikan pengundi-pengundi mereka berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara sambil mengagihkan makanan ke rumah-rumah yang dilanda banjir.
Tahap air terlalu tinggi sehingga bot terpaksa digunakan untuk sampai ke rumah-rumah yang terlibat dan makanan diberikan kepada penghuni-penghuni yang terkandas melalui tingkap rumah mereka.
“Kali terakhir Kelantan dilanda banjir sebegini adalah pada tahun 1967,” Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yang juga ADUN untuk Bachok.
Ia juga adalah salah satu waktu di mana dapat dilihat Umno dan PAS berkerjasama semasa krisis, dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kota Bahru untuk menilai situasi di sana dan berjanji memberi dana.
Pada waktu yang sama juga, banjir yang paling buruk di dalam masa 37 tahun ini tidak dapat menghalang ahli politik tempatan daripada bertikam lidah tentang alamat banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.
Sindiran PAS mengenai banjir ini adalah: Ini adalah kali pertama banjir teruk melanda di dalam 14 tahun pemerintahan PAS kerana rakyat Kelantan sedang berhadapan dengan akibat dari pemberian terlalu banyak kerusi DUN kepada Umno pada pilihan raya lepas.
Umno membalas: Banjir ini adalah petanda tiba masanya PAS dikeluarkan dari Kelantan.
Ketua Umno Kelantan Alwi Che Ahmad kemudian berkata: “Ia adalah untuk membasuh kesemua kesalahan yang telah dilakukan oleh PAS selama 15 tahun yang lepas.”
“PAS pernah berkata yang tuhan telah menjadikan negeri itu bebas dari sebarang bencana sejak Nik Aziz mengambil alih pemerintahan. Minggu lalu adalah banjir paling buruk pernah berlaku di dalam beberapa dekad jadi sudah sampai masanya Nik Aziz meletak jawatan,” kata Alwi merangkap Ketua Penerangan Umno negeri.
Secara kebetulan, DUN Alwi iaitu Kertih tidak dilanda banjir.
Ahli-ahli politik PAS tidak teragak-agak memaklumkan fakta di mana Ketua Umno negeri Datuk Annuar Musa sedang bercuti di London sewaktu rakyat Kelantan dilanda krisis. Sehari sebelum Kota Bahru dilanda banjir, Annuar telah bertolak ke United Kingdom untuk percutian bersama keluarga dan lawatan sambil memberi ceramah.
Bagi pihak Umno pula, disebaliknya, mempersoalkan di manakah Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayob berada. Ahli Parlimen Kubang Kerian rupanya berada di New York.
Ahli politik Umno juga menarik perhatian kepada Nik Aziz yang langsung tidak kelihatan semasa kejadian banjir tersebut kerana beliau “alah dengan hujan”.
“Apa salahnya alah dengan hujan? Beliau tidak sepatutnya dinilai dengan sesuatu yang beliau tidak dapat elakkan. Tambahan lagi, adanya orang lain yang menjaga kawasan DUNnya,” adalah jawapan ringkas dan kasar oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beberapa bulan yang lepas ini telah menduga Nik Aziz, dan banjir baru-baru ini nampaknya membuktikan kebenaran ungkapan yang ianya bukan sahaja hujan tetapi ribut.
Beliau hanya menang tipis pada pilihan raya Mac lepas, dan kemudiannya beliau diserang penyakit jantung yang mana beliau masih belum pulih. Dan sekarang pula masalah banjir.
Lebih-lebih lagi, beberapa minggu sebelum banjir, khabar angin heboh memperkatakan yang beliau akan meletakkan kesemua jawatan politiknya di dalam parti. Laman web Malaysiakini melaporkan “perletakan jawatan” beliau tidak lama selepas Nik Aziz berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah, yang telah diatur lebih awal tetapi dibatalkan kerana serangan sakit jantung.
Spekulasi itu terhenti hanya apabila beliau pulang dan memberitahu mereka yang telah berkumpul untuk menyambut kepulangannya di lapangan terbang Kota Bahru yang bukan sahaja beliau masih berkuasa tetapi beliau akan tetap memegang kuasa sehingga nafas terakhir beliau.
| |
Pegawai-pegawai parti kini mengakui bahawa khabar angin mengenai perletakan jawatan beliau bermula dari satu kumpulan di dalam parti.
“Tidak ada sebarang surat perletakan jawatan tetapi saya fikir ada sesetengah orang yang cuba meletakkan tekanan agar beliau melepaskan jawatannya. Mereka mahu menimbulkan kekeliruan dan memilih waktu di mana beliau tiada di dalam negara agar tidak akan adanya penafian serta merta,” berkata seorang ahli parti yang berpusat di Kuala Lumpur.
Ianya bukan lagi rahsia wujudnya sekumpulan ulama yang konservatif di Kelantan yang khuatir Nik Aziz akan menamakan seorang yang bukan ulama untuk menggantikan beliau.
