|
JURURAWAT di sebuah klinik kerajaan di Kluang, Johor, Norlida Abdul Rahman, 23, mengakui menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari seorang wanita memberitahu bahawa Hasmawi Hassan sudah menjadi miliknya.
Norlida yang juga bekas tunang Hasmawi memberitahu bahawa Hasmawi mempunyai ramai temkan wanita berdasarkan kepada SMS yang pernah dibaca daripada telefon bimbit Hasmawi yang mana mesejnya berbau cinta.
Norida Ulas Nikah Di Thailand
oleh: Farrah Lina Ramlan
KUALA LUMPUR: Norlida Abdul Rahman, 23, bekas tunang Hasmawi Hassan mengakui pernah mendengar desas-desus bahawa pemain pasukan bola sepak Kedah itu ada berhubung denan seorang gadis dari Bukit Mertajam, Butterworth.
Menurut Norlida, seorang jururawat di Kluang bahawa khabar angin tersebut disampakan oleh idu saudaranya yang kini menetap di Terengganu.
"Saya tak nafikan ada dengar khabar angin tersebut, ibu saudara saya yang sampaikan. Katanya, gadis tersebut sekampung dengan Hasmawi dan kini menetap di Kelantan, tapi cerita selanjut saya sendiri tak pasti.
Norlida berkata dia ada mendengar Hasmawi pernah berkahwin di Thailand tetapi tak pasti kerana berita itu tidak sahih.
| |
"Entahlah rasa dah malas nak fikir semua tu, hati saya benar-benar terluka dengan apa yang telah Hasmawi lakukan terhadap saya," kata Norlida yang terpaksa melupakan hasrat untuk memperagakan tujuh pasang baju pengantin yang ditempah bersama Hasmawi beberapa bulan sebelum majlis pernikahannya berlangsung.
Ditanya sebaik sahaja majlis pernikahannya dibatalkan apakah dia menerima lamaran dari lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya, kata Nolida:
"Selain mesej nasihat dan minta saya banyak-banyak bersabar atas apa yang berlaku, ada di antara mesej tersebut yang berbau cinta tak kurang juga ada yang ajak saya kahwin, tapi buat masa ni saya belum bersedia lagi.
Kisah Norlida-Hasmawi menjadi tumpuan utama sebaik sahaja bekas pemain bola sepak kebangsaan itu membatalkan pernikahannya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kira-kira 19 jam sebelum majlis pernikahan berlangsung pada 17 Disember lalu.
Sementara itu, muka depan akhbar Warta Perdana keluaran 9 Januari lalu telah menyiarkan kenyataan Noraini Abdul Razak, 23, gadis yang didakwa isteri kepada pemain bola sepak 'kontroversi' itu.
Mereka dikatakan pernah menikah di Thailand tetapi desas-desus itu dinafikan oleh Noraini yang menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu tetapi tidak menafikan dia memang meminati Hasmawi.
|