|
Kini pelbagai gelaran diberikan oleh sesetengah pemikir dalam menggelarkan golongan ulama dan alirannya, samada di tanah air atau di luar negara.
Bagi penulis mendapati gelaran ulama adalah seperi ulama sekular, ulama konservertif, ulama ultra, ulama klon, ulama istinbat, ulama fundamental, ulama liberal, ulama ultra-konsevertif, ulama reformasi, ulama mufakkirin, ulama dakwah, ulama PAS, ulama UMNO dan sebagainya. Bagi penulis begitu tertarik sekiranya kita dapat mencari istilah-istilah tersebut dari pelbagai sumber secara terperincil agar kita dapat mencari kesimpulan yang wajar dan dapat disatukan serta dibincangkan secara menyeluruh bagi pembangunan dan kefahaman masyarakat awam.
Antara petikan yang penulis ingin ketengahkan adalah "Kecenderungan ramai orang Muslim tidak mahu menerima pandangan ulama menjadi fenomena yang ketara berlaku di seluruh negara Islam termasuk di Malaysia.
Walaupun tidak wajib menerima pandangan ulama, tetapi wujudnya kecenderungan seperti itu amat berbahaya kerana masyarakat akan hilang tempat bergantung dan rujukan agama.
Semua boleh jadi jika masyarakat hilang tempat bergantung dan rujukan agama. Ini termasuklah boleh menyebabkan masyarakat menjadi kucar-kacir, terlibat dalam ajaran sesat dan sebagainya. Dalam jangka panjang ia juga boleh menggugatkan kestabilan kerajaan dan membantut pembangunan negara."
Persoalanya bagaimana pula ulama didikan-didikan PMRAM yang telah dilahir puluhan tahun, bagaimana aliran dan pengistilahan ulama yang dapat diungkitkan ? Sebagaimana kita ketahui nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] yang begitu gah di kalangan pelajar Malaysia di Mesir.
| |
Di masa dulu, sekitar tahun 1997 hingga 2001 seperti Yang Di Pertua PMRAM Ahmad Kamarul Najam Md Ghazali dan bermula era gelaran Presiden PMRAM seperti Ahmad Bukhori Ghazali [1998], Mohd Nizam Mohd Noh [2000], Ahmad 'Arif Mohd Arshad [2001] yang begitu lantang dan berpengaruh dikalangan pelajar Mesir.
Penulis juga masih tidak melupai kelantangan Aminurrasyid Yatiban di Mesir dan di UK dalam Forum Demokrasi UK: Sebuah Tragedi buat Hizbi dan KeADILan yang mewakili Al-Hizbul Islami UK dan Eire pada November 2002 tentang perjuangan gerakan Islam dan reformasi di Malaysia.
Pada pemerhatian penulis di waktu itu kepimpinan mereka hanya boleh dianggap sebagai ulama dakwah sahaja tidak banyak perubahan yang dapat diketengahkan hanyalah "menongkatkan" kepimpinan gerakan Islam di Malaysia dan menghentam mana-mana persatuan yang boleh menguggat keahlian PMRAM terutama ahlinya dicuri oleh PPMM dan NUMRAM serta tuntutan Asrama Rumah Melayu [ARMA].
Persoalannya di mana bekas-bekas pimpinan itu tersebut ? Bilakan PMRAM akan menghasilkan "produk-produk" ulama baru seperti ulama Istinbat dan sebagainya atau masih ditakuk lama dengan seruan jihad untuk mati berperang semasa di Mesir dan sampai di Malaysia sudah berubah arah sama sekali atau masih membudayakan sikap kebencian dengan ahli NUMRAM sehinggakan masih mempersoalkan "NADI UMNO MESIR YANG MENJADI PENGAMPU KERAJAAN UMNO" dan penulis masih menanti gelombang perubahan PMRAM kini.
Habbatulbarakah
Kaherah
|