Mereka bimbang Nik Aziz mungkin, disaat-saat yang tidak diduga, memilih Husam sebagai penggantinya kerana beliau menyukai ahli politik yang lucu ini. Kini bintang besar di dalam parti, Husam memulakan kerjayanya di PAS sebagai setiausaha politik Nik Aziz.
Kumpulan ini cuba menaikkan Timbalan Menteri Besar sekarang Ahmad Yaacob - yang juga seorang ulama - untuk jawatan teratas.
Untuk berlaku adil, kumpulan ulama ini bukannya menentang Nik Aziz. Mereka hanya mahu mengekalkan penguasaan ulama dalam parti dan negeri.
Tetapi persoalan yang dapat diajukan di sini episod seperti ini mungkin tidak dapat didengar dua atau tiga tahun lepas. Yang sekarang terdapat kumpulan dalaman yang menimbulkan kekacauan di belakang Menteri Besar tersebut boleh dicadangkan yang beliau tidak lagi mempunyai pengaruh yang sama ke atas parti seperti dahulu.
“Beliau tidak sihat tetapi tiada tanda-tanda beliau akan meletakkan jawatan,” kata seorang sumber yang rapat dengan parti.
Walau bagaimanapun, beliau mungkin tidak pulih sepenuhnya walau pun beliau sedang membuat perkembangan yang sepatutnya.
Beliau masih mengadakan mesyuarat-mesyuarat penting dalam kerajaan tetapi sebahagian besar tugas-tugasnya telah diagihkan kepada ahli exco negeri yang lain.
“Tok Guru sebenarnya bersedia untuk pergi tetapi mereka di dalam parti tidak membenarkan kerana hanya beliau yang boleh menghalang kumpulan berlainan ini di Kelantan dari bergaduh,” kata seorang pegawai rasmi parti.
Doktor-doktor beliau telah memberitahu beliau jangan memanjat lebih dari tiga anak tangga dalam satu masa untuk tidak membebankan jantungnya.
Oleh kerana itu, keseluruhan bahagian ruang tamu rumah kampungnya, yang terletak di atas tiang rumah, telah direndahkan dari ketinggian asalnya pada tujuh anak tangga kepada tiga sahaja.
Tetapi realitinya Nik Aziz, 73, telah menjadi satu anomali dalam partinya.
Pada masa yang sama, parti masih memerlukan beliau kerana beliau masih menjadi kuasa menyatukan yang kuat di Kelantan.
Kata-katanya masih menjadi perintah di kalangan ahli-ahli parti dan pemimpin-pemimpin parti bimbang akan pergelutan kuasa secara terbuka jika beliau tiada.
Di sebalik itu, beliau dilihat sebagai Menteri Besar yang pincang yang sedah berusaha mengendalikan beban kerjanya dan harapan rakyatnya yang semakin tinggi.
“Beliau patut mempertimbangkan secara serius menyerahkan tugasnya kepada seorang yang lebih bertenaga dan berupaya,” kata pegawai di atas.
Dr Awang Adek dari Umno berkata: “Isu tersebut adalah bukan sama ada beliau sihat atau sakit. Apa yang penting adalah pimpinannya tidak menampakkan sebarang perkembangan. Toleransi awam semakin berkurangan dan sudah tiba masanya untuk sebuah kerajaan yang lebih pintar.”
Pegawai-pegawai Umno juga mendapati ianya ironi yang ahli-ahli PAS hanya berdiam diri dengan kenyataan Nik Aziz yang beliau tidak akan meletak jawatan sehingga ke akhir hayat beliau.
“Saya masih lagi ingat mereka menyuruh Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan. Mereke menuduh beliau nyanyuk dan ingin pergi dari dunia ini semasa masih bertugas.
Tetapi Dr Mahathir bukan nyanyuk malahan tidak selalu sakit dan beliau tahu apabila tiba masanya untuk meletak jawatan,” kata Juhaidi Yean Abdullah, pembantu kepada Datuk Mustapa Mohamed, ahli parlimen Jeli.
Kata Kamaruddin dari PAS: “Calon pengganti beliau bukannya hanya seorang. Saya boleh meletakkan Ahmad Yaacob, Husam Musa dan Dr Nik Amar Nik Abdullah sebagai potensi calon-calonnya.
Ahmad mempunyai peluang terbanyak kerana beliau sekarang adalah orang No.2, tetapi majoriti parti tidak yakin beliau boleh mengendalikan pejabat seorang Menteri Besar.
Kata Kamaruddin: “Walau pun jika Nik Aziz bukan MB, beliau masih ada lagi untuk memberi bimbingan dan pendapat tentang agama.”
Walau bagaimanapun, sesetengah di dalam parti percaya Nik Aziz akan meletak jawatan pada pertengahan penggal atau sebaik saja beliau membuat keputusan tentang pengganti yang sesuai.
Kenyataan beliau mengatakan beliau tidak akan meletak jawatan sehingga ke nafas terakhir mungkin lebih gembar-gembur politik dari niat sebenar dan tidak mungkin beliau mahu disingkirkan oleh satu lagi banjir.
|