|
KUALA LUMPUR: Bekas tunang pemain bola sepak Kedah, Norlida Abdul Rahman, 23, mengakui nampak perubahan Hasmawi sejak setahun yang lalu.
"Di awal perkenalan Hasmawi yang saya kenal seorang lelaki yang cukup baik, bukan mudah bagi seorang wanita melihat lelaki menangis bersama kerana sifat lelaki memang ego, tapi Hasmawi tak begitu, saya benar-benar sayang Hasmawi yang dulu," katanya.
Temu bual menerusi telefon bimbitnya, Norlida mengakui dia diperkenalkan dengan Hasmawi oleh kakak angkatnya, pada Ogos 2001 ketika dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejururawatan di Pulau Pinang.
"Mula-mula kenal boleh dikatakan hampir setiap hari kami berjumpa, tapi sejak saya tamat belajar pada Jun 2003 kami hanya berjumpa sebulan dua kali. Sejak itu, saya sudah nampak perubahannya, setiap kali jumpa dia akan tutup telefon bimbitnya , bila saya tanya kenapa ? Dia beri alasan tak mahu diganggu.
"Saya juga pernah 'check' telefon bimbitnya, memang ramai nama perempuan dan mesej berbau cinta dalam telefon bimbitnya, bila ditanya dia jawap semua itu peminat. Memandangkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak, saya terpaksa akur...
Malah dia juga mengakui menerima mesej dari wanita yang tidak dikenali dua minggu sebelum melihat bekas tunangnya beraksi di padang Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan bola sepak Kedah menentang Perlis.
| |
"Antara mesej yang saya terima, perempuan tersebut bertanya sama ada saya datang menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut atau sebaliknya, dia juga mengakui Hasmawi adalah miliknya dan seminggu selepas itu, saya terima lagi mesej minta maaf, tapi saya sendiri tak tahu atas sebab apa dia minta maaf pada saya.
"Pada hari perlawanan saya ambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut sekaligus bertanyakan tentang waita yang menghantar mesej kepada saya. Kata Hasmawi dia tidak mengenali wanita tersebut dan menganggap semua itu sekadar usikan peminat fanatiknya dan berjanji akan menukar nombor telefon bimbitnya, tapi tak sangka di saat-saat akhir dia buat begini kepada saya, siapa yang tak kecewa," katanya lagi.
Berikutan kejadian memalukan itu berlaku ke atas dirinya, Norlida berjanji akan lebih berhati-hati sekiranya menempuh alam percintaan sekali lagi. "Saya tak serik untuk bercinta lagi tapi bukan dalam masa terdekat ni, biarlah saya tenang dulu, tapi untuk kembali pada Hasmawi semua itu tak mungkin," kata Norlida kembali bertugas di Klinik Kesihatan Pontian, Johor, 3 Januari lalu.
|