|
Membaca dua artikel yang tersiar di dalam Harakahdaily dan Tranungkite, penulis dapat mengesan kekecewaan penyokong Pas terhadap wakil mereka, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang gagal menandingi kepetahan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dalam Debat Perdana RTM, ahad lalu.
Sebenarnya jika mereka menonton dengan teliti, Idris Ahmad bukan sahaja gagal menghadapi Khir Toyo, malah diberi tamparan hebat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Ong Tee Kiat.
Idris Ahmad gagal mempertahankan hujah beliau kononnya peruntukan untuk belia tidak diberi kepada perstuan belia yang tiada kaitan dengan UMNO dan BN. Sebaliknya, Ong Tee Kiat mencabar beliau supaya memberi bukti. Menurut Ong, selagi persatuan belia tersebut tidak dijadikan pentas politik maka kerajaan sentiasa membantu.
Penonton yang mengharapkan Ustaz Idris menjelaskan pertubuhan belia mana yang gagal mendapat peruntukan menjadi kecewa bila wakil Pas tersebut menyalahkan JKKK sebagai punca peruntukan belia kementerian tidak sampai.
Untuk pengetahuan Ustaz Idris, JKKK tidak ada sebarang pertalian pun dengan Kementerian Belia dan Sukan mahu pun peruntukan kewangan untuk belia. Malahan kebanyakan persatuan belia berpusat di bandar. Kasihan Timbalan Ketua Pemuda Pas ini kerana langsung tidak memahami perjalanan pentadbiran kerajaan.
Berbalik kepada ulasan pengulas Harakah dan Tranungkite, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan Timbalan Ketua Pemuda Pas ini yang sungguhpun panhdai bercakap tetapi tiada isi.
| |
Harakah langsung tidak menyentuh mengenai Idris. Manakala laman Tranungkite terpaksa mengulas panjang lebar untuk memenangkan Timbalan Ketua Kemuda Pas itu. Amat lucu sekali mereka terpaksa menerangkan beberapa isu untuk menunjukan kononnya Islam Hadhari tidak sebaik yang diterangkan oleh Khir Toyo pada malam tersebut.
Jika Ustaz Idris dianggap menang (seperti yang diisytiharkan oleh Tranungkite) malam tersebut mengapa penulis mereka perlu menimbulkan isu-isu mengenai Islam Hadhari yang gagal sama sekali ditimbulkan oleh Ustaz Idris? Jelas sekali Timbalan Ketua Pemuda Pas ini tiada taring sehingga terpaksa memerlukan penyokonganya memberi hujah tambahan.
Namun ulasan tersebut yang dianggap sebagai damage control masih gagal kerana komen-komen oleh penyokong mereka sendiri di bawah artikel tersebut jelas melahirkan kekecewaan dalam lembut.
Nota:
Debat Perdana RTM 3 Julai 2005 mengundang YAB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo [Presiden MBM], Ustaz Idris Ahmad [PAS], Norman [KRU] dan Ong Tee Keat [Timb. Menteri Belia & Sukan].
www.selangordaily.com
|