Idealis Mahasiswa
 
 

Mahasiswa Protes Penindasan Selatan Thai


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

Mahasiswa Negara akhbar Mahasiswa UM dalam keluaran 21 Jun 1971 telah memberikan muka depan kepada berita Demintrasi Mahasiswa Malaysia terhadap Perdana Thailand iaitu Tohanom Kittikachormyang melawat Kaula Lumpur pada 14 Jun 1971.

Demontrasi itu adalah proses terhadap penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Thailand terhadap penduduk Melayu Islam di Selatan Thailand. Protes yang dilakukan pada 14 Jun 1971 memakan korban seramai 19 mahasiswa ditahan dan 12 cedera(lihat potongan akhbar MN)

Pada mulanya kira-kira 1000 mahasiswa Universiti Malaya yang terdiri daripada ahli Persatuan Mahasiswa Islam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Bahasa Melayu(PBMUM) dan anggota Kelab Sosialis telah berkumpul di “Sudut Pidato” berhampiran dengan perpustakaan bagi mendengan ucapan dan sejarah penindasan terhadap rakyat di Selatan Thailand.

FRU

Mereka diberitahu bahawa Perdana Menteri Thailand, Thanom akan melalui Jalan Persekutuan berhampiran Kg. Kerinci pada jam 11.30 pagi. dengan membawa sepanduk mengutuk penindasan di Selatan Thailand untuk menarik perhatian media antarabangsa mereka berarak ke Jalan Pantai Baru. Di sini seramai 1000 orang lagi Mahasiswa dari UKM sedah siap menunggu.

Sampai sahaja di bulatan Pantai mereka bertembung dengan FRU, Federal Reverse Unit (Pasukan Pencegah Rusuhan). Pihak FRU gagal menyuraikan perhimpunan yang secara aman itu, lalu bertindak menggunakan gas pemedih mata dam memukul dengan cota(belantan). 12 mahasiswa termasuk beberapa wanita cedera. Dua mahasiswa yang agak parah dibawa kehospital Universiti Malaya untuk menerima rawatan.

Ungku Aziz prihatin

Keadaan terus kelam kabut. 19 mahasiswa dibawa ke dalam lori (tidaklah disusun seperti yang berlaku di Tak Bai) dan ditahan. Prof Ungku Aziz, Naib Canselor UM pada ketika itu tiba di tempai kejadian. Selepas memberi nasihat, mahasiswa beredar ke kampus masing-masing. Perhimpunan dapat disuraikan pada jam 1.00 tengah hari. Peristiwa itu tidak berakhir di situ sahaja. Mahasiswa berhimpun pula di Dewan Tengku Canselor (MTC) dan memikirkan tentang kebebasan kawan-kawan mereka yang ditahan Polis.

Demontrasi berlanjutan sehingga 16 Jun 1971. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah mengarah FRU menunggalkan kampus dan mahasiswa diberitahu bahawa rakan-rakan mereka yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah esoknya. Demontrasi tamat pada jam 4.30 petang.

      

Esoknya 17 Jun, mereka yang ditahan dibebaskan dengan wang jaminan RM500 setiap seorang dan lakan dibicarakan kemudian. Antara mereka yang teruk kena belasah ialah Saudara Chamhuri siwar dari UKM (sekarang beliau adalah seorang professor ekonomi pertanian UKM). Seorang lagi yang handal ialah Saudara Nordin Razak. Presiden PBMUM (sekarang Dato’ Nordin, Presiden Alumni UM dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Saudara Nordin walaupun agak teruk tidak mahu di bawa ke hospital. Dia dipapah ke Kampung Kerinci dan selepas rawatan pertolongan cemas beliau bangun semula meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Penentangan terhadap penindasan rakyat di selatan Thailand yang dilakukan oleh mahasiswa kita lebih 30 tahun dulu adalah merupakan perasaan kemanusiaan sejagat yang bersifat kesedaran antarabangsa. Mereka juga menyokong perjuangan rakyat Palastin menghadapi penindasan Israel.

Thailand belum sedar

Nampaknya kerajaan Thailand agak belum sedar tentang hasrat antarabangsa dan belum mangamalkan etika yang sepatutnya (seperti apa yang digambarkan dalam tragedi Tak Bai baru-baru ini yang mengor bankan 84 orang rakyat negara itu sendiri yang beragama Islam). Agak menhairankan juga sebuah negara yang boleh dianggap maju dan mempunyai Raja yang dihormati kerana sifat mesranya, boleh mempunyai askar yang begitu ganas sekali, di luar keperimanusiaan antarabangsa.

Sebagaimana yang diketahui Selatan Thailand khasnya Pattani yang ramai penduduk Melayu-Islam pernah mempunyai pemerintahan beraja lebih awal dari kerajaan Melayu Melaka. Melalui perjanjian Bangkok 1909 yang melibatkan British, wilayah Selatan telah diambil alih oleh pemerintahan Thailand.

Sayangnya masa yang begitu lama dari 1909 hingga 2000 lebih, tidak digunakan untuk menjalinkan perpaduan dan membangunkan wilayah Selatan, tetapi mewujudkan penindasan dan penyelewengan pula. Oleh itu tidak hairanlah kalau bangkit penentangan. Cadangan dari tun mahathir bekas Perdana menteri Malaysia agar wilayah selatan diberi autonomi adalah lebih sesui bagi mewujudkan persefahaman tulin.

Pibul Songgaram

Dalam masa pemerintahan Perdana Menteri Thailand, Pibul Songgaram dalam tahun 40-an, prinsip menentukan nasib sendiri (self-determination) pernah ditimbulkan oleh pemimpin Pattani sesuai dengan semangat persidangan San Francisco April 1945 yang melibatkan kuasa besar.

Dukacitanya British yang mempunyai pengaruh terhadap Thailand membisu seribu bahasa, padahal Britishlah yang mewujudkan perjanjian Bangkok 1909 yang memihak kepada kejaan Thailand dengan tidak mempedulikan hak rakyat wilayah itu. Perjuangan rakyat di mana-mana tidak akan hapus selagi dasar imperialisma tidak ditentang habis-habisan.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved