Idealis Mahasiswa
 
 

Mengenali visi dan misi PKPIM


Hit = [ ]

sumber - Laman PKPIM

OBJEKTIF PERSATUAN

Sebagai sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM telah menggariskan beberapa objektif:

2.2.1 Menjadi satu badan induk yang mewakili pelajar-pelajar Islam di Malaysia untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah

2.2.2 Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia

2.2.3 Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain

2.2.4 Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa

2.2.5 Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM.

2.3 VISI PERSATUAN

Menjana generasi rabbāni demi membina tamadun khayra ummah

2.4 MISI PERSATUAN

Gerakan pelajar Islam dinamik dan beriltizam melahirkan generasi muda ke arah memartabatkan idealisme dan cita-cita besar Islam.

2.5 ORIENTASI GERAKAN PERSATUAN

PKPIM telah menggariskan beberapa landasan teori sebagai orientasi gerakan persatuan ini iaitu :

2.51 Dakwah dan tarbiah

Gerakan Islam yang diasaskan dengan semangat amar makruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan menyanggah kemungkaran), mementingkan sistem pendidikan dan latihan ahli yang lengkap dan bersepadu.

2.52 ´Ilmiyyah (Berbudaya ilmu)

Gerakan yang ditunjangi oleh budaya ilmu, rasional dan objektif dalam membezakan antara hak dan batil.

2.53 Desekularisasi

Gerakan yang menggabungjalinkan ilmu-ilmu wahyu (revealed knowledge) dan ilmu-ilmu wahyu yang dituntut (acquired knowledge) dalam proses membangunkan ummat serta mengambil pendekatan mengintelektualkan ulama’ dan mengulama’kan intelektual.

2.54 Waşoţiyyah (Kesederhanaan)

Mengambil pendekatan yang sederhana dan tepat dengan menjauhi segala bentuk kecenderungan yang melampau.

2.55 Jamāhiriyyah (Akomodatif)

Mengambilkira kepelbagaian gaya hidup masyarakat dalam merangka gerak kerja terhadap sasaran dakwah yang berbeza.

2.56 Wāqi`iyyah (Setempat)

Menimbang realiti setempat yang cukup tersendiri dalam melaksanakan ‘manhaj mālizy’ (pendekatan ala Malaysia) dalam penyebaran dakwah.

2.57 Tārikhiyyah (Historis)

Sebuah gerakan yang mempunyai pengalaman dan prestasi gerak kerja yang terbukti berkesan, matang dan mampu kekal relevan sepanjang zaman.

2.58 Ālamiyyah (Global)

Menjadi gerakan yang dalam gerak kerjanya menjangkau dan merentasi sempadan geografi, politik, agama, budaya dan bangsa.

      

2.59 Non-Partisan

Mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang parti politik hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan. PKPIM berhak menyatakan pandangan dan sekiranya pandangan itu sama dengan mana-mana parti politik ianya tidak bermakna PKPIM terikat dan menjadi alat parti politik tetapi pandangan dan keputasan yang disandari oleh ilmu dan kebenaran.

2.6 BUDAYA 7 PKPIM

Di samping itu, persatuan ini juga turut meletakkan budaya ilmu sebagai satu perkara wajib haraki (gerakan) yang mesti diamalkan oleh ahli persatuan :

2.61 Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia

Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. PKPIM di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.

2.62 Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar

Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawad¸u`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.

2.63 Penghayatan amalan kerohanian

Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.

2.64 Memperkasa semangat ukhuwwah

Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri. (Hadis riwayat Bukhari)

2.65 Menghayati amalan syura, amal jamā`iy dan budaya kerja terancang

Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.

2.66 Prihatin dan iltizam dengan isu semasa

Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.

2.67 Menghayati rūh al-jihād fï sabïl al-Allah

Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved