|
Senarai pencalonan telah terpapar didada akhbar utama negara dan parti PAS Harakah serta web-web alternatif. Suasana pemilihan untuk muktamar tahunan PAS semakin mendapat perhatian. Disamping jawatan Timbalan Presiden yang menjadi tumpuan, 3 jawatan utama parti iaitu Naib Presiden juga mendapat tempat dikalangan perwakilan dari kawasan-kawasan.
Sebagai salah seorang yang bakal mewakili kawasan saya di negeri Siti Wan Kembang ini, saya tertarik untuk mengulas calon Naib Presiden dari negeri saya yang bernama Husam Haji Musa. Seorang yang sering mendapat liputan di Kuala Lumpur dan rakan karib orang kanan Parti Keadilan Rakyat,
Tetapi kehebatan Husam ini hanya dilihat di luar Kelantan tetapi tidak dinegerinya sendiri. Sebagai AJK Pas Pusat yang diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Lajnah Penerangan untuk membantu Ketua Penerangan PAS, Dr Harun Din, beliau dilihat tidak memainkan peranan dan fungsinya dengan baik. Rata-rata ahli melihat Dr Harun Din seperti kekudungan tangan apabila terpaksa bekerja seorang bagi menggerakkan lajnah tersebut sehingga menyebabkan kesihatan terganggu sejak akhir-akhir ini.
Husam yang lebih banyak duduk di Kelantan dan ke luar negara seolah-olah lupa yang beliau telah diamanahkan oleh parti untuk membantu Dr Harun Din dalam urusan penerangan parti. Lebih mengecewakan lagi, Husam langsung tidak mengambil peduli akan gerak kerja Lajnah selepas Dr Harun Din bercuti untuk rawatannya seolah-olah lajnah penerangan dimana beliau sebagai Timbalan Ketuanya tidak mempunyai organisasi. Penerangan PAS dilihat berkubur setelah Dr Harun Din bercuti. Amanah ini sepatutnya dipangku oleh beliau (Husam) selaku Timbalan Ketua Lajnah Penerangan.
Kesangsian saya yang kedua ialah tindakan beliau selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanggungjawap diatas portfolio Kewangan Kerajaan Negeri baru-baru ini ialah apabila beliau menyokong dab bersetuju meluluskan peruntukan untuk pembelian kereta mewah Mercedes Benz untuk kegunaan Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan. Satu pembelian yang sangat tidak wajar terhadap rakyat negeri Kelantan sendiri. Saya amat sedih dikala kita kalah teruk dalam pilihanaraya umum, disaat rakyat menolak PAS kerana kemewahan pemimpin tertentu, tiba-tiba sebuah negeri serambi mekah yang miskin membeli kereta mewah Mercedes untuk Exconya menggantikan Proton Perdana.
| |
Alangkah malunya saya dengan pemimpin-pemimpin Umno bertaraf Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri kabinet menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi hatta ada Menteri dan Menteri Besar hanya menggunakan kancil dan proton wira bila turun ke kawasan. Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman, PAS sudah ikut cara Umno dahulu manakala Umno sudah ikut PAS lama. Masih berdesing-desing lagi ditelinga saya selepas pilihanraya, rakyat marah kepada PAS kerana sikap angkuh dan mewah wakil-wakil rakyatnya, namun perkara ini sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan oleh Exco PAS Kelantan. Husam sepatutnya berasa malu diatas pembelian ini. Dia juga sepatutnya memohon ampun pada rakyat kelantan kerana sikap pembazirannya ini.
Sikap sebenar Husam bersama-sama Exco Kerajaan Negeri yang lain yang bersetuju meluluskan KAWASAN BALAK SELUAS 40-50 RIBU HEKTAR kepada kumpulan tertentu yang terdiri dari NORDIN MARDI, seorang tokey Cina dari Pulau Pinang dan RAZAK ABAS (Abe Jak) semakin terserlah akan sikap Husam yang sebenar. Kejadian ini berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan bercakap tentang transparen dan ketelusan namun projek ini diberikan kepada orang tertantu seperti nama yang sebutkan di atas tanpa sebarang perbincangan. Saya sebagai anak negeri ini merasa sangat sedih dikala rakyat Kelantan sedang bermatian mempertahankan Kerajaan rapuh PAS, Husam sebagai pemimpin kanan kerajaan membohongi rakyat Kelantan dengan memberi projek balak ini kepada ‘Orang-orang tertentu’ sedangkan projek balak ini boleh digunakan untuk kepentingan rakyat yang dahagakan keadilan dan pembangunan.
Sikap Husam yang tidak suka berbincang dan mendengar pandangan rakyat serta rakan-rakan Exco dalam Kerajaan Negeri sendiri menyebabkan Tok Guru Menteri Besar sendiri terpaksa melangkau beberapa tugas beliau. Husam yang yang kadang-kalu membuat keputusan tanpa merujuk Menteri Besar telah menyebabkan kakitangan awam kerajaan negeri menjadi keliru diatas arahan yang bertindih.
Oleh itu saya berharap para ahli PAS tidak terpesona dengan perawakan lembut Husam yang mana boleh membawa parti kearah ‘one man show party’ dan berskemakan autokratik.
|