Idealis Mahasiswa
 
 

Puja Zakar Dalam Gua


Hit = [ ]

oleh: Hazrizal Hanapiah
sumber: Bacaria Rabu 13/7/2005

PENGARUH mistik begitu menebal dalam kehidupan magyarakat Thai yang beragama Buddha. Sebarang objek yang dilihat aneh atau lain dari yang lain akan dianggap mempunyai hikmat tertentu.

Itulah keunikan yang dapat disaksikan wartawan BACARIA sewaktu berkunjung ke Gua Le Khaokob yang terletak di wilayah Trang, salah sebuah wilayah di gelatan Thailand yang turut terkenal kerana di lautnya terdapat banyak ikan dugong.

Jika dilihat dari luar, seolah-olah tidak ada apa yang menarik dalam gua tergebut. Tambahan pula lokasinya berdekatan dengan jalan raya.

Tetapi menurut Suchat Pansuwannakee, 48, pemandu pelancong yang membawa rombongan kami ke sana, gua ini merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong asing di Wilayah Trang.

Ujarnya lagi, yang menarik di sini ialah gua ini menerima kunjungan pengunjung yang ingin melihat keindahan stalagmit, stalaktit dan tiang batu kapur yang mempunyai pelbagai formasi yang unik dan menarik yang terhasil daripada proses luluhawa batu kapur.

"Le Khaokob menarik perhatian masyarakat setempat kerana di dalamnya terdapat tiang batu kapur serta stalagmit yang berbentuk seperti zakar dan juga payudara wanita.

"Bukan sahaja masyarakat tempatan, malah pelancong asing juga ramai yang datang untuk melihat sendiri keanehannya," tutur Suchat lagi.

Menurut cerita masyarakat setempat, pada zaman dahulu kala, pernah seorang lelaki yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak memasuki Gua Le Khaokob dan menemui batu tergebut, lalu berdoa agar dikurniakan anak.

Tidak lama kemudian, cukup tempohnya dia mendapat perkhabaran gembira bahawa isterinya disahkan mengandung. Atas sebab itu, orang kampung sehingga kini percaya batu berkenaan membawa tuah.

Kini magyarakat setempat begitu taksub dan memuja batu kapur yang berbentuk alat kelamin lelaki ini. Ini disebabkan mereka percaya ia akan mendatangkan kebahagiaan dalam rumah tangga, terutamanya kekuatan dalam melakukan hubungan kelamin.

"Batu berkenaan pada awalnya kasar, tetapi disebabkan kerap dipegang dan dilurut oleh para pengunjung, mengakibatkan ia licin.

Lama kelamaan, ditambah pula dengan air yang menitis di atasnya telah menjadikan batu tersebut kelihatan berkilat," katanya lagi.

      

Malah di satu sudut, batu yang benar-benar kelihatan seperti alat kelamin lelaki diletakkan hiasan seperti kalung bunga, diasapkan dengan setanggi dan sebagainya.

Mereka menghormati batu tersebut di samping percaya ia akan mendatangkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Suchat yang juga Setiausaha Persatuan Pemandu Pelancong Wilayah Songkhla, turut menunjukkan ke arah dinding batu kapur di dalam salah satu lorong yang berbentuk seperti pasangan lelaki dan wanita.

Ini menyebabkan sesetengah pengunjung terutamanya masyarakat setempat beragama Buddha menyentuhnya dan memasang niat agar dapat bertemu jodoh dan dapat berkahwin dengan orang yang mereka cintai.

Satu lagi keunikan Gua Le Khaokob ini bukan mudah untuk dimasuki. Gua ini tidak seperti gua lain yang lain. Pengunjung terpaksa menggunakan laluan sungai untuk pergi ke kawasan lain.

Atas sebab itu, sampan kecil digunakan untuk menjelajahi keseluruhan kompleks gua. la juga tidak mempunyai sambungan dengan laluan yang lain

Atas sebab itulah, selepas selesai menjelajahinya para pengunjung terpaksa berpatah balik ke tempat sampan menunggu sebelum melawat ke laluan gua yang lain.

Namun para pengunjung tidak perlu bimbang kerana keselamatan mereka terjamin, cuma mereka dinasihatkan agar tidak berbuat bising serta tidak banyak bergerak ketika di dalam sampan kerana dikhuatiri sampan akan terbalik.

Pengunjung juga terpaksa berbaring terlentang di dalam sampan kerana kedudukan bumbung gua dan paras air yang begitu rapat dengan kedudukan air sungai. Ini kerana tiada jalan lain untuk keluar, kecuali melalui laluan sempit ini.

Meskipun dalam keadaan senyap dan berhati-hati, ke- banyakan pengunjung tetap berasa cemas kerana ada ketikanya kedudukan stalaktit yang berujuran tajam dari bumbung gua begitu hampir dengan muka.

Jelas Suchat lagi, walaupun terpaksa lenguh berbaring dan berada dalam keadaan yang tidak selesa, pengunjung di sekitar wilayah ini tetap mengunjungi gua ini kerana mereka percaya keunikkan batu kapur yang menyerupai alat kelamin lelaki tersebut boleh mendatangkan tuah.

"Saban hari, gua ini sentiasa saja dikunjungi oleh orang ramai yang datang membawa hajat selain sengaja datang untuk melihat sendiri keindahan formasi stalaktit dan stalakmit di dalam gua ini.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved