Idealis Mahasiswa
 
 

Tubuh dana kebajikan bantu pelajar miskin - Azwiral Bukhairi Ab. Aziz


Hit = [ ]

oleh: Azwiral Bukhairi Ab. Aziz
sumber: Kolum Nota Kampus Kosmo Ahad 17/7/2005

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar IPTS bumiputera terutamanya. Berdasarkan aduan dan respons yang diperoleh daripada pelajar IPTS, sememangnya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman ataupun biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di IPTS berbanding dengan pelajar di IPTA.

Kewujudan IPTS dalam jumlah yang begitu banyak ini sudah pasti berkait rapat dengan kewujudan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

la merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta. Berdasarkan tujuan awal akta ini, Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah dibentuk dengan tujuan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan akademik yang menghasilkan pendidikan bertaraf dunia.

Namun begitu dapatan dan realiti yang ada kini perlu dilihat kembali dan tujuan pihak berwajib untuk membantu meramaikan bilangan pelajar bumiputera mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi.

Sebenarnya pelajar bumiputera sejak sekian lama hanyalah merupakan kelompok minoriti di IPTS. Jumlah pelajar IPTS pada tahun 1997 lagi adalah lebih daripada 140,000 orang dan daripada jumlah ini hanya lima peratus sahaja pelajar Melayu. Mengikut perangkaan tahun 2000, jumlah pelajar di IPTS dalam tahun 2000 adalah lebih daripada 200,000. Daripada jumlah yang besar ini, lebih ramai daripada jumlah pelajar di IPTA, cuma 15 peratus bumiputera.

Terbaru, menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, pelajar Melayu hanya kini meliputi kira-kira 30 peratus atau lebih 96,000 daripada keseluruhan 322,891 pelajar pada peringkat sijil, dip- loma dan ijazah di IPTS. Tambah beliau lagi jumlah pelajar Melayu sangat rendah di IPTS kerana mereka mempunyai masalah kewangan untuk membiayai tempat mereka di pusat pengajian.

Kajian Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia mendapati, kumpulan ini adalah 65 peratus daripada 178,038 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal mendapat tempat di IPTA tahun ini. Hasil kajian berdasarkan penelitian terhadap statistik Unit Pusat Universiti (UPU) itu menunjukkan, kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad.

Oleh itu, PKPIM melihat untung nasib pelajar yang mengikuti pengajian dan pelajar yang tidak berpeluang mendapatkan tempat di IPTS perlu dibantu dalam bentuk yang tertentu yang akan menjamin kesinambungan pendidikan mereka.

Bagi kami, isunya bukan soal mengekalkan hayat IPTS milik bumiputera, walaupun ia juga penting. Tetapi nasib dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ini perlu dibela. Pada masa yang sama, IPTS perlu diperkasakan berdasarkan cadangan PKPIM sebelum ini da1am Kongres Mahasiswa Kebangsaan Mengenai Pendidikan Tinggi di Shah Alam tahuh 1997 sebagai respon kepada Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 mencadangkan:

      
  • IPTS yang memiliki rekod cemerlang sahaja yang layak menganjurkan program pengajian diiktiraf LAN.

  • Yuran yang dikenakan hendaklah paling munasabah dan tidak membebankan.

  • Pensyarah atau guru hendaklah mendapat latihan khusus dari IPTA sebelum mengajar di IPTS.

  • Hanya IPTS yang mendapat kelulusan LAN yang dibenarkan membuka institusi baru.

  • Kebajikan pelajar di IPTS perlu diambil perhatian yang sama sekurang-kurangnya yang diperoleh penuntut IPTA.

Bentuk bantuan dan usaha menyelamatkan survival pelajar untuk mendapatkan bantuan kewangan melanjutkan pengajian ini sangat penting untuk mengimbangi jumlah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera daripada jurang yang lebih luas. Mendekatkan jurang dan me- ngelakkan daripada suasana "kecemburuan sosial" wujud pada masa-masa yang akan datang. Bukan soal untuk membina mentaliti subsidi di kalangan pelajar.

Tetapi membantu pelajar yang, serba kekurangan yang mewakili keluarga yang pendapatan rendah. Inl jelas tergambar melalui statistik lebih 80 peratus pelajar Melayu di IPTS terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RMl,500 sebulan dan satu pertiga daripadanya atau lebih kurang 26 peratus daripadanya berpendapatan kurang RM500.

Sekali lagi, PKPIM mendesak isu ini perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi di samping Mara, PTPTN.

Namun perhatian dan sokongan semua pihak penting untuk menangani masalah ini dengan baik dan menyelesaikan permasalahan yang timbul ini. PKPIM berpandangan menjadi satu keperluan untuk semua orang Melayu dan rakyat Malaysia mengutip derma dan sumbangan demi survival pelajar dan selain mengurangkan beban keluarga yang amat memerlukan ini. PKPIM bersedia menggerakkan tabung-tabung kebajikan bagi membantu pelajar-pelajar ini dan dengan ini menggesa semua rakyat Malaysia yang prihatin masa depan anak bangsa untuk membantu menjalankan usaha yang sama di seluruh negara.

Sumbangan demi masa depan dan survival generasi muda Malaysia. Jika untuk mangsa tsunami kita mampu mengutip jutaan ringgit, PKPIM melihat sumbangan untuk membina insan dan melahirkan generasi bumiputera 2020 yang berilmu dan berkemahiran tidak kurang keutamaannya, bahkan lebih penting lagi.


AZWIRAL BUKHAIRI AB. AZIZ
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved