|
KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari menghilangkan diri, akhirnya pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, 23, berjaya dikesan keluarganya.
Menurut ayah Hasmawi yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan memberitahu wartawan Perdana kehilangan Hasmawi berjaya dikesan sebaik sahaja ibunya mengugut untuk membuat laporan polis.
"Pada ketika itu, kami puas mencari akhimya isteri saya ambil keputusan untuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada Hasmawi sekiranya dia tidak pulang kami terpaksa buat laporan polis. Selepas terima SMS tersebut barulah dia hubungi kami dan beritahu ketika itu dia berada di Genting Highlands.
"Oleh kerana bimbangkan keadaannya, saya minta agar dia jangan pulang bersendirian sebaliknya tunggu sehingga abangnya datang ambil dia di sana. Yalah kalau dia pulang sendirian saya risau perkara tak diingini berlaku ke atas dirinya," katanya.
Ditanya apakah punca sebenar Hasmawi memutuskan tali pertunangan di saat-saat akhir, kata Hassan;
| |
"Sebenarnya Hasmawi sudah beritahu seminggu sebelum majlis, bukan 19 jam seperti mana yang didakwa dan puncanya dari apa yang saya tahu anak saya sudah tawar hati dengan Norlida, selanjutnya saya tak dapat beritahu sebab itu rahsia kami sekeluarga dan segalanya akan kami ceritakan di mahkamah nanti."
Ditanya lagi apakah pertunangan tersebut diputuskan kerana heboh mengatakan Hasmawi sudah bernikah dengan gadis lain di Thailand, kata Hassan;
"Saya tak pernah dengar dan ingin saya jelaskan di sini semua itu tak benar."
Berita mengenai perkahwinan Hasmawi-Norlida heboh sebaik saja pemain bola sepak Kedah yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu membatalkan pernikahannya dengan gadis Felda Ulu Dengar, Kahang limur, Kluang, melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kira-kira 19 jam sebelum majlis pernikahan berlangsung pada 17 Disember lalu.
|