Idealis Mahasiswa
 
 

Pergelutan Dalam PAS: Peralihan atau Perubahan ?


Hit = [ ]

oleh: Akademia Serdang
sumber - Malaysia-today

Pengumuman Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agong PAS untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS kelmarin amat membanggakan. Ini adalah kerana beliau adalah merupakan tokoh ulama’ muda yang berfikiran terbuka, berpengetahuan luar dan merupakan ‘permata’ untuk PAS. Selepas pemergian Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Noor, PAS nampaknya lesu. Tiada lagi ketajaman strategi dan kemantapan teknik gerakannya sebagaimana di era tersebut dan ditambah pula dengan pukulan pilihan raya yang lalu meninggalkan parut yang parah buat PAS.

Setiap kali ijtima’ dan munaqasah PAS memberikan gambaran betapa tandusnya PAS dengan lapisan kepimpinan yang berdaya-maju, berfikiran terbuka, ‘forward thinking’ dan komited dengan perjuangan. Kalau adapun mereka tidak banyak diketengahkan kerana mungkin masih terdapat ‘budaya cantas’ yang berlaku di kalangan ahli dan sesetengah pemimpin. Permata-permata PAS kurang diketengahkan. Malah yang diketengahkan hanyalah ‘pemidato’ dan orang-orang yang dianggap ‘penghibur’ yang popular di kalangan ahli.

Di antara kejayaan Almarhum Ustaz Fadzil yang begitu berjaya mencetuskan kesedaran dan kebangkitan rakyat adalah hasil sentuhannya ketajaman ijtihadnya ketika menubuhkan GERAK. Ia digerakkan bersama antara lain bersama Hj Mahfuz Omar, Salahudin Ayub. Nasharudin Mat Isa dan beberapa kepimpinan muda PAS berserta kepimpinan KeADILan yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor. Mereka bukan sahaja berlegar di pentas-pentas pidato malah merancang strategi, memantap kesatuan dan menggerakkan massa dengan agresif sekali. Kita (rakyat) amat rindukan gerakan sebegini.

      

Nampaknya muktamar kali ini harus melihat kepada perubahan ini. Ahli/Perwakilan PAS perlulah menjadi pemilih yang matang untuk kebaikan parti dan berani untuk mengguriskan mata pena ketika pemilihan untuk membuat satu perubahan kepada barisan kepimpinan. Pemilihan kali ini hendaklah berdasarkan – siapa yang boleh membawa wajah baru kepada politik Malaysia, siapakah yang boleh merancang strategi masadepan PAS dan politik Malaysia dengan lebih berani dan terbuka, siapakah yang boleh menggerakkan penubuhan Barisan Rakyat bagi menyaingi Barisan Nasional dan siapakah yang akan menerajui pengambilalihan kekuasan di Malaysia dengan strategi yang ampuh dan mantap.

Pimpinan yang lesu dan ‘play safe’ seharusnya tidak menjadi pilihan utama kerana ini hanya akan membuatkan masadepan kesemarakan politik Malaysia tidak menggembirakan.

Perwakilan Mu’tamar PAS!

Gunakakanlah hak anda dengan betul dan pilihlah seseorang yang punya visi dan misi yang jelas dan dapat bekerja secara ‘team work’ untuk menjayakan PAS dan meletakkan PAS di garis hadapan politik Malaysia.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved