Idealis Mahasiswa
 
 

Isu Kohilal Boleh Menghancurkan PAS - PAS Mesti Bertindak


Hit = [ ]

oleh Ahli PAS
sumber - Marhaen

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, kisah KoHilal sudah sampai ke pengetahuan umum. Saya amat risau tentang perkembangan ini kerana isu ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS. Mengikut Survey yang dijalankan oleh Harakahdaily.net pada tahun 2003, didapati bahawa sekurang-kurangnya 60% responden menyatakan sokongan mereka kepada PAS adalah di atas dasar PAS menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa.

Sekiranya isu Kohilal ini tidak ditangani dengan efektif oleh PAS maka ianya hanya akan MENGHAKIS sokongan kepada PAS dengan begitu teruk sekali. Bagaimana PAS hendak membersihkan kerajaan dari rasuah dan salah guna kuasa sedangkan di dalam isu KoHilal ini, PAS jelas menyokong dan mempertahankan amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Sekiranya PAS masih keras mempertahankan mereka2 yang terlibat di dalam Kohilal ini maka PAS tidak ada bezanya dengan UMNO, masing-masing mempertahankan kezaliman dan kebobrokan pemimpin mereka hanya atas dasar kepartian semata-mata. Dalam keadaan UMNO dan PAS sama, apakah motivasi kepada rakyat untuk menyokong PAS lagi ?

Nampaknya ramai yang mempertahankan Hassan Shukri sehingga ada yang membuat cabaran secara terbuka. Perlu diingat bahawa para "mangsa" atau pelabur Kohilal tersebut adalah terdiri dari RAKYAT MARHEAN. Rakyat marhaen terdiri dari petani, nelayan, orang kampung yang bergolok-bergadai, pekerja kilang dsbnya. Adakah PAS sanggup duduk dan lihat sahaja kepada kezaliman yang menimpa rakyat biasa yang tidak berdosa ini ?

Mereka amat percaya kepada Kohilal kerana pada mereka Kohilal dipimpin oleh ulama dan ulama tidak mungkin menipu mereka. Malangnya segala kepercayaan mereka telah hancur.

PAS harus mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Mencari RM45 juta untuk menggantikan wang pelabur yang telah lesap itu.

  2. Sekiranya PAS tidak mampu, PAS harus membersihkan kepimpinan mereka dari semua yang terlibat di dalam KoHilal dahulu, khasnya kepada mereka yang terlibat di dalam menjadi Ahli Lembaga Pengarah KoHilal yang terdahulu.

  3. Mengeluarkan kenyataan keras tidak pengiktirafan KoHilal sebagai sebahagian dari PAS

  4. Memohon maaf secara terbuka terhadap apa yang telah menimpa para pelabur.

  5. Mengambil tindakan disiplin parti kepada mereka-mereka yang telah menghancurkan kepercayaan pelabur tersebut.

      

Memandangkan kes KoHilal ini adalah satu FAKTA yang tidak dapat dinafikan lagi, maka saya mencadangkan supaya penyokong-penyokong Hassan Shukri ramai-ramai mencari wang sejumlah RM45 juta bagi menggantikan wang para pelabur yang telah lesap. Kalau sokong atas dasar sokong sahaja tidak mencukupi. Harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Ini akan menyelamatkan para pelabur dari kezaliman yang mereka sedang hadapi sekarang ini.

Dengan wang RM 45 juta tersebut, Hassan Shukri selamat dan PAS juga selamat. Sekiranya tiada RM45juta, maka harus kita pilih mana satu yang hendak diselamatkan; PAS atau HASSAN SHUKRI ?

Saya juga hairan mengapa media arus perdana tidak "pick-up" isu KoHilal ini ? Biasanya, macam yang lepas-lepas, media arus perdana tidak akan teragak-agak menyambung lidah MalaysiaKini apabila ada isu-isu negatif PAS yang dinaikkan oleh MalaysiaKini, iaitu isu kereta Mercedes Exco Kelantan dsbnya. Yang menghairankan, media arus perdana senyap-sunyi fasal isu Kohilal ini.

Yang menghairankan lagi, kalau kita baca laman-laman web UMNO Selangor dan juga akhbar-akhbar haram UMNO Selangor, tidak ada walau satu kutukan pun dikenakan ke atas Hassan Shukri. Malahan, Hassan Shukri dipertahankan dengan hebatnya oleh puak-puak UMNO Selangor ini.

Saya secara peribadi tidak hairan tentang perangai UMNO Selangor ini kerana sepanjang Hassan Shukri berada di dalam PAS Selangor, segala polisi beliau menguntungkan UMNO iaitu penentangan terhadap BA, ketakutan beliau yang amat sangat dengan polis, menyokong secara senyap pengharaman ceramah dsbnya. Malahan di dalam isu pengambilan masjid secara rakus dan kasar oleh JAIS, Hassan Shukri begitu penakut sampai nak buat kenyataan akhbar pun takut. Lupakanlah sama sekali kalau nak harap beliau mengambil tindakan membela JK-JK masjid yang teraniaya itu.

Banyak lagi kalau saya nak cerita tapi cukup sekadar itu sahaja buat kali ini. Lain kali kita boleh sambung lagi.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